zu_nia Publish time 7-2-2015 04:07 PM

Pusat Tuisyen tak bayar gaji!!

Edited by zu_nia at 7-2-2015 04:10 PM

Assalamualaikum semua,

Saya nak tanya pendapat sekaligus nak buat aduan la yang selama 3 bulan salah sebuah Pusat Tuisyen yg agak famous di seksyen 7 bandar baru bangi tak bayar gaji kami cikgu-cikgu dari bulan 8,9 & 10 2014..Saya nak tau la kalau saya buat aduan di Pejabat BUruh agak2 diterima tak kes saya nie??hari tue bukan main cakap nak lunaskan before 15 Januari 2015 nie..tapi bila call tak berjawab,mesej pun tak di reply..:huffy

Sekian terima kasih.

bunga_lestari Publish time 7-2-2015 10:23 PM

Sila report di pejabat buruh.. Lagi elok klau report walk in office hour, cerita kat pegawai buruh tu masalah dan dia akan mntk details majikan.. On the spot pegawai tu akn call dan tya majikan..

Tahun 2005 dulu aku pernah report kes yg sama, 3 bulan x bergaji.. On the spot pegawai tu call majikan aku.. Sebulan kemudian terus aku dpt gaji bersih lepas tolak elaun kehadiran dan kwsp.. :lol:

Smoga berjaya..

zu_nia Publish time 8-2-2015 10:47 PM

bunga_lestari replied at 7-2-2015 10:23 PM
Sila report di pejabat buruh.. Lagi elok klau report walk in office hour, cerita kat pegawai buruh t ...

macam mane kalau dorang call boss tapi tak berjawab..aku call & text tak berjawab langsung!!:L

bunga_lestari Publish time 9-2-2015 09:02 PM

Report jee.. Jgn buat andaian lagi.. Tu kalau dia x berjawab jgk, taula pegawai tu nak buat apa nanti agaknya.. Mgkin ada prosedur2 dia nanti.. Dh pi report belum?

zu_nia Publish time 9-2-2015 10:49 PM

bunga_lestari replied at 9-2-2015 09:02 PM
Report jee.. Jgn buat andaian lagi.. Tu kalau dia x berjawab jgk, taula pegawai tu nak buat apa nant ...

belum lagi..hu3..sebab sekarang tengah busy koje..x dan nak meloloskan diri..ingat nak pegi khamis nie..:'(

bunga_lestari Publish time 10-2-2015 08:52 PM

Eloklaa pergi.. Lagi cpt lg baik.. Pepon semoga berjaya menuntut hak anda.. :$

wds Publish time 11-2-2015 04:52 PM

Kalo ada black and white lagi senang.

oneders Publish time 13-2-2015 12:24 PM

ko keja di tempat tuisyen tu ada sign agreement tak? kalau tak, susah nak ambil tindakan sebab takde bukti ko pekerja kat situ.

zu_nia Publish time 13-2-2015 03:56 PM

oneders replied at 13-2-2015 12:24 PM
ko keja di tempat tuisyen tu ada sign agreement tak? kalau tak, susah nak ambil tindakan sebab takde ...

ada jea sign agreement black & white...

oneders Publish time 16-2-2015 09:44 AM

Edited by oneders at 16-2-2015 09:47 AM

jika begitu, mudah nak tuntut hak pekerja. boleh aa ikut langkah yang telah disarankan pada post forumer lain kat atas tu. jangan lupa check kwsp samada ia telah dimasukkan majikan incase kalau dalam payslip ada tolakan.
jika ada tertulis tolakan dalam payslip dan tiada masukan dalam akaun kwsp, buat report kat kwsp.

ini demi untuk menjaga hak sebagai pekerja yang sepatutnya majikan ambil peduli.

sue_0586 Publish time 2-1-2016 02:33 AM

Nama pusat tuition tu ialah KELAS TUISYEN CIKGU MARYAM.
Saya pun mengajar di cawangan Impian Putra Bangi selama setahun tapi gaji selalu masuk lambat dan sampai sekarang masih berbaki beberapa bulan belum dibayar. Dah la tipu rate. Kata rm25-30 sejam tapi kalo masuk gaji tak sampai separuh.
Dah banyak aduan kt KCM ni.. semua cawangan pun jenis liat bayar gaji sebab under management yg sama. Pelajar pt3 dah bayar untuk buku modul tapi tak dapat sampai akhir tahun

qaz123000 Publish time 6-1-2016 05:15 PM

BERJAGA-JAGA dengan JERRY TUTORIAL!

LOKASI: Jalan 5B/2, SS5 dan Jalan 11/1, SS1 Kelana Jaya.

Papan iklan namanya "Jerry Tutorial" (syarikat tidak berdaftar)

Tapi menggunakan pendaftaran syarikat "Pusat Tuition Aman Jaya Bru" bawah anaknya yang berada di luar negara sepanjang tahun

pengurus: Jery Koh @ Ismail Koh Abdullah

Bila ada semakan pihak kuatkuasa contohnya Jabatan pendidikan, Majlis perbandaran, guna pendaftaran PTAJB, bila kita adu kes ke pejabat buruh sebab tak bayar gaji sepenuhnya, alasan: Saya tak de kaitan langsung dengan pusat tuisyen tersebut.

Hantu betoi pemilik mcm ni!

Wahai pelajar univeristi dan pemuda-pemuda sekalian yang ingin buat part time.... jage jage dengan syarikat sebegini




Pages: [1]
View full version: Pusat Tuisyen tak bayar gaji!!


ADVERTISEMENT