HangPC2 Publish time 4-3-2015 07:42 PM

REMBAT 球发财 (JUST DUIT)

Edited by HangPC2 at 7-10-2015 11:31 PM

http://i59.tinypic.com/2mfj4zm.jpg

http://i61.tinypic.com/iodwkh.jpg

http://i57.tinypic.com/o3awz.jpg



Marna Films, Grand Brilliance & Red Films mempersembahkan Sebuah filem komedi baru Malaysia Arahan Shamyl Othman, Pengarah filem " Kami Histeria "
Di Pawagam 2015.






pooh~key Publish time 7-3-2015 10:18 AM

cerita pasal ummah melayu syumul firdausi dan ummah cina selet bercomolot kah? :o

HangPC2 Publish time 29-9-2015 05:50 PM

Trailer


7RVki1HJSbI

eddlisa_uyuk Publish time 4-10-2015 07:10 PM

mcm citer lawak je....tp bagus arrr boleh kaum2 lain pun tgk

pauliza Publish time 8-10-2015 10:57 AM


MENGANGKAT suka bola sepak yang begitu dekat dengan masyarakat Malaysia, ditambah pula aksi lelucon dua pelakon terbaik Malaysia berbeza keturunan, Shaheizy Sam dan Aniu cukup menjadikan filem kedua arahan sutradara muda Shamyl Othman sebagai antara filem yang wajar diberi perhatian bagi tahun ini.

Bukan mudah untuk menyatukan pelakon daripada dua bangsa berbeza dalam satu naskhah berlatarbelakangkan kisah rakyat Malaysia. Paparan dalam filem Rembat ternyata melahirkan kesegaran baharu yang patut menjadi contoh kepada naskhah-naskhah akan datang kerana elemen natural dalam filem tersebut sememangnya berada dalam kelasnya yang tersendiri.

Cerita bermula apabila dua sahabat baik, Malik (Shaheizy Sam) dan Chin Chye (Aniu) bertemu semula selepas tamat persekolahan. Menariknya, pertemuan tanpa diduga itu terjadi selepas mereka dipenjara akibat bergaduh dengan sekumpulan penyokong kelab bola sepak antarabangsa yang memperlekehkan pasukan bola sepak tempatan.

Dibelenggu masalah berbeza, Chin Chye, seorang pemuda yang mempunyai hutang dengan ceti haram manakala Malik memerlukan sejumlah wang untuk membiayai kos pembedahan ibu kepada kekasihnya, Azira (Zara Zya). Jika Malik gagal mendapatkan sejumlah wang tersebut, bapa Azira bakal mengahwinkan anaknya itu dengan seorang lelaki kaya.

Masing-masing dihimpit status kewangan, namun seorang ceti haram berjanji untuk memberi habuan lumayan jika mereka berjaya menculik pemain tambatan skuad negara, Safee Sali. Ceti itu berharap ketiadaan Safee Sali menyebabkan pasukan kebangsaan tewas dititik pasukan Thailand.

Dalam usaha untuk menjalankan ‘misi’ itu, Malik dan Chin Chye berdepan dengan pelbagai cabaran yang pastinya membuatkan penonton tidak kering gusi gara-gara diburu ceti haram terkenal MR Baby (Zizan Razak) dan konco-konconya usai diberitahu lokasi perlawanan Malaysia-Thailand ditukar dari Shah Alam, Selangor ke Ipoh, Perak.

Pada pengakhiran cerita, Malik dan Chin Chye terpaksa bergegas ke Johor selepas sekali lagi lokasi perlawanan ditukar menyebabkan mereka mencari seribu satu cara untuk dapat hadir ke lokasi tersebut untuk melangsaikan misi mereka sekali gus memberi titik positif terhadap permasalahan mereka berdua.

Keserasian pelakon




GANDINGAN Aniu (kiri) dan Shaheizy Sam menjadi titik fokus filem Rembat.

Secara keseluruhannya, filem yang menelan kos pembikinan sebanyak RM4.5 juta ini merupakan sebuah karya jujur yang menepati cita rasa masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Keserasian antara Sam dan Aniu wajar mendapat pujian ramai kerana rasanya tidak keterlaluan dikatakan mereka berdua sebagai ‘penghubung’ plot menghidupkan setiap babak dengan cemerlang.

Lelucon yang lahir dari setiap lontaran patah perkataan dan tingkah laku kedua-dua pelakon tersebut sangat natural dan mahal membuatkan filem yang menjalani penggambaran di Kuala Lumpur, Perak dan Johor itu mahal di mata penonton.

Sinematografi menarik tetapi ringkas serta kesan bunyi berkesan menjadikan filem tersebut sebagai sebuah naskhah yang lengkap rencahnya.

Bagaimanapun, apa yang lebih membanggakan tentunya latar masyarakat yang digunakan. Kepelbagaian bangsa yang diterapkan sangat unik dan muhibah sekali gus menjadikan adunannya sangat ‘menjadi’.

Dalam pada itu, watak-watak sampingan lain seperti yang dilakonkan oleh pelakon seperti Zizan, Zara Zya dan Sherry Alhadad turut mencuri perhatian penonton dengan cara tersendiri.

Justeru, walaupun dewasa ini banyak filem antarabangsa terutama dari Hollywood memonopoli kerusi di panggung, tidak salah jika filem tempatan seperti Rembat diberi peluang yang sama. Kata orang, tidak kenal maka tidak cinta.

