IXA.MAD Publish time 27-1-2015 03:45 PM

Life of a student

Edited by IXA.MAD at 27-1-2015 03:47 PM

Assalamualaikum dansalam sejahtera
Newbies Introduction

Setelah sekian lama memendam rasa dan menjadi pembaca senyap( kononnya ), akhirnya aku mempunyai sedikit keberanian untuk aku berkongsipengalaman yang boleh dikatakan seram bagi aku, dan Insya-Allah aku akan cubaperah ingatan aku supaya semua pengalaman yang dialami oleh aku akan diterjemahdalam bebenang ni, dan tak lupa aku akan cuba korek sikit rahsia kawan, takpunkawan kepada kawan, takpun kawan kepada kawan kepada kawan dan seterusnya. Aku sekarang masih belajar di IPT di Melaka ( saja nak beritahu )

Disclaimer ( Kot!! )
Semua cerita ini adalah benar, tetapi sekiranya anda telahterbaca di post lain, mungkin tu kawan aku or mereka yg juga telah mendengarversi yg sama, takpun hantu dua serupa, alah kat Malaysia ni hantu semuasepesen kan.Aku suka guna nama sebenar, tetapi mungkin terpaksamengubah sedikit babak yg 18sx, contohnya kalo camni “ Ali pergi dating denganMinah, time dating tu diorang jumpa bom dan diorang terkejut lalu report katpolis “ mungkin aku akan tukar “ Ali dan minah terjumpa bom time berjalan danmereka terkejut lalu report kt polis “, babak akan diubah, tetapi scene seramakan dikekalkan. Okey?. Porumer ( Forumer ) juga mungkin akan membaca tulisan bakudan struktur ayat budak nak amik SPM, sorry sangat2 sbb aku memang lemah dalamkarangan.
Last sekali, sekiranya terdapat singkatan, List of abbreviationakan disediakan di akhir post untuk memudahkan rujukan. Selain itu ( skemanyaayat aku ), aku mintak maaf awal2 kalau post aku ni tak seram, tak lawak dansebagainya.. ENJOY!!!!!

edit : aku baru tahu kalau kita taip dalam word, walaupun dah enter utk wat perenggan, dia x ngam dgn format forum ni. nanti aku cuba betulkan dalam posting mendatang


IXA.MAD Publish time 27-1-2015 03:48 PM

First Post : Dia nak main lif pulakkk

Cerita ini bermula ketika aku semester ketiga di sebuah IPTA yang kita boleh tengok menaranya dari federal highway… Dah terbayang ipt mana?? Good.. untuk pengetahuan, di ipt tu ada tiga menara setakat yang aku tahu, menara SnT dua ketul, dan menara SAAS. Menara SAAS ni memang dah terkenal dengan keseramam dia, dan banyak urban legend ( aku malas nak cerita sbb dah ada thread pasal ni ), tapi aku nak focus kat menara SnT. Jeng jeng jeng.

Disebabkan kos aku ni berasaskan project dan perlunya diskas ( aka discussion ) antara group member, kitorang selalu menjadikan menara SnT ni sbg markas. Sebab? Menara SnT ni setiap floor ada kerusi dan meja yg macam kedai makan tu, dan byk gila, so memang sesuai untuk wat project, err maksud aku project utk kos ni. Floor faveret kitorang adalah 3rd floor, sebab dekat dgn water killer ( air dia kalo yg sejuk memang sejuk gila dan kalo yg panas memang panas gila ) dan toilet.

