Nusantara77 Publish time 11-3-2015 12:16 AM

Apple Watch Boleh Ditempah Mulai April

Kita sudah sedia maklum tentang Apple Watch dan harga-harga bagi setiap modelnya. Tetapi bukan itu sahaja yang diperkenalkan dalam acara awal pagi tadi. Di samping sebuah Macbook Air baru yang lebih nipis (kita akan bercakap lebih menenainya dalam pos lain) Apple turut memperkenalkan harga baru bagi Apple TV.
http://techkini.com/wp-content/uploads/2015/03/apple-watch-67-970-80-622x350.jpg
Apple Watch akan mula dibuka untuk tempahan secara berperingkat di negara-negara tertentu mulai 10 April dan akan mula dipasarkan dua minggu selepas itu pada 24 April. Bagi mereka yang berminat, jam tangan pintar ini akan mula dipamerkan di Apple Store mulai 10 April.
http://techkini.com/wp-content/uploads/2015/03/apple-watch-58-650-80-623x350.jpg
Walaupun kita sudah sedia maklum tentang berapa variasi jam tangan pintar Apple Watch, kini kita tahu berapa bilangan tepat variasinya iaitu 6. Terdapat 3 model iaitu Sports, Steel dan Edition dan setiap model mempunyai dua saiz skrin iaitu 38mm dan 42mm menjadikan jumlah variasinya sebanyak 6 buah.
Model yang dijangka akan menjadi pilihan ramai ialahmodel Sports, memandangkan ia merupakan yang paling murah dengan badan yang diperbuat daripada aluminium dan tali jam yang datang dalam 3 warna termasuk hitam dan putih. Harganya USD349 untuk model 38mm dan USD399 untuk model 42mm.

http://techkini.com/wp-content/uploads/2015/03/apple-watch-61-650-80-623x350.jpgNegara yang akan mula-mula mendapat Apple Watch.
Untuk model Steel yang mempunyai badan yang diperbuat dari besi dan tali jam yang lebih mewah, ia dijual bermula pada harga USD549 dan boleh mencapai harga USD1099 untuk model dengan tali jam yang paling mewah.
Bagi jutawan yang meahukan sesuatu yang lebih mewah, Apple Watch Edition diperbuat dari emas 18 karat dan dijual bermula dari harga USD10,000 sehingga harga USD17,000. Ia akan dijual pada kuantiti terhad bagi menjaga keeksklusifannya.
Terdapat banyak aplikasi Apple Watch yang akan disediakan pada hari pelancarannya. Pengguna akan mencari dan memuat turun aplikasi ini menggunakan telefon pintar yang kemudian akan digunakan bersama Apple Watch tersebut. Bermakna jam tangan pintar ini tidak berfungsi secara kendiri, sebaliknya masih bergantung kepada telefon pintar iPhone.
http://techkini.com/wp-content/uploads/2015/03/apple-watch-uber-650-80-623x350.jpg
Aplikasi lain termasuk Uber, WeChat, Instagram, Shazam dan pemantau keselamatan rumah. Namun, dijangkakan aplikasi ini tidak berfungsi secara mendalam dan interaksi dengan aplikasi biasanya berlangsung untuk hanya beberapa saat sahaja.
Selain Apple Watch, Apple juga telah mengumumkan ia menurunkan harga Apple TV dari USD99 kepada USD69 bermula sekarang.

kredit:www.techkini.com


Pages: [1]
View full version: Apple Watch Boleh Ditempah Mulai April


ADVERTISEMENT