ip_lepat Publish time 3-2-2015 08:21 AM

Peraturan Board Gambar Haiwan Dan Tumbuhan

Edited by ip_lepat at 11-7-2015 05:53 PM

PERATURAN BOD HAIWAN & TUMBUHAN :

1. Tidak boleh mengandungi pornografi, pendedahan yang berlebihan, gambar yang berunsur keganasan.
2. Tidak boleh meletakkan stickers atau gambar yang mengandungi fitnah. Jika aduan diterima, gambar akan dipadam serta-merta. Jika meletakkan gambar koleksi peribadi, digalakkan meletak watermark.
3. Post pertama mestilah mengandungi gambar, sila tulis ilustrasi sederhana.
4. Gambar yang lebih kecil adalah lebih baik, untuk mengelakkan gangguan pada operasi sistem 'server'.
5. Untuk memudahkan forumer memasukkan gambar, kami membenarkan forumer meletakkan gambar dari kandungan web yang lain.
6. Ini board untuk share GAMBAR, jangan ingat ini board untuk tambah kredit percuma. Setiap post yang hanya post gambar semata-mata, akan dianggap spam dan akan di ambil tindakan.
7. Moderator/SModerator/Admin berhak untuk menghapuskan atau mengekalkan setiap gambar.

Garis panduan
- Kredit akan diberikan kepada gambar asal/original yang diletakkan oleh forumer.
- Pemberian kredit berdasarkan kepada budi bicara moderator. Moderator juga berhak tidak memberikan sebarang kredit kepada mana mana post yang dianggap tidak sesuai.
- Jika gambar yang diambil dari sumber lain forumer perlu menyatakan sumber dari mana gambar tersebut diambil.
- Forumer perlu meletakkan penerangan (caption) mengenai gambar yang diletakkan.
- Pastikan juga gambar yang diletakkan tidak terlalu besar.
- Gambar boleh diletakkan di thread sedia ada dan thread baru juga boleh dibuka jika bersesuaian.
* Sebarang kemusykilan boleh diajukan kepada mod bertugas.



Pages: [1]
View full version: Peraturan Board Gambar Haiwan Dan Tumbuhan


ADVERTISEMENT