bianglala Publish time 23-1-2015 10:47 PM

Bakawali, Mekar Kembang Di Malam Hari

http://api.ning.com/files/oQBa5IX*T7YXcRPQFCWFfUz3vHg81UFnZ8r8JqVaQjbSlcfi0pRHapM1nyROGxWa14eCeTooK3IQlFgDYZ-sQDkRqnhfpCJw/epi5pm.JPG

Di Malaysia, bunga ini lebih dikenali sebagai pokok bunga bakawali. Di luar negara, ia memiliki nama yang berbeza antaranya : Queen of the night, Moon cactus, Night blooming cereus dan pelbagai nama lagi.Tumbuhan ini mula ditemui di sekitar hutan Amerika Latin dan Mexico. Ia membiak melalui keratan daun.

Waktu kelopak bunga ini mula menguntum adalah sekitar jam lapan malam dan berkembang penuh ketika menjelang awal pagi. Semasa mekar, bunga ini akan menghasilkan bauan yang sangat wangi. Sesudah itu, ia akan beransur-ansur layu sebelum matahari pagi terbit. Setiap bunga hanya akan menguntum sekali sahaja.

Memandangkan bunga ini berkembang pada waktu tengah malam, timbullah anggapan yang mengaitkan tumbuhan ini dengan dunia mistik. Bagi masyarakat India kuno, mereka percaya bunga ini dilindungi oleh dewa dan mempunyai magis yang tersendiri. Masyarakat Melayu pula dimomokkan dengan cerita bahawa bunga ini 'dijaga' oleh bunian semasa ia sedang menguntum.

http://farm4.staticflickr.com/3286/2981097265_896afb962e_z.jpg?zz=1

Persoalannya, mengapa bunga ini berkembang hanya sekitar lewat malam dan tidak seperti bunga-bungaan yang lain?

Mungkin ada yang belum tahu, terdapat juga beberapa jenis pokok bunga yang berkembang pada waktu malam. Antaranya bunga buah naga, bunga buah durian dan beberapa jenis lagi tumbuhan berbunga. Fenomena yang berlaku ini tidaklah terlalu ganjil. Hal ini terjadi kerana proses pendebungaan semulajadi yang dibawa oleh agen yang dikenali sebagai 'moth' atau serangga yang aktif waktu malam.

http://1.bp.blogspot.com/-XicUkJ30Xh4/TZ2PB0eyuMI/AAAAAAAABgc/_mIQuZ6HHlY/s1600/Bunga+Bakawali.jpg

Bauan yang terhasil daripada bunga-bungaan ini juga bertujuan untuk menarik perhatian serangga menghampiri bunga tersebut. Sekali gus, proses penyebaran benih boleh berlaku.

Dari sudut kesihatan pula , bakawali dikatakan mampu menyembuhkan penyakit kulit dan masalah mata. Sehingga kini, bunga bakawali masih dijadikan sebahagian rawatan alternatif dalam perubatan.

Sumber Artikel : INFINITI Februari 2015.
Sumber Gambar : Google Images.

Elle_mujigae Publish time 23-1-2015 11:00 PM

Begitu rupanya bunga Bakawali ni...
tahu lagu dia je sebelum ni..huhu..



NdSzkpOsKgo

anniez08 Publish time 24-1-2015 06:43 PM

kalo memalam berbau wangi tiba2 mmg menyeramkan..
bunga cina pun berbau wangi waktu malam..

moocoww Publish time 3-3-2015 03:53 AM

Kisahnya....
Pages: [1]
View full version: Bakawali, Mekar Kembang Di Malam Hari


ADVERTISEMENT