ska_n_dal Publish time 9-2-2015 12:20 AM

Bagaimana Nak Buat Blog Jadi Best

Sebenarnya aku tercari-cari idea untuk buat blog ini jadi lebih best. Walaupun ada rakan blogger lain yang masukkan blog aku dalam senarai 'Malaysia Best blog 2015'. Tetapi secara umumnya aku masih belum berpuas hati dan aku rasa blog ini masih jauh terbelakang bebanding blog-blog lain yang jauh lebih hebat.
http://2.bp.blogspot.com/-Bspn_Bz0xNQ/VNYXzaRLqWI/AAAAAAAAHHE/LLsM2hJRrL0/s1600/tips%2Bbuat%2Bblog%2Bjadi%2Bbest.jpg
Aku rasa apa yang aku bincangkan sekejap lagi, sudah banyak kali diulangi perkara ini. Tapi kita kena selalu ulang benda yang bagus agar kita tak lupa dan mendapat ilham. Apabila kita rajin ulangi setiap perkara itu, kita kan jumpa jalan yang lebih bagus dan sesuai dengan gaya kita. Dan mungkin itu adalah titik mula langkah kita untuk terus maju.
Bagaimana Nak Buat Blog Jadi Best? Jom BincangkanAku cari beberapa point yang bagus untuk dikongsikan bersama pembaca semua, mungkin akan sedikit membantu mereka yang masih tercari-cari bagaimana nak buat blog jadi best. Jom mulakan perbincangan kita.



1. Menulis Entri yang HebatSetiap kali baca tips pasal buat blog, antara yang blogger lama tekankan adalah isi kandungan blog yang berkualiti. Tapi penulisan berkualiti yang macammana akan buatkan entri kita jadi popular, akan jadi viral, buat pembaca rasa nak share?
Aku rasa da banyak cara blogger menulis entri, ada yang membuat penulisan bagi menjawab persoalan, menyelesaikan masalah, entri yang boleh buat pembaca ketawa atau buat pembaca tersentuh hati atau menangis dan bermacam-macam cara lagi. Yang paling utama jangan copy & paste entri orang lain.
Gaya penulisan juga memainkan peranan, baik dari segi penggunaan bahasa, susunan ayat, plot penceritaan. Aku sendiri ada blog yang sering aku baca, jika dia tulis aku kana baca sampai habis sebab aku tahu isi penyampaian yang dia tulis memang mantap dan aku suka.
Jadi nak belajar menulis entri yang hebat, kenalah rajin selalu menulis. Selain dari dapat update blog lebih kerap, aku juga dapat belajar dan pertingkatkan kemahiran menulis, mungkin suatu hari nanti aku akan jumpa gaya penulisan aku sendiri.

http://ashadee.com/banners/banner_54b39d5f786ef.gif?b=4949



2. Bijak Buat Tajuk Headline yang GempakBab ini aku memang ada masalah, kadang-kadang ada entri yang aku sudah siap tulis terlebih dahulu barulah pening fikir pasal anak letak tajuk apa? Aku rasa memang lemah bab nak cari idea buat tajuk yang gempak, yang mampu menarik minat pembaca untuk masuk baca blog.
Ada yang berikan tips asas untuk memilih tajuk adalah seperti berikut:
[*]Tajuk itu perlu nampak BERGUNA kepada pembaca.
[*]Tajuk yang ada tarikan dan DESAKAN apabila dibaca.
[*]Tajuk yang memberi idea atau UNIK dimata pembaca.
Jikalau kita perasan, ada beberapa akbar yang sering bermian dengan tajuk headline yang gempak ini. Walaupun adakalanya ia hanya isu biasa boleh jadi luar biasa dan buatkan orang tertarik ingin baca.

