Nusantara77 Publish time 9-3-2015 12:19 AM

Google Dilaporkan Sedang Membangunkan Android Versi Mesra Realiti-Maya



Google pada tahun lepas telah memperkenalkan beberapa variasi Android, termasuk yang dioptimasikan untuk televisyen, dan juga untuk kenderaan. Terkini, mengikut laporan terbaru daripada WSJ, Google dikatakan sedang membangunkan versi Android yang turut dioptimasikan untuk peranti realiti-maya, dan menyokong sejumlah aplikasi realiti-maya.

Google sebelum ini telah memperkenalkan Google Cardboard yang mana merupakan salah satu variasi untuk realiti-maya, membolehkan sesiapa sahaj mencubanya dengan menggunakan bahan seperti kad dan telefon pintar sedia ada.

Google seperti biasa tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengan Android VR ini, dan tidak diketahui bilakah ia akan dilancarkan. Jika benar pihak Google sedang membangunkannya, maka tidak mustahil untuk kita melihat mereka mengumumkan kerjasama dengan beberapa pengeluar peranti lain dan bersaiz dengan beberapa penyedia – termasuk Oculus Rift, Sony Project Morpheus dan juga Steam VR.
                                                                                                                                                                                                Sumber Rujukan: WSJ

kredit:www.amanz.my


Pages: [1]
View full version: Google Dilaporkan Sedang Membangunkan Android Versi Mesra Realiti-Maya


ADVERTISEMENT