Nusantara77 Publish time 6-3-2015 11:15 AM

Hyundai Elantra facelift dilancarkan – harga bermula RM86k

http://www.arenakereta.com/wp-content/uploads/ELANTRA_FL-perak-merah.jpg

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah melancarkan model Hyundai Elantra Facelift dikesemua bilik pamerannya seluruh negara bermula semalam.
Model facelift telah menerima 14 penambahbaikkan, dengan objektif mahu menjadikan model ini satu model yang lengkap untuk sebuah kereta di dalam segmen-C bagi pasaran Malaysia. Mempunyai wajah luaran yang lebih tajam berbanding model sebelum ini.

http://www.arenakereta.com/wp-content/uploads/ELANTRA_FL.jpg
Berikut adalah senarai 14 ciri penambahbaikkan untuk Elantra Facelift
Exterior

[*]Ukuran panjang keseluruhan ditambah kepada 4,550 mm – penambahan sebanyak 20mm berbanding model terdahulu, sementara mengekalkan ukuran jarak wheelbase. Bamper hadapan dan belakang lebih 5mm dan 15mm, dengan rekaan yang lebih stabil dan seimbang.
[*]Gril radiator dan bamper hadapan rekaan baharu
[*]Rekaan lampu kabus yang disemak semula
[*]Pengenalan ciri LED Light Guide (untuk varian6 Premium & 1.8 Premium sahaja)
[*]Lampu hadapan jenis projektor yang baharu, menonjolkan elemen dinamik serta teknologi tinggi kepada Elantra (untuk varian 1.6 Premium & 1.8 Premium sahaja)
[*]Rekaan rim aloi yang dikemaskini
[*]Kombinasi lampu belakang baharu yang turut menyerlakan imej premium Elantra
Interior

[*]Corong penghawa dingin dikedudukan yang berbeza berbanding sebelum ini
[*]Tombol gear baharu, TGS (Transmission Gear Shift)
[*]Meter cluster yang ditambah baik dengan paparan 3.4-inci OLED (Organic Light-Emitting Diode) untuk lebih mudah dibaca, disebabkan OLED tersebt lebih terang berbanding paparan konvensional. (untuk varian 6 Executive, 1.6 Premium & 1.8 Premium)
[*]Flex Steer System yang terletak di stereng membolehkan pemandu untuk memilih mod pemanduan dari normal, comfort dan sport (untuk varian 6 Executive, 1.6 Premium & 1.8 Premium)
[*]Terdapat corong penghawa dingin untuk penumpang belakang
[*]MirrorLink Audio Visual (untuk varian 6 Executive, 1.6 Premium & 1.8 Premium)
[*]Enam beg udara untuk kedua-dua varian, 1.6 Premium & 1.8 Premium
http://www.arenakereta.com/wp-content/uploads/ELANTRA_FL-dashboard.jpg
Menurut Pengarah Urusan Hyundai-Sime Darby Motors, En. Lau Yit Mun, “Versi baharu Elantra ini sempurna dar setiap segi. Selain dari mengekalkan ciri-ciri yang hebat yang sudah dilengkapi pada Elantra asal, kami telah menambah beberapa ciri-ciri yang lebih hebat kepada model facelift ini,”
Model Elantra facelift ini masih mengekalkan pilihan dua enjin (seperti sebelum ini) – Nu D-VVT 1.8-liter MPI dan Gamma 1.6-liter MPI D-CVVT. Digabugnkan dengan transmisi automatik enam kelajuan.
Untuk masa yang terhad (dari 5 Mac – 5 April 2015), pelanggan yang membeli Elantra FL 1.8 Premium akan ditawarkan servis percuma selama 3 tahun atau 60,000km, yang mana datang dahulu.
Boleh didapati dalam lima pilihan warna yang menarik – Creamy White (putih), Phantom Black (hitam), Sleek Silver (perak) dan Tomato Red (merah).
Empat varian ditawarkan (harga untuk semenanjung Malaysia):
Elantra FL 1.6 Elegance – RM85, 888*
Elantra FL 1.6 Executive – RM 95,676*
Elantra FL 1.6 Premium – RM100, 546*
Elantra FL 1.8 Premium – RM114, 984.40*
*Harga tidak termasuk insuran dan cukai jalan

                                                                http://www.arenakereta.com/wp-content/uploads/ELANTRA_penghawa-dingin-belakang-150x150.jpg                                                        http://www.arenakereta.com/wp-content/uploads/ELANTRA_FL-dashboard-150x150.jpg                                                        http://www.arenakereta.com/wp-content/uploads/ELANTRA_kabin-150x150.jpg                                                        http://www.arenakereta.com/wp-content/uploads/ELANTRA_FL-rim-150x150.jpg                                                        http://www.arenakereta.com/wp-content/uploads/ELANTRA_FL-perak-merah-150x150.jpg                                                        http://www.arenakereta.com/wp-content/uploads/ELANTRA_FL-kokpit-150x150.jpg                        Sumber: Hyundai Malaysia
kredit:www.arenakereta.com
               


emelia1509 Publish time 8-3-2015 02:27 AM

Nice car...tapi better get the premium...baru puas hati

ninjago Publish time 11-3-2015 12:03 PM

Nice car kan.. aku tgh usha2 gak Elantra nie.. TT, cer ko kasi skali specs tuk each model. Lagi membantu nak pilih. Aku malas nak google. :lol:

Aku nie pompuan, x tgk sngt yg lain2, except for nak leather seat, LCD display. And 1 thing bout this car ada blower tuk back seat. I like. .
Pages: [1]
View full version: Hyundai Elantra facelift dilancarkan – harga bermula RM86k


ADVERTISEMENT