justmean Publish time 28-1-2015 06:17 PM

Adakah kereta dikenakan GST?

Perlukah beli kereta sblm atau slps gst..pening gak nih

rawahah Publish time 28-1-2015 09:59 PM

mmg confirmla kena gst.. beli la cpt2

zulka Publish time 29-1-2015 09:14 AM

baik beli sebelum bulan April...

justmean Publish time 29-1-2015 12:44 PM

Tq..minggu ni tgk kete

jofizo Publish time 29-1-2015 04:33 PM

sat kata lepas gst lagi murah, sat kata lepas gst mahal.... mana satu yg betoiii....?

mattzzx Publish time 29-1-2015 05:44 PM

jofizo replied at 29-1-2015 04:33 PM
sat kata lepas gst lagi murah, sat kata lepas gst mahal.... mana satu yg betoiii....?

Kalau nak confirm kena tunggu lepas April ni lah....

batu_bergolek Publish time 29-1-2015 07:52 PM

pada saya simple je. kalo dah nak beli, beli jer lah. kalo nak tunggu, tunggu.

Masalahnye mmg selagi gst tak bermula, susah nak agaksamada naik atau turun. Ada pihak kata naik ada kata turun, masing2 nak ā€¯goreng" macai-macai mereka (maaflah pada yg terasa)

Kalo turun harga pun bukan boleh kenyang setahun pun, dan kalo harga naik, takkan sampai kene kene ikat perut.

ikut tuan punya badanlah.

shazman73 Publish time 2-2-2015 09:28 AM

Edited by shazman73 at 1-2-2015 11:31 PM

Harga kenderaan dan lain-lain barangan selepas GST adalah sudah semestinya tidak berubah secara ketara...namun untuk barangan (new item)baru keluar ianya akan jadi lebih murah kerana pengeluar,pemborong dan peruncit tidak boleh lagi sewenang-wenangnyamenaikan harga atau menentukan harga mereka sendiri untuk mengaut keuntungan lebih atau dengan mengeksploitasi keadaaan semasa kerana ia telah jelas tertulis dalam GST tiada ruang peniaga/pemgeluar/pemborong/peruncit untuk menipu...mereka tahu itu sebab itulah ramai golongan peniaga trutama cina menentang GST....tiada ruang lagi untuk menipu.....semuanya sudah jelas tertulis dalam GST..berapa untung..berapa kos..berapa harga jual...tak boleh lagi buat untung melampau lampau dan menipu melampau lampau...melayu selalu tertipu dengan puak cau...

zafir Publish time 2-2-2015 10:13 AM

yes definitely le akan naik..simple logic, barang yang cost 100 now will cost 106, ada ke peniaga nak maintain or turunkan harga barang.... not in malaysia

fazzrules Publish time 2-2-2015 11:25 AM

belum gst pun dah naik dah den tgk..mcm vios tu, yg 2015 punya model jadi xtra rm2k lbh dari model 2014.. sekian dari laporan den yg dpt lembaran fliers drpd salesman toyota yg desprate nak cari sales..:lol:

masterixs Publish time 2-2-2015 11:27 AM

Macammana pula negara lain yang telah melaksanakan sistem GST atau VAT ini, yang menjadi persoalan adakah turut mengenakan cukai import atau duti eksais untuk kereta baru. Dan cukai jalan pula setiap tahun kepada pemilik kenderaan sepertimana di negara kita. Ada sesiapa yang boleh beritahu kemusykilan ini........

lompatikam Publish time 5-2-2015 12:16 PM

Edited by lompatikam at 5-2-2015 12:18 PM

naik atau turun tuh kadang2 manipulasi dari peniaga/pengeluar...

bagi aku turun bab kereta import, naik bab kereta local. sebab aku aku punya fahaman adalah GST ni ganti sales tax. since GST 6% dan sales tax pulak 10%. so ada kurang 4% kat situ.

so kalau beli kereta import yg mana cost dia dah fix awal2. patut ada penurunan

stuktur cukai kereta import:

