Nusantara77 Publish time 10-3-2015 01:23 AM

Telefon Pintar Vaio Bakal Dilancarkan?

Sudah setahun Sony menjual jenama laptop Vaio miliknya kepada sebuah syarikat Jepun, JIP dan kini nampaknya syarikat ini sedang mempersiapkan sebuah telefon pintar Vaio pula.
http://techkini.com/wp-content/uploads/2015/03/vaio_smartphone_box-320-80.jpg
Telefon Pintar Vaio Bakal Dilancarkan?Terdapat khabar angin mengenai sebuah telefon pintar Vaio bulan lepas, namun, menurut Phone Arena, hanya pada minggu ini bukti atau petunjuk yang kukuh mengenainya telah timbul dalam bentuk gambar kotak telefon pintar tersebut (gambar di atas) dan sertifikasi dari pihak berkuasa Jepun.

Telefon pintar ini dikenali dengan kod VA-10J dan dilaporkan telah menerima sertifikasi Disember lepas, cuma, maklumat ini baru diketahui sekarang. Jika dilihat pada gambar di atas, kotaknya memaparkan penjenamaan Vaio. Ini menunjukkan telefon pintar itu berkemungkinan dilancarkan tidak lama lagi, sekurang-kurangnya di Jepun.

Samada ia dipasarkan di negara-negara lain tidak diketahui, namun adalah baik jika anda tidak berharap sangat memandangkan ia hanya dilengkapi spesifikasi tahap sederhana termasuk skrin 5 inci 720p, pemproses quad core Snapdragon 410, 2GB RAM, 16GB ruang storan, kamera 13 dan 5 MP, serta Android 5.0 Lolipop.

Bulan lepas, syarikat itu telah melancarkan beberapa produk baru termasuk laptop dengan bateri yang boleh bertahan 15 jam. Ini sekaligus menandakan kembalinya jenama tersebut ke pasaran laptop dunia, dan mungkin juga memecah masuk ke arena telefon pintar.

kredit:www.techkini.com

                               
Pages: [1]
View full version: Telefon Pintar Vaio Bakal Dilancarkan?


ADVERTISEMENT