changa=famri7 Publish time 30-12-2014 01:27 AM

Badak air patah kaki jatuh dari trak

http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2014/1229/Kosmo/Dunia/du_01.1.jpg

BADAK air yang terjatuh ke atas jalan raya dari sebuah trak kelihatan kesakitan selepas mengalami patah kaki. - AGENSI


TAIPEI, Taiwan – Seekor badak air dirakam dalam keadaan menyayat hati selepas melompat keluar dari sebuah trak di sini baru-baru ini.Haiwan malang itu dilaporkan patah kaki dan gigi selepas melompat dari sebuah trak semasa dibawa dari daerah Miaoli ke sebuah zoo.Menurut pemandu trak yang ditemu bual, badak air bernama A Ho itu mungkin panik sebelum kelihatan seperti sedang ‘terbang keluar’ dari pintu trak.
http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2014/1229/Kosmo/Dunia/du_01.2.jpg
BADAK tersebut terpaksa diangkat menggunakan kren untuk dinaikkan semula ke atas trak. - AGENSI

"Saya terkejut melihat A Ho jatuh dari trak dan bergegas menaikkannya kembali untuk mengelakkan daripada dilanggar oleh kenderaan lain," kata pemandu trak itu.Berikutan keadaan badak itu yang mengalami patah kaki, pihak berkuasa terpaksa menggunakan kren untuk mengangkat haiwan itu naik semula ke atas trak yang mengambil masa beberapa jam.Pihak berkuasa Taiwan berkata, mereka yang menyebabkan kecederaan kepada badak itu mungkin didakwa di bawah akta haiwan terlindung. – AGENSI




ip_lepat Publish time 30-12-2014 01:31 AM

lawak plk tgk mukanya ;P

SoalanSaye Publish time 30-12-2014 01:43 AM

menyayat hati? menyayat hati sebab badak tu muka hodoh ke

munchkin Publish time 30-12-2014 03:45 AM

Keisian sangat.....

bianglala Publish time 30-12-2014 11:20 AM

apabila tak pernah melompat tetiba kena melompat.

anniez08 Publish time 30-12-2014 01:36 PM

kesian nya badak tu.. mesti dia rasa sakit sgt...:(

alumalu Publish time 5-1-2015 04:21 PM

kesian betul badak tu

cpixie Publish time 17-1-2015 10:22 PM

badan berat nak melompat. kesianlah.
Pages: [1]
View full version: Badak air patah kaki jatuh dari trak


ADVERTISEMENT