Nusantara77 Publish time 11-3-2015 12:23 AM

PC Kecil 10Moons Bakal Mengubah Masa Depan?

Syarikat dari China yang kurang terkenal 10Moons telah melancarkan sebuah PC kecil yang dikatakan bakal mengubah masa depan PC dengan ciri-ciri dual booting di samping harga yang sangat murah.
http://techkini.com/wp-content/uploads/2014/11/10moons-mini-pc-578-80.jpg
PC Kecil 10Moons Bakal Mengubah Masa Depan?Syarikat pengeluar komputer dari China 10Moons telah melancarkan sebuah PC kecil dipanggil D9i yang mempunyai fungsi dual booting Windows 8.1 dan Android 4.2. Sebelum ini Asus pernah mencuba mengeluarkan peranti dual booting seperti ini namun Google telah menghalangnya secara paksa dengan menghentikan pengeluaran Transformer Book Duet TD300 Hybrid.

Kali ini, berbeza kerana kelihatan Intel adalah syarikat di sebalik gerakan ini (logo intelh besar terpampang pada peranti tersebut). Ini bermakna, samada OS pada peranti ini adalah Android atau Windows, Intel akan tetap menang. Tambahan pula, peranti yang berharga RMB499 (lebih kurang RM 260) ini hanya dijual di pasaran China.
Jika Microsoft menyokong produk seperti ini (mengapa tidak?), kita boleh mengharapkan lebih banyak peranti sebegini memenuhi pasaran PC di masa hadapan.
Secara fizikal ia kelihatan seperti Apple TV berwarna hitam dengan bucu yang melengkung. Ia dilengkapi komponen standard pada sebuah tablet, tetapi tanpa skrin, bateri dan kamera. Ia dilengkapi pemproses quad-core BayTrail Intel Z3735D, 2GB RAM, 16GB ruang storan, WiFi 802.11ac, slot MicroSD, satu port USB 2.0, satu port USB 3.0, port HDMI dan satu alat kawalan jauh.

kredit:www.techkini.com

                               
Pages: [1]
View full version: PC Kecil 10Moons Bakal Mengubah Masa Depan?


ADVERTISEMENT