1. harga kilang luar negara + cukai import(10=30%) = nilai A
2. Nilai A +( Nilai A x cukai eksais ( 70%)) = Nilai B
3. Nilai B + keuntungan + kos operasi dan marketing = nilai C
4. Nilai C + (nilai C x Cukai 10%) = harga pengguna.

so kalau ikut GST no 4 tuh akan kurang 4%.

kalau ikut struktur cukai utk kenderaan local mungkin lagi rumit sebab GST dia bermula dari bahan mentah kilang dah kena GST. termasuklah consultation, design semua tuh. namun tak silap aku semua syarikat yg jadi vendor atau consultant dari kilang nih cukai depa sekarang adalah lagi tinggi yg depa perlu bayar.

dulu tax ni dibayar hujung tahun based on audit report yg mana ada yg kata boleh dimanipulasi. ( bayar based on total figure). lepas GST kena kira based on unit dan setiap unit yg keluar kena ada record secara sistematik dan bayaran GST ni sama ada buat bulanan, quaterly, 1/2 tahun atau setahun.

cuma tak pasti sekarang nih B2B gomen ada charge atau tidak. sebab lepas nih B2B akan dikenakan jugak. so mungkin naik.

kes ni sama mcm kes rumah...yes gomen said that rumah tak kena GST - rumah siap/ rumah secondhand. tapi utk rumah tgh nak bina, semua bahan binaan, consultation semua tuh gomen akan tax pada developer dan vendor. dan takkan developer nak serap semua cost tambahan gst tuh kut? apa pun harga rumah tetap akan naik tak kira rumah secondhand atau rumah baru

so kalau nak beli kereta import, mungkin kena tunggu. kalau nak beli kereta CKD atau local...mungkin patut beli sekarang. tapi semua ini andaian dan kemungkinan sahaja. nak lebih lanjut attend je GST seminar ( dulu ada yg free, la ni tak tau la)

bab beli kereta ni, ada duit...jalan je. tunggu menyesal, tak tunggu pun menyesal jugak.:lol::'(
- sekadar pendapat

lompatikam Publish time 5-2-2015 12:30 PM

masterixs replied at 2-2-2015 11:27 AM
Macammana pula negara lain yang telah melaksanakan sistem GST atau VAT ini, yang menjadi persoalan a ...
cerita bab cukai kenderaan ni. tak silap aku kita adalah no 2 paling tinggi cukai dia selepas singapura. namun alasan singapura adalah untuk elakkan kesesakkan dlm negara kecil mereka. kita pula adalah disebabkan cukai yg dikenakan sekali bayar sahaja. kalau ikut nilai kenderaan kita beli nilai dia adalah hampir kepada 2 unit kenderaan utk 1 kenderaan yg kita beli ( tak kira local atau import). struktur negara luar pula berbeza2...ada cukai yg dikenakan mengikut tahunan kenderaan itu diatas jalan. ( kira bayar secara tahunan). kalau di europe...cukai eksais depa charge masa kita nak renew cukai jalan dan insurance kenderaan. lagi lama kenderaan kita pakai lagi tinggi cukai dikenakan mengikut tahunan. student kita yg duk oversea tahu la mcm mana peritnya:lol:. ada yg sampai masa nak renew roadtax tuh...harga bayar cukai tuh lagi tinggi dari value semasa kenderaan yg depa pakai. kat sana kereta second nih takde value sgt. tak mcm kat sini, kereta 10 tahun pun harga puluh atau ratus ribu.:lol: kecuali lah kereta jenis exotik atau vintage atau rare.

quattrosen Publish time 6-2-2015 11:43 AM

lompatikam replied at 5-2-2015 12:16 PM
naik atau turun tuh kadang2 manipulasi dari peniaga/pengeluar...

bagi aku turun bab kereta import ...

betul3...tepat sekali...talking with knowledge tanpa side mana2 pihak?

shazman73 Publish time 7-2-2015 06:59 PM

lompatikam replied at 5-2-2015 02:16 AM
naik atau turun tuh kadang2 manipulasi dari peniaga/pengeluar...

bagi aku turun bab kereta import ...