Ok, nak dijadikan cerita, satu malam kitorang pon berkumpul la kat port biasa kitorang, lupa nak gtaw, group kitorang n ada 3 laki laki dan 3 perempuan. So 6 lah kan. So kitorang pon start la wat keje kol 9, aku dah krroohh krooh kol 10 ( discussion project ni, perempuan je yg nampk wt keje sikit ). Pastu, time orang dok kalut2 wt kije ( orang : geng perempuan ), kawan aku ni, kita namakan dia sebagai yo tetiba ajak pergi tingkat 20 ( yakni tingkat atas sekali ),dia cakap nak round and tgk apa yg ada kat atas. aku dengan kawan aku sorang lagi, kita namakan dia sebagai din, dok saling tengok, aku tengok kau kau tengok aku. Pastu dia cakap, “JOM”, aku mulanya keberatan nak pergi, sebab aku ni penakut, pastu dah tebaca ribuan cerita seram dalam ni ( Nampak x betapa lamanya aku dah follow forum ni ), dan aku malas, nak mengular ( aka tido ). Tapi lepas dipujuk rayu dan dirasuah ( aka dipaksa ), aku pon terpaksa lah pergi gak.

Menara SnT ni dia ada berkembar, sebelah kiri dan kanan ( aku lupa mana satu blok a dan b ), group kitorang dok menara sebelah kiri, yang dekat dgn DC, dan sebelah lagi sebelah kanan, yg dekat dgn Fac apa ntah, aku lupa.. Masscom kot, takpon sport rek.. Jadi kitorang pon mulakan ekspedisi explore menara tu, kitorang masuk menara sebelah kanan tu, dan masuk lif tengah, OK, part ni, kat kawasan tgh tu, dia ada empat lif, aku masuk yg mengadap tangga. Kitorang pon masuk lah, masuk bertiga ye kawan2. Kitorang pon tekan butang 20 kat situ, dan ting!! “Tingkat 20”, suara operator lif kedengaran ( ada sebab kenapa aku gtaw ni )..pastu kitorang explore ler kawasan tu, menghayati seksyen 7 shah alam, lupa nak cakap, time aku keluar lif, aku cek jam dah pukul 11.50pm camtu. Pastu aku cakap, “alah, takde apa pun kat sini, jom la balik. Opis je banyak”…Nampak tak betapa penakotnya aku… ok, then kitorang pon agree la nak balik, tapi sorang kawan aku ni, aku dah lupa sape, tapi aku nak salahkan Yo dlm peristiwa tu, so kita assume Yo yg cakap camni, “Jom tingkat 19 pulak, jalan2”, dalam ati aku, damn lah budak ni, tak tau ke dah pukul bape ni, dan segala binatang dalam hutan dan organ perkumuhan perempuan aku sebut, tapi dalam ati jelah. Hee.

Pastu kitorang pon masuk lah, pastu tekan tingkat 19, time ni pintu kejap bukak kejap tutup, bukak, pastu tutup, bukak pastu tutup, last2 din cakap, “Oit, dah berhenti main pintu tu, aku nak turun”. Pastu baru pintu tutup dan lif turun. Muka aku dah pucat, n kitorang pon senyap. TINGG, Tingkap 19!!!. Suara operator berbunyi. Pastu kitorang pon keluar lah, tapi aku tak tau kenapa macam terpegun n senyap je. Pastu time depa nak rejoin group, aku cakap, korang turun lah gn lif, aku nak turun dgn tangga. Pastu dierang tak bagi, dan paksa aku turun dgn lif. Aku dah takot sbb tak biasa camni, so ikot lah.

