Nusantara77 Publish time 10-3-2015 01:34 AM

Windows RT Telah Tamat Secara Rasmi

Microsoft merupakan pengeluar terakhir untuk mengeluarkan sebuah tablet Windows RT dan kini ia menamatkan pengeluaran Nokia 2520 yang merupakan tablet Windows RT terakhirnya, sekaligus menamatkan riwayat Windows RT. Mereka yang masih berminat dengannya boleh membeli stok-stok terakhirnya dari pengedar rasminya.
http://techkini.com/wp-content/uploads/2013/10/Nokia_Lumia_2520_review-14-580-90.jpg
Windows RT Telah Tamat Secara RasmiMicrosoft mengumumkan ia akan menamatkan pengeluaran tablet Windows RT Nokia 2520 secara rasmi, sekaligus menamatkan riwayat OS tersebut. Seminggu sebelumnya, Microsoft mengumumkan ia telah menamatkan pengeluaran tablet Microsoft Surface 2, satu lagi tablet Windows RT keluarannya.

Walaupun pada mulanya Lenovo, Asus, Samsung, dan Dell menyokong OS tersebut dan mengeluarkan tablet Windows RT, semuanya menarik diri kerana kurangnya minat dari pengguna. Nampaknya usaha Microsoft untuk memecah pasaran tablet ARM yang sememangnya semakin perlahan menemui kegagalan. Antaramukanya (Metro UI dan mod desktop) yang mengelirukan dan kekurangan aplikasi sentuh merupakan sebab utama kegagalannya. Kini kebanyakan pengeluar PC beralih kepada pengeluaran tablet 7 – 8 inci yang menggunakan pemproses Intel.

Kini semua perhatian beralih kepada Windows 10. Microsoft telah mendemonstrasikan fungsi-fungsinya beberapa minggu lalu, namun tidak jelas samada OS tersebut akan hadir ke tablet 7 – 8 inci yang dikuasakan pemproses ARM. Dengan Surface 2 ditamatkan pengeluarannya dan peningkatan jualan Surface 3 Pro, jelas bahawa Microsoft ingin menumpukan kepada tablet professional berasaskan pemproses Intel. Nampaknya setakat inilah kisah Windows RT.

kredit:www.techkini.com

                               
Pages: [1]
View full version: Windows RT Telah Tamat Secara Rasmi


ADVERTISEMENT