ultraline Publish time 15-2-2015 06:08 AM

macamana nak dapatkan salinan pindah milik di pejabat tanah

salam
saya ade rumah utk dijual...masalah bila saya nak jual rumah...peguam dilantik nakkan salinan pindah milik yg menunjukkan saya empunya rumah...masalah saya nak tahu mcamna nak dptkan salinan pindah mulik geran di pejabat tanah...yg saya tahu dalinan tersebut ade di bank..tetapi pihak bank tak mahu menolong atas alasan peguam asal ade salinan..tetapi salinan tersebut tiada lagi pada peguam asal katenyela...

so ade sesapa tau dan pernah alami masalh ni... dan bole tolong saya macamna cara nak dptkan salinan pindah milik geran pembelian rumah kat pejbat tanah??
terimaksih

masbull Publish time 15-2-2015 07:44 AM

Sy skrg nih dlm proses jual rumah. Situasi tuan/puan lbh kurang sama dgn sy. Geran masih ada pd pihak bank. Sbg langkah prtama, sy brjumpa dgn lawyer rumah kami dahulu. Lawyer ni laah yg akan deal dgn pejabat tanah pastu dgn bank. Setelah selesai barulah kami akan dpt geran tuh. Dekat nk 4 buln still x setel lg. Sangkut dekat bank pulak skrg nih. Setelah geran dpt barulah penjualan rumah kami akan lbh lancar (ini menurut kata lawyer yg kami lantik utk jual rumah). Alhamdulillah kedua2 lawyer berikan kerjasama yg baik utk kami. Fyi utk charge pindah milik geran kami ialah lbh kurangrm1000++ini utk rumah aprtment

ultraline Publish time 15-2-2015 11:58 PM

so macamna pun..lawyer pertamake simpan?...klau kate kite pemilik rumah nak dapatkan salinan mcamna?...adeke cara utk terus ke pejabat tanah dptkan salinan?..terima kasih pda masbull ats jwapan di atas.

soptg Publish time 24-2-2015 11:58 AM

ultraline replied at 15-2-2015 11:58 PM
so macamna pun..lawyer pertamake simpan?...klau kate kite pemilik rumah nak dapatkan salinan mcamna? ...

boleh nk dptkan salinan borang pindahmilik atau salinan borang 14A kt pej tanah...mula-mula buat permohonan carian persendirian lot rumah...kendian mesti ada catitan pindahmilik dlm carian tuh...contoh catitan tuh camnih..."No Pers 007/2015 Borang Pindahmilik 14A etc......." ...kendian dgn no rujukan perserahan tu 007/2015 kita isi borang utk permohonan Salinan Sah Dokumen atau CTC ( certified true copy)...   walaa...setel...

mollipop Publish time 27-2-2015 03:09 PM

Edited by mollipop at 27-2-2015 03:10 PM

Salam Tuan,

Sy mencadangkan jalan yg paling mudah bagi mendapatkan pengesahan bahawa Tuan adalah pemilik berdaftar Hartanah iaitu bagi rumah teres/banglo/semi-DTuan, bg salinan cukai tanah pada Lawyer dan suruh dia conduct land search kat land office yang berkenaan. bagi rumah jenis pangsa rumah pangsa/condominium, Tuan bole dapatkan maklumat no. geran, no. lot dan mukim daripada Pejabat Pengurusan atau daripada peguam terdahulu (cuma catatkan no. seperti yg sy bold kan tu), kemudian serah pada lawyer yg attend matter sekarang untuk dia conduct strata title search di land office yang berkenaan. dalam land search tu nanti akan dinyatakan siapa pemilik asal hartanah.

mollipop Publish time 27-2-2015 03:11 PM

X dinafikan ada certain firma peguam tidak memberi salinan geran pada pemilik berdaftar. tp isu ini bbukan masalah lawyer firm tp masalah kerani yg buat keje x abis. hehehhe...

norlya565 Publish time 25-3-2015 07:19 PM

Nak tanya... boleh masuk akal tak mohon tanah kurnia kena bayar RM15,000.00 atas alasan proses permohonan untuk tanah 2.5 ekar dan dalam masa 3 tahun duit akan dipulangkan kalau tidak dapat tanah tue. dengan ader surat perjanjian dengan lawyer lagi.Boleh percaya ker?.... harap dapat pandangan....

hanasensei Publish time 7-7-2015 11:44 PM

Sori..nk brtnya.. boleh ker urusan pindah milik tanah dri tok sedara kpada cucu saudara. Ni kes bau2 bacang. Boleh kah dibuat berdasarkan kasih sayang tnpa melibatkn pihak peguam.