Pastu din tekan butang tingkat 3, pastu pintu lif tutup, pastu bukak, cam tadi tp lagi lama. Dia bukak, dia tutup, dia bukak, dia tutup, pastu din pon guna mentera yg dia guna tadi, hoiiii…. Aku nak turun, dah berhenti main lift tu. Pintu lif pon beralah, pastu tutup, TAPIII, bukak balik… din tak abis2 dok bebel, tetiba pintu lif tertutup, lama gila, pastu dengar operator lif announce, TINGKAT 19, aku dah cuak, macam ada orang tekan lif dari lua nak masuk… n time tu, kedudukan dalam lif camni, kan lif kan segi empat, camner nak explain. Yo n din dok berduaan di bahagian kanan, n aku sorang di bahagian kiri. Lepas tu pintu lif terbukak lama gila, aku terperasan macam ada org masuk, rasa cam panas je dpn aku ( tak taw takot perasaan takot aku kot), so aku berundur belakang sikit. N aku tunduk dari awal sampai akhir, takot nak tengok depan. Pastu lif pon tertutup. Pastu terbukak balik, pstu din pon dok tekan bertubi2 butang yg tutup pintu lift tu, dan berjaya, lif turun dengan jayanya selepas hampir 5 minit kitorang terkurung dalam tu. Aku dah bersyukur, lepas kitorang join group yg lain, aku dah lemah n xdak mood nak wat kije, n ajak balik kolej.. op kos dgn tangga. Tapi lepas tu kitorang pergi gk kat sana kalo ada keje, tp dah xdak aktiviti melawat kawasan atas tuh. Aku dah serik…

Lepas aku citer kat member yang lain, rupanya ada jugak yang alami cam kitorang kena, tapi lg ekstrem. Nantikan sambungan.

Singkatan :
SnT : Sains dan Teknologi
SAAS : Sultan Abdul Aziz Shah
DC : Dataran Cendekiawan

Syazzy Publish time 27-1-2015 04:00 PM

cepat sambung hehe

hatikudus Publish time 27-1-2015 05:31 PM

sambung jgn tak sambung :lol:

boocasper Publish time 27-1-2015 05:34 PM

Cuba edit...boleh edit kat sini gak...aku baca asek terkucil jela sbb 2 perkataan bersambung sekali...hehehe

IXA.MAD Publish time 27-1-2015 05:56 PM

boocasper replied at 27-1-2015 05:34 PM
Cuba edit...boleh edit kat sini gak...aku baca asek terkucil jela sbb 2 perkataan bersambung sekali. ...

Hahaha,sori.First try memang ada error sikit.Akan difix utk next post

IXA.MAD Publish time 27-1-2015 05:57 PM

Insya-Allah malam ni kalau takde aral melintang.

IXA.MAD Publish time 27-1-2015 06:44 PM

Title : Dia nak main lif pulakkk EP 2

Assalamualaikum

Ni adalah sambungan cerita tadi. Sebenarnya takde kaitan pun, tetapi ni cerita kawan aku, dan lif yang sama. Ok, where do we start? Kawan aku ni, seperti geng group aku, pun suka wat kija kat sana, tapi floor lain. aku pun dah lupa, tapi tak penting pon. kita kan nak citer pasal lif.

Cerita bermula begini, pada malam tu cam biasa diorang pergi lah buat kerje kat menara SnT tu. Macam kitorang jugak, depa pon ada yang otak gila2, jenis yang tak duk diam n macam2 lagila. Pada malam kejadian ( aku dah lupa berapa orang sebenarnya yg terlibat ), ada si A, si B dan si C dok main lif. Main camner? depa bukak pintu lif, tekan tingkat yg nak dituju, tapi dierang xmasuk pon lam lif ( lupa nak beritahu, lif di menara SnT, butang tingkat tu ada di luar, aku pun dah ingat2 lupa, dah lama tinggal IPT tu ), lepas lif dah sampai kt floor tu, depa tkn balik dan tunggu lif tu. macam tu lah kawan aku citer. Memang takde keje n sengaja cari penyakit kot.

Then, ada satu lift ni, time sampai je kat floor diorang, terbukak tutup terbukak tutup macam kitorang kena. depa pon cuak lah, pesal dgn lift tu, ingatkan dah rosak ke pape. Time si A ni dok jenguk2 dalam lif tu, tiba2 ada bunyi.. PRANNGGGGGGGG..... bunyi macam lift jatuh dari tingkat atas ke bawah, boleh imagine tak? cam dalam filem, lif terjatuh tu. Depa pon cuak n terus lari. tapi si C ni sempat toleh kt lif tadi, lif tadi elok2 je tertutup. Nasib baik takde pape yang buruk.

