Nusantara77 Publish time 6-3-2015 11:48 AM

2015 Civic Type R Pemegang Rekod Terbaru Nurburgring!

http://www.arenakereta.com/wp-content/uploads/2015-Civic-Type-R.jpg

Honda telah menjanjikan kereta berprestasi tinggi terbaru 2015 Civic Type R untuk memecah rekod sebagai kereta front-wheel-drive terpantas di Nurburgring. Nampak gayanya kata mereka itu sememangnya bukan omong kosong. Kereta tersebut telah berjaya memecah rekod dengan margin catatan masa yang ketara!Honda mengatakan versi pembangunan kereta turbo terbaru mereka itu yang dikuasakan oleh enjin 2.0-liter VTEC Turbocharged 306HP dan 400Nm tork itu berjaya membuat catatan masa 7 minit dan 50.63 saat. Kereta yang memegang rekod semasa bagi kategori front-wheel-drive di Nurburgring ialah Renault Megane RS 275 Trophy-R yang membuat catatan masa 7 minit dan 54 saat.http://www.arenakereta.com/wp-content/uploads/2015-Civic-Type-R-51-640x360.jpgWalaupun kereta yang digunakan itu adalah versi pembangunan prototaip, Honda mengatakan yang kereta itu menggunakan talaan enjin, sistem suspensi, kotak gear, ekzos, brek dan pakej aerodinamik yang serupa dengan versi produksi 2015 Civic Type R. Perbezaannya hanyalah dengan membuang sistem penghawa dingin dan ditambah dengan roll cage.Catatan masa itu dibuat pada bulan Mei tahun lalu dan hanya didedahkan sekarang dengan pendedahan penuh versi produksi kereta 2015 Civic Type R tersebut di Geneva. Honda turut menyampaikan hasrat mereka untuk membuat ujian semula di Nurburgring pada tahun ini dan mengharapkan rekod catatan masa yang lebih baik bagi kategori kereta produksi front-wheel-drive.http://www.arenakereta.com/wp-content/uploads/2015-Civic-Type-R-10-640x360.jpgJom kita layan video di bawah ini yang menunjukkan catatan masa kereta tersebut di litar Nurburgring!
kredit:www.arenakenderaan.com


mattzzx Publish time 7-3-2015 04:04 PM

Memang cantik dan canggih rekabentuk Type R.... power plak tu
Pages: [1]
View full version: 2015 Civic Type R Pemegang Rekod Terbaru Nurburgring!


ADVERTISEMENT