Tanah tu nk diberi sbb cucu sedara tu jer yg tggal area tanah tu.
Err...sbnarnya byar la jugak skit..tp hrga murah la dri pasaran. Risau gak klau x libatkn lawyer tkot ada msalah kmudian hari

Boleh bgthu tak apa prosedur yg pling baik n slmat. Tanah tu tnah prtanian.

cheezywages_dil Publish time 9-7-2015 11:52 AM

Nk tanye, tau x mcm mne proses nk tukar penama rmh ye..tq..

Alkhafizadnan Publish time 2-1-2018 12:34 PM

mollipop replied at 27-2-2015 03:11 PM
X dinafikan ada certain firma peguam tidak memberi salinan geran pada pemilik berdaftar. tp isu ini...

Saya punya kes lebih kurang macam ni. Tp sy nak tanya macam mana nak amik geran ni eh yang sebetul nya ? Sy tanya lawyer dia kata tak ada. Suruh call bank. Ada cara lain tak ? Noob sikit pasal rumah ni. Bantu saya

mollipop Publish time 5-1-2018 04:58 PM

hanasensei replied at 7-7-2015 11:44 PM
Sori..nk brtnya.. boleh ker urusan pindah milik tanah dri tok sedara kpada cucu saudara. Ni kes bau2 ...

Salam.. sy jawabkan ye. PIndahmilik kasih sayang ataupun "by way of love & affection" hanya termaktub kepada pindahmilik diantara ibubapa kepada/daripada anak dan juga antara suami dan isteri sahaja. pemberian kasih sayang diantara suami isteri, tiada stamp duty (kecuali nominal sebanyak RM 10.00 sahaja yg dikenakan). manakala pemberian kepada drpd ibubapa kepada anak (atau sebaliknya), stamp duty yg dikenakan adalah berjumlah 50% drpd kadar semasa.
untuk kes tuan, pemberian drpd pakcik kepada anak buah bole je buat SNP sebagai syarat tp bab stamp duty tu mmg kene ikut harga semasa.

Sekian, harap jawapan sy dpt membantu.

mollipop Publish time 5-1-2018 05:01 PM

Alkhafizadnan replied at 2-1-2018 12:34 PM
Saya punya kes lebih kurang macam ni. Tp sy nak tanya macam mana nak amik geran ni eh yang sebetul ...

As salam, kalau rumah teres atau rumah bertanah, no geran ada tertulis di cukai tanah. buat carian di pejabat tanah berkaitan bg mendapatkan salinan geran atau carian data semasa. bagi rumah pangsapuri, kondo dan townhouse, mmg kene semak dengan pemaju atau pejabat maintenance. selalunya mereka akan simpan 1 copy utk rujukan dan kemudian melalui data no geran dan sebagainya, terus buat carian seperti yg sy maklumkan td.

mollipop Publish time 5-1-2018 05:02 PM

cheezywages_dil replied at 9-7-2015 11:52 AM
Nk tanye, tau x mcm mne proses nk tukar penama rmh ye..tq..

Bole PM sy untuk detail:loveliness:

mollipop Publish time 5-1-2018 05:04 PM

norlya565 replied at 25-3-2015 07:19 PM
Nak tanya... boleh masuk akal tak mohon tanah kurnia kena bayar RM15,000.00 atas alasan proses permo ...

Ini sgt2 diragui kesahihannya. bole PM sy untuk detail

mollipop Publish time 5-1-2018 05:06 PM

hanasensei replied at 7-7-2015 11:44 PM
Sori..nk brtnya.. boleh ker urusan pindah milik tanah dri tok sedara kpada cucu saudara. Ni kes bau2 ...

PM sy ye, sy akan terangkan
Pages: [1]
View full version: macamana nak dapatkan salinan pindah milik di pejabat tanah


ADVERTISEMENT