Aku tak tahu pe jadi lepas tu, mungkin bebudak tu dah serik n insaf. entah ler, suka sgt main lif ye, kan dah kena. Sorry sebab cerita ni pendek, sebab kawan aku tak bagi detail sangat, sekadar cerita je. OK. Untuk next episode, aku akan compile ( kalau muat ), pengalaman seram time dok Kolej Perindu 4 ( hehehehe ), peristiwa McD seksyen 2, dan banyak lagi. OK berangkat dulu...

cat_miow Publish time 27-1-2015 09:56 PM

guard kot mainkan korang :lol::lol:

dorng tengok korang main lift kat cctv... then mainkan lift kat control romm dorng... ala, macam kat dalam filem tu....

katakpisang88 Publish time 28-1-2015 01:11 AM

Wahh...best2..aku tunggu sambungan..eheh

CrowneGlory Publish time 28-1-2015 02:42 AM

Sambung jgn x sambung..

IXA.MAD Publish time 28-1-2015 07:00 AM

cat_miow replied at 27-1-2015 09:56 PM
guard kot mainkan korang

dorng tengok korang main lift kat cctv... then mainkan lift k ...

Tak kanlah dia boleh control pintu lif.Haha.

besi_kelabu Publish time 28-1-2015 09:00 AM

dari gaya ko cite ni aku rasa ko bukan budak eng kan...kalo budak eng dorg dah x heran kot dgn lift mcm tu..dah terbiasa kot...kalo ko pegi mlm2 mmg adalift terbuka n tertutup even xde orang tekan pon..

khailya Publish time 28-1-2015 12:02 PM

ok sila sambung lagi... :D

IXA.MAD Publish time 28-1-2015 02:31 PM

besi_kelabu replied at 28-1-2015 09:00 AM
dari gaya ko cite ni aku rasa ko bukan budak eng kan...kalo budak eng dorg dah x heran kot dgn lift...

Aku kejuruteraan celup tapi fac aku bukan kat fac engine tu. hehehe

abe_pi Publish time 28-1-2015 06:02 PM

Besh. Sambung lg TT :P

MissMamamia75 Publish time 28-1-2015 06:17 PM

IXA.MAD replied at 28-1-2015 02:31 PM
Aku kejuruteraan celup tapi fac aku bukan kat fac engine tu. hehehe

terus kan bercerita...
aku pun dulu study situ...budak enjin..
byk dengar cerita antu..tp Alhamdulillah..xpernah terserempak..

menara tinggi tu tempat geng2 kembara ku dan aku..buat show abseiling/repailing/flying fox time konvo..
tika & saat ini..mmg xtrbayang yg ku mampu buat tu sumer dulu kala...jiwa muda...:$:P

cuma..hostel kami &bbrapa hostel lain pernah diserang orang minyak...
seram sungguh time tu...:funk::funk:
lama dah kes ni..mid 90s..

IXA.MAD Publish time 28-1-2015 10:04 PM

salam semua, maybe esok aku akan sambung, sori tak sempat menaip. busy dok repair motor yg tenggelam banjir ari tu.

Asdira Publish time 28-1-2015 10:30 PM

IXA.MAD replied at 28-1-2015 10:04 PM
salam semua, maybe esok aku akan sambung, sori tak sempat menaip. busy dok repair motor yg tenggelam ...

smbg cpt2 tau.
ramai follower ni.hehe

IXA.MAD Publish time 28-1-2015 10:55 PM

Asdira replied at 28-1-2015 10:30 PM
smbg cpt2 tau.
ramai follower ni.hehe

sabar2, aku dah siapkan draf untuk satu cerita, kalau malam ni sempat siap,aku post. kalau x, esok ok? cerita pendek je, kalau post sekarang, takot bosan sbb pendek sgt2
Pages: [1] 2 3
View full version: Life of a student


ADVERTISEMENT