3. Join Komuniti Blogger.Walaupun sebagai blogger baru, jangan segan silu untuk sertai dan saling mengenali blogger-blogger yang lain. Lagipun mungkin kita akan kenal blogger-blogger lama yang hebat, jika ada kemusykilan boleh juga kita jadikan tempat bertanya.
Aku rasa ada banyak cara untuk berkenalan dan berkawan dengan blogger-blogger lain. Dekat facebook sudah semestinya, sebab boleh dikatakan semua blogger ada facebook. Dan ada ramai blogger yang memang peramah. Jadi pandai-pandailah cari facebook blogger dan add, jangan SPAM sudahlah.
Selain itu boleh juga erat hubungan sesama blogger dengan cara blogwalking - iaitu berkunjung ke blog-blog lain dan menulis komen diblog mereka. Jika komen kita elok dan mesra, akan ada yang akan berkunjung semula ke blog kita.
http://4.bp.blogspot.com/-fNRRHAQSmD8/VNYYB2Sct9I/AAAAAAAAHHM/QfMhyKSvSRA/s1600/best%2Bblog%2Bqoute.jpg
4. Buat Blog yang Mesra Pembaca dan Mesra SEOSelidik dan cari template atau theme blog yang mesra pembaca. Jangan serabutkan blog denga iklan yang melampau, kita nak suruh orang tengok iklan ke nak baca blog kita? Jadi blogger yang bertimbang rasa, jangan fikirkan nak cari trafik dan duit semata, bina juga kredibiliti bagi blog kita.
Ubah dan setup blog jadi laju apabila loading, jadi pembaca tak perlu menuggu lama untuk entri kita loading. Jangan beratkan blog dengan widgets, atau gambar yang tak sepatutnya. Bagi aku blog perlu kemas dan nampak hensem dimata pembaca.
Selepas itu kita kena masuk bab SEO pula, biar blog kita disukai pula oleh search engine seperti Google dan Bing. Jadi kenalah belajar teknik SEO, jangan kata tidak. Belajarlah sedikit walaupun cuma teknik asas.

5. Jadilah Diri SendiriSejak blog dikenali di Malaysia, sudah ada beribu blog yang wujud. Setiap hari ada sahaj blog baru yang muncul. Aku sendiri pun tak sempat lagi teroka berapa ramai blogger yang ada di Malaysia ini. Jadi untuk mara kedepan, kita perlu tampil jadi blogger yang jadi diri sendiri. Tidak terikut-ikut cara orang lain.
Kita belajar atau tiru orang, tapi jangan kita jadi seperti dia, cuma ambil ilmu dan cara dia dan buat ikut gaya kita. Jangan terlampau taksub dengan blogger habet sehingga kita asyik tiru apa sahaja yang dia buat, mereka buat mungkin ada sebab.

Aku rasa sudah terlalu panjang aku menulis entri kali ini. Tulis panjang-panjang siapa nak baca kan? hahaha. Sekian dahulu sesi bincang-bincang kita tentang dunia blogging Malaysia.

atiputera Publish time 24-3-2015 10:54 PM

Memang blog BL memang layak tersenarai dalam Malaysia Best Blog 2015

reezluv Publish time 23-6-2015 11:52 AM

oho..kt sini rupanya selalu lepak..hghehe

maiyaya Publish time 25-6-2015 11:36 AM

kdg2 ada je blog syok sendiri {:noseo

azwans Publish time 26-7-2015 10:55 PM

Terima kasih atas guide 101 ini. Rasanya amat informative untuk orang baru macam aku, yang terkial - kial nak menghidupkan blog sendiri.

Kalau ikut sejarahnya, banyak blog yang aku hasilkan sebelum ini yang jatuh dalam kategori blog syok sendiri bagaimana yang dikatakan oleh @maiyaya. Tapi aku rasa dalm banyak - banyak cuba gagal itulah aku belajar. Macam - macam jenis blog aku cuba, daripada berniche, hinggalah ke blog peribadi. Biasanya semua platform percuma je la. Sehinggalah sekarang baru aku meyakinkan diri sendiri untuk beli domain dan hosting. Satu langkah besar buat aku.

Untung rugi belakang cerita, memanglah kebanyakan blogger nak cari untung. Cerita mereka yang berjaya, apa lagi yang tersenarai dalam blog terbagus Malaysia inilah yang menjadi semangat kepada aku. Target aku, satu hari nanti aku akan berada di situ.

Berdasarkan pengalaman ciput blogger macam aku ini, tak banyak yang aku boleh kongsikan. Cuma yang aku boleh kata, semakin banyak kita menulis, tak kira atas platform blog atau apa sahaja, aku makin rasa menulis itu lebih mudah (bukan lebih bagus), daripada awal - awal dulu. Bermakna, menulis itu, adalah skill yang boleh diasah.

Kalau kita tak mampu berjogging sejauh dua kilometer, kita mula berjalan, kalau konsisten, kemungkinan besar kita takkan memenangi marathon, tapi dua kilometer itu menjadi lebih mudah setiap hari. Kalau ada kesilapan aku yang boleh dijadikan teladan, aku cepat give up, ternak satu blog, agak - agak terbantu aku dah nak mula yang lain. Begitulah adanya.

Memiliki banyak blog bukan sesuatu yang mustahil, tapi untuk yang newbie seperti aku, kan lebih baik bangunkan satu - satu sesuai dengan pace seorang newbie. Setelah mula dengan blog berbayar inilah aku serius cuba memastikan blog aku berentri, entri pula unik, bukan setakat artikel spinning ke apa ke. Berblogging memakan masa (untuk kami yang kurang handal ini), dan alasan aku sebelum ini ialah selalu tiada masa. Tapi masa itu, kita yang cari, kita akan senstiasa pandai cari kesempatan setiap kali ada masa terluang, kalau kita mahu.

