Nusantara77 Publish time 10-3-2015 01:33 AM

iPhoto Digantikan Dengan Photos For OS X

iPhotos merupakan sebuah aplikasi pengurusan foto pada OS X yang menerima banyak kritikan daripada pengguna kerana banyak kelemahannya dan kurang mesra pengguna. Apple tidak lama lagi akan menggantikan aplikasi iPhoto dan Apature dengan satu aplikasi foto baru, Photos for OS X.
http://techkini.com/wp-content/uploads/2015/02/iphoto-320-80.jpg
iPhoto Digantikan Dengan Photos For OS XApple dahulunya telah menjanjikan iPhoto dan Apature akan digantikan dengan sebuah aplikasi baru menjelang ketibaan OS X Yosemite dan kini ia mula menunaikan janjinya. Versi pembangun sebuah aplikasi foto baru telah diterbitkan Apple di mana lamanThe Verge telah dapat mencubanya dan memberi pendapat tentangnya.

Aplikasi foto itu jelan mempunyai antaramuka yang lebih intuitif dan kemas, seperti aplikasi Photos versi iOS serta berkait rapat dengan cloud dan peranti Apple lain milik pengguna, walaupun ia tidak didatangkan dengan peralatan mengedit yang sehebat Apature.

Photos for OS X akan memasuki fasa Beta awam tidak lama lagi diikuti dengan pelancaran penuh sebagai satu kemaskini percuma pada musim panas ini. Walaubagaimanapun, pengguna masih boleh mengekalkan aplikasi iPhoto dan Apature pada komputer Mac mereka.

Akhirnya kita dapat melihat Apple menggantikan aplikasinya yang ketinggalan zaman dan bukannya menaiktaraf aplikasi yang pada asasnya teruk. Mungkinkah aplikasi iTunes dan Mail untuk OS X yang baru akan menyusul selepas ini?

kredit:techkini.com


Pages: [1]
View full version: iPhoto Digantikan Dengan Photos For OS X


ADVERTISEMENT