dulu tax ni dibayar hujung tahun based on audit report yg mana ada yg kata boleh dimanipulasi. ( bayar based on total figure). lepas GST kena kira based on unit dan setiap unit yg keluar kena ada record secara sistematik dan bayaran GST ni sama ada buat bulanan, quaterly, 1/2 tahun atau setahun.


btul tu..sebab kerajaan perkenalkan GST adalah pengimport/pemborong tipu, istihar harga rendah untuk elak cukai tinggi, padahal jual berlipat kali ganda..ada gst x bleh tipu lg..klu pergi kemana2 sering terdengar peniaga cina marah gst dan mereka kempen kita untuk kondem kerajaan..aku x mudah tertipu aku lawan balik..aku katakan jangan fikir untung saja fikir negara juga..kerajaan dapat duit bayar kakitangan kerajaan, nanti mereka ini juga lah yg belanja duit beli barang kat kedai u, klu kerajaan tak ada duit cam mana nak byr gaji...pusingan ini cam rantaian makanan yg kitabelajar dlm sains.

shazman73 Publish time 8-2-2015 10:28 PM

yang bodoh hanya tok tok lebai. tok guru dan tok gundu..

zafir Publish time 9-2-2015 10:51 AM

lompatikam replied at 5-2-2015 12:30 PM
cerita bab cukai kenderaan ni. tak silap aku kita adalah no 2 paling tinggi cukai dia selepas sing ...

based on 12 yrs experience stay there...actually x le perit pakai kete kat oversea tu..sbb harga kete murah je..and across europe pun ada standard tariff for cars...only set back is high petrol price.
Cars are not necessary items in UK or Europe..more to alternative to their efficient public transport..when i go to work/study...dalam bas or train ramai je lecturers and co workers travel together..
Salary ratio vs harga kete pun rendah..about pound 800 weekly = 3200 mthly...and harga merc c class or bmw is just 26k pound..

lompatikam Publish time 9-2-2015 11:40 AM

zafir replied at 9-2-2015 10:51 AM
based on 12 yrs experience stay there...actually x le perit pakai kete kat oversea tu..sbb harga k ...

yes...harge kereta murah tapi utk renew dia punya roadtax, insurance plus other tax mcm mana?

lompatikam Publish time 9-2-2015 11:52 AM

Edited by lompatikam at 9-2-2015 11:57 AM

shazman73 replied at 7-2-2015 06:59 PM
dulu tax ni dibayar hujung tahun based on audit report yg mana ada yg kata boleh dimanipulasi. ( b ...
betul tuh, tapi itu secara teori...cuma bila bab malaysia ni aku kurang pasti mcm mana sebab kita ni kalau ikutkan demokrasi terpimpin...tapi dekat luar kita bgtau yg kita ni open market. kalau kita tgk kenapa pengeluar kereta byk set up kat thailand walaupun expertise lebih byk kat malaysia dan kalau ikut trafiq port kita dan singapore lagi tinggi. semua ni berpunca daritekanan dasar polisi kita. ada bagus ada tak bagus. bg pengeluar dasar polisi kita agak tak menguntung mereka. sebab dia...pengeluar nak set up sesuatu kilang/platform di luar negara adalah untuk mengurangkan kos mereka namun masih mengekalkan standart mereka. itu sebab byk pengeluar dunia ni pi china...namun tidak kepada india. sebab negara india pun ada dasar polisi mereka yg sukar utk pelabur tembus. dasar polisi kenderaan kita byk ikut jepun. tapi beza jepun adalah negera mereka ni sendiri byk pengeluar innovasi sendiri. alternative utk barangan import. so depa tak bergantung sgt pada barang luar.

masterixs Publish time 9-2-2015 01:40 PM

lompatikam replied at 5-2-2015 12:30 PM
cerita bab cukai kenderaan ni. tak silap aku kita adalah no 2 paling tinggi cukai dia selepas sing ...

Gud info tq....
Apa2 pun kita tunggu dan lihat apa kesan sebenarnya bila dilaksanakan nanti....
Pages: [1] 2
View full version: Adakah kereta dikenakan GST?


ADVERTISEMENT