pestol Publish time 16-1-2015 02:27 PM

Rock Oo Rimba Bara Kembali OST - Tika

Rock Oo Rimba Bara Kembali OST - Tika

R7Y9wpxZJ_s

Sinopsis
Kumpulan Rimba Bara baru sahaja kehilangan pemain gitar mereka, Zack dan perlu mencari pengganti bagi membolehkan mereka menyertai pertandingan Battle of the Bands.

Setelah bertemu dengan seorang pemain gitar handalan, Slash (Pekin Ibrahim) dan berbekalkan semangat dan bakat serta bantuan bekas pengurus mereka, maka Rimba Bara berhijrah ke Kuala Lumpur.

Tetapi malang menimpa Rimba Bara apabila pengurus mereka hilang tanpa berita, sekali lagi. Kehilangan arah dan kecundang, Rimba Bara bersetuju untuk pulang semula ke Ipoh.

Tidak lama kemudian, Rimba Bara dipukul lagi dengan satu tamparan yang hebat apabila vokalis Zul Kapan (Sofi Jikan) meninggalkan kumpulan mereka dan menyertai musuh ketat, Malaikat Maut.

Ahli-ahli Rimba Bara terpaksa menggagahkan diri dan bersatu untuk menentukan arah perjuangan kumpulan mereka.

Lirik:
Cahaya di dalam cermin
Memukau hingga memaksa
Ku cari ke dasar diri
Cintaku yang hilang

Rupanya ku salah sangka
Kasihmu tak pernah sepi
Kerana terlalu hampir
Ku leka hadirmu

Sentiasa disisi ku..
Merestui ambisi ku..
Lantas ku takkan berubah
Berganjak di jalan ini..

Selagi bumi berputar
Tekadku terus berjuang.. oh..

Sentiasa disisi ku..
Merestui ambisi ku..
Lantas ku takkan berubah
Berganjak di jalan ini..

Sentiasa disisi ku..
Merestui ambisi ku..
Lantas ku takkan berubah
Berganjak dari jalan ku.. oh.. oh.. oh..

Disisi ku.. merestui ambisiku.. oh

Lantas ku takkan berubah
Berganjak dari jalan ku
Jalan ku.. Jalan ku..
Tangisan harum tertumpah

Pages: [1]
View full version: Rock Oo Rimba Bara Kembali OST - Tika


ADVERTISEMENT