Barangkali filem ini mampu mengubat kerinduan terdapat karya agung daripada pengarah profilik negara, Allahyarham Yasmin Ahmad yang terkenal dengan adunan realiti masyarakat Malaysia berbilang kaum.

HangPC2 Publish time 8-10-2015 11:16 AM

http://i61.tinypic.com/2yzjtj9.jpg



Filem " Rembat, Just Duit " mengisahkan tentang bolasepak Malaysia dan juga tentang bookie.

Ia mengisahkan tentang 2 sahabat baik lakonan Sam Shaheizy dan Tan Cheng Seong yang merupakan penyokong tegar Harimau Malaya. Mereka mempunyai matlamat yang sama iaitu berada di perlawanan akhir AFF Cup, Malaysia vs Thailand. Tetapi terlibat dengan pertaruhan dengan Ah Long (Bookie) yang mahu membeli penyerang skuad kebangsaan iaitu Sarsee Lili ( Safee Sali).

Pelbagai babak lucu dan mesej menarik dalam filem ini adalah sesuatu yang perlu ditonton oleh semua penyokong bolasepak dari pelbagai kaum di Malaysia.

Terdapat juga scene laungan FAMB dalam filem ini yang menceritakan kekecewaan peminat tempatan terhadap badan induk bolasepak negara.


eddlisa_uyuk Publish time 9-10-2015 08:05 AM

sapa dah tgk??? tgk trailer mcm best...

otai_g Publish time 9-10-2015 08:39 PM

based on filem dulu, kami histeria mmg x mengecewakan la.

pauliza Publish time 11-10-2015 10:14 PM

Edited by pauliza at 11-10-2015 10:15 PM

eddlisa_uyuk replied at 9-10-2015 08:05 AM
sapa dah tgk??? tgk trailer mcm best...

Tadi dah tengok filem #rembatjustduit & rasa nak buat review sikit.

Pertama sekali,setuju dengan ada 1 review drp 1 suratkhabar..kalau anda rindu kan feeling filemberbau "Malaysia" ala ala filem arwah Yasmin Ahmad ...#rembat adalah pilihan yang terbaik .Rasa tak rugi duit & masa hampir 2 jam yang dihabiskan untuk tonton filem ni kerana sangat lah berbaloi baloi .Chemistry antara Malik & Chin Chye memang terbaik .Lakonan yang bersahaja yang ditonjolkan oleh 2 pelakon utama ni memang best.

Supporting actor & actress walaupun muncul satu dua scene tetap buat 1 cinema tak kering gusi .Saya paling suka watak driver taxi & perempuan gila Jepun tu.

Sebagai fans @zarazya ,semestinya saya tonton filem ni sebab beliau .Walaupun scene Azira tak banyak sangat ,tapi watak Azira antara penguat jalan cerita filem ni .Scene propose dalam stadium tu walaupun nampak macam kelakar,tapi sweet hokay .Perempuan gila je kot yg akan say No kalau kena propose mcm tu.

Overall ,saya bagi 4bintangdrp 5utk filem ni.Tahniah utk semua yg terlibat.
#zarazya

pauliza Publish time 11-10-2015 10:14 PM

eddlisa_uyuk replied at 9-10-2015 08:05 AM
sapa dah tgk??? tgk trailer mcm best...

jumpa review ni :D

eddlisa_uyuk Publish time 12-10-2015 12:51 AM

pauliza replied at 11-10-2015 10:14 PM
Tadi dah tengok filem #rembatjustduit & rasa nak buat review sikit.

Pertama sekali,setuju d ...

oooo ok....kawan pun kata citer nih boleh laaa utk ketawa2

khailya Publish time 12-10-2015 09:35 AM

tgk trailer mcm best je.... tp tak bekesempatan nk tgk lagi......
arap2 dapat tgk ..

AnBulisia Publish time 15-10-2015 11:52 AM

untuk bergelak ketawa, ok je cerita ni
aniu tu bagus ada kimia ngan saheizy sam

kos baju utk diorang mudah je... sehelai tshirt utk sam untuk 98% cerita

3 bintang

qqOfficial Publish time 19-10-2015 06:44 PM

kat utube ada tunjuk 20 minit awal filem ni....nampak menarik and macam best...

harap2 rabu ni ada lagi kat pawagam ..:lol::lol:

cicicumel Publish time 19-10-2015 07:04 PM

cerita ala2 nk tunjuk harmoninya hubungan antara kaum kat malaysia kah? fake........

forselab Publish time 20-10-2015 01:34 AM

Citer ni kelakar...sepjg masa ada scene yg mencuit hati...{:mlkekeke:}
Gandingan Sam dgn Ah Niu mengingatkan chemistry Alvin Wong & Baki Zainal dlm Sini Ada Hantu...:lol:

Faina Publish time 20-10-2015 01:07 PM

macam best baca sinopsis

forselab Publish time 21-10-2015 05:27 PM

Ah Niu mmg betul2 dh buat gigi...dulu gigi dia berlapis berterabur...;P
Just curious...ringtone phone Malik tu lagu team EPL ke..?

zulkacak Publish time 28-1-2016 02:34 PM

cerita bodoh..langsung xnampak apa kaitan bola dgn cerita ni..bangang..bangang..bangang,.
Pages: [1]
View full version: REMBAT 球发财 (JUST DUIT)


ADVERTISEMENT