Nusantara77 Publish time 10-3-2015 01:17 AM

Sony Xperia Z4 Tiada Slot MicroSD?

Acara Mobile World Congress 2015 telah berlalu dan banyak telefon pintar keluaran syarikat-syarikat pengeluar telefon pintar utama telahpun dilancarkan. Namun terdapat juga telefon pintar yang diharapakan muncul tidak mucul di acara tersebut, antaranya Sony Xperia Z4. Menurut khabarnya, Sony telah menipiskan perantinya itu dan tidak menyertakan slot kad MicroSD padanya.
http://techkini.com/wp-content/uploads/2015/03/Sony-Xperia-Z4-chassis-320-80.jpg
Sony Xperia Z4 Tiada Slot MicroSD?Menurut PhoneArenayang berjaya memperoleh gambar telefon pintar Sony Xperia Z4 yang dibocorkan, peranti itu tampak lebih nipis, di mana ketebalannya berjaya dikurangkan sebanyak 1mm berbanding model sebelumnya, Sony Xperia Z3, menjadikan ketebalannya hanya 6.3 inci.

Walaubagaimanapun, dalam proses menipiskan telefon pintar itu, Sony telah mengeluarkan slot kad Micro SD, bermakna pengguna terpaksa berpuas hati dengan ruang storan dalaman yang dilengkapkan pada telefon pintar itu nanti.
Mikrofonnya juga telah dialihkan dan port USBnya kini tidak bertutup, bermakna berkemungkinan ciri kalis air yang dibangga-banggakan pada model Z3 tiada lagi pada model Z4. Tapi perkara tersebut mungkin tidak akan berlaku memandangkan ciri kalis air merupakan ciri utama yang membezakan telefon pintar utama Xperia dengan yang lain. Ia merupakan langkah kurang bijak jika diteruskan.
Tambahan pula, telefon pintar Xperia M4 Aqua yang dilancarkan baru-baru ini bejaya mengekalkan ciri kalis airnya tanpa memerlukan penutup pada port USBnya. Tidak mustahil Sony melakukan perkara sama pada model Z4
http://techkini.com/wp-content/uploads/2015/03/Sony-Xperia-M4-Aqua-review-2-1200-80-623x350.jpgXperia M4 Aqua
Telefon pintar ini juga dikatakan akan hadir dengan kamera yang mempunyai penstabilan imej optikal dan dijangka akan dilancarkan sekitar musim bunga tahun ini (Julai – September).

kredit:www.techkini.com


Pages: [1]
View full version: Sony Xperia Z4 Tiada Slot MicroSD?


ADVERTISEMENT