Terima kasih brader TT @ska_n_dalsekali lagi kerana perkongsian ini. Kau akan cuba buat entri terbaik seperti point #1 , cuba aktifkan diri seperti #3 dan yang paling penting ekkal sebagai aku seperti point ke #5.

Ini bukan nasihat, jauh sekali memberi panduan. Ini sekadar coretan aku, sebagai perkongsian. Jika ada mereka yang rasa - rasa macam aku, teruskan. Berputus asa itu biasa, jatuh itu tak pelik, yang penting sentiasa bangun balik dan terus berlari.

ezajen85 Publish time 4-8-2015 09:48 PM

boleh diguna pakai untuk blogger newbie macam saya ni. Sila-silakan lawat blog saya jugak
http://rm20segerajennylynrodway.blogspot.com/

ezajen85 Publish time 4-8-2015 09:49 PM

azwans replied at 26-7-2015 10:55 PM
Terima kasih atas guide 101 ini. Rasanya amat informative untuk orang baru macam aku, yang terkial - ...

boleh lakukan blog walking juga, ala-ala saling berkunjung ke rumah.

ska_n_dal Publish time 22-8-2015 09:16 AM

azwans replied at 26-7-2015 10:55 PM
Terima kasih atas guide 101 ini. Rasanya amat informative untuk orang baru macam aku, yang terkial - ...

sama-sama kita belajar bro...pelan-pelan kayuh. Sebab nak bina sesuatu hingga berjaya bukan dalam masa singkat.
Dengan usaha dan ilmu yang betul kita mampu membawa blog kita pergi lebih jauh. Jangan malu nak bertanya dan cari ilmu daripada otai-otai blogger, kebiasaannya mereka ni tak kedekut ilmu.


Aku pun tak adalah hebat sangat masih banyak nak kena belajar, kalau ada apa-apa info kita kongsi bersama.

thomaslim1003 Publish time 5-12-2016 05:12 PM

bagus info u..

Adoamang Publish time 7-12-2016 04:25 PM

Berblogging memakan masa untuk kami yang kurang handal ini dan alasan aku sebelum ini ialah selalu tiada masa.. "BLOGGER INDONESIA: Ikatlah Ilmu Dengan Menuliskannya".

Lansywen Publish time 25-1-2017 09:05 PM

Hey bro! Hi kawan2!!

30% UNLIMITED DEPOSIT BONUS hanya untuk anda!!!

Membuat deposit dengan mendapat tambahan 30% bonus deposit
Mari mari mari!
http://i65.tinypic.com/2cxddnd.png
cepatlah sertai kami!!! :lol:

Abgaji Publish time 7-2-2017 01:46 AM

kadang2 tak semestinya content dalam blog tu harus hebat mcm content blogger2 hebat yg dah otai dan menjana income ratus2 ribu tu . Dalam dunia blog'passion' and 'focus' 2 benda kena ada. Dalam komuniti blogger ni mcm2 karenah ada, macam2 cerita ada. Dari blog yg serius sampailah yang santai2, . Masing masing ada selera masing2 (pilihlah). Gah macamana pun satusatu blog tu follower ratus ratus ribu pun kalau setakat bertahan 4-5 tahun lps tu blog bersawang baik tak usah. Adalah lebih baik blog yg lebih santai, original (bukan meniru blog lain) ,ada follower tetap yg tak putus2 beri komen dan sedekah click2 nuffnang ke , dan komited dalam menaip blog tanpa rasa jemu dan lelah.Itulah blogger yg berjaya di mataku.
just my 2 cents:D:D

shnabilah Publish time 17-7-2020 02:08 PM

Tq for the info

Ammie12 Publish time 19-5-2021 07:39 PM

Edited by Ammie12 at 19-5-2021 11:43 AM

Writing A Blog In Just Six Dollar
A person who have good research and writing skills its very easy to him/her to write a blog at minimum time but for those who were not goos in these skills they have simple solution for that to get help online and easily make the blog . Six Dollar Essays provide the best blog,essay, research paper writing help and also gives the best and cheapest essay writing service So by the help of this service you can easily get you desired blog.
Other Services:

[*]Essay Writing
[*]Article Writing
[*]Lab Report Writing
[*]Formatting Documents
[*]Powerpoint Presentation Writing Services
Pages: [1]
View full version: Bagaimana Nak Buat Blog Jadi Best


ADVERTISEMENT