Nusantara77 Publish time 10-3-2015 01:22 AM

LG G4 didatangkan dengan Pengimbas Cap Jari?

Walaupun Samsung telah melancarkan Galxy S6 dan S6 Edge dan HTC pula melancarkan HTC One M9, kita masih tidak banyak mendengar tentang perancangan LG untuk telefon pintar utamanya, sehingga sekarang. Khabar terbaharu mengatakan syarikat itu mengambil keputusan melengkapkan telefon pintar utama keluarannya yang akan datang. LG G4 dengan pengimbas cap jari.
http://techkini.com/wp-content/uploads/2015/03/LG-G4-Rumors-525x350.jpg
LG G4 didatangkan dengan Pengimbas Cap Jari? LG dikatakan akan mengambil keputusan melengkapkan telefon pintar utama keluaran akan datang, LG G4, dengan pengimbas cap jari. Dikatakan keputusan ini dibuat pada saat terakhir.

Satu laporan The Korea Herald yang memetik sumbernya yang tidak mahu dikenali menyebut, LG tidak begitu yakin dengan ketepatan teknologi pengimbas cap jari, walaupun Apple nampaknya telah berjaya mengimplimentasikannya dalam produknya. Namun ia tetap mengambil keputusan untuk melibatkan diri dalam teknologi berkenaan kerana tidak mahu ketinggalan di belakang pengeluar lain dalam arena pembayaran mudahalih.

Pegawai LG pula pantas untuk menafikan laporan tersebut, jadi maklumat ini mungkin benar dan juga mungkin palsu. Tetapi apa pun kebenarannya, teknologi keselamatan biometri semakin popular dan jika LG tidak mengikuti trend ini ia mungkin akan ketinggalan di belakang.

Apapun yang dilancarkan LG, ia pastinya suatu yang menarik. Syarikat itu juga dikhabarkan sedang membangunkan satu barisan telefon pintar berspesifikasi tinggi yang berasingan dari LG G4 yang dijadualkan akan dilancarkan dalam separuh kedua tahun ini.

kredit:www.techkini.com


Pages: [1]
View full version: LG G4 didatangkan dengan Pengimbas Cap Jari?


ADVERTISEMENT