Nusantara77 Publish time 23-12-2014 01:34 AM

macam seram je anak patung ni untuk budak-budak main..

Anak Patung Tanpa Wajah Untuk Kanak-Kanak Islam

                        http://cdn.wanista.com/wp-content/uploads/2014/12/faceless-doll-islam.jpgTahukah anda terdapat anak patung ‘Islamic Compliance’ telah mula dijual untuk kanak-kanak perempuan beragama Islam? Anak patung tanpa muka dan berhijab yang khas untuk kanak-kanak perempuan Islam telah mula dijual di Britan, lapor agensi berita DailyMail.Ia telah direka untuk mematuhi hukum Islam yang melarang pemaparan ciri-ciri wajah dalam apa jua bentuk termasuk gambar, ukiran dan, dalam kes ini, anak patung. Patung perempuan itu didatangkan dengan hijab berwarna hitam dan baju berwarna merah tetapi tidak mempunyai mata, hidung atau mulut dan ianya dijual pada harga USD$40 (RM140).http://cdn.wanista.com/wp-content/uploads/2014/12/deeni-doll.jpgAnak patung yang diberi nama “Deeni Doll” ( Patung Deeni ) ini dibuat di China dan direka oleh seorang pereka dari United Kingdom, Ridhwana B, seorang guru di sebuah sekolah Islam di situ. Dia juga mengambil masa 4 tahun untuk menghasilkan patung tersebut dan berhasrat untuk menerbitkan buku pendidikan Islam untuk kanak-kanak tidak lama lagi.Kami rasa patung itu agak mengerikan dan lebih baik permainan yang tiada ada kaitan langsung dengan benda hidup seperti kereta, trak dan sebagainya dihasilkan dengan penuh kreatif berbanding anak patung ini. Apa kata anda?

sumber:wanista.com




icanyorke Publish time 28-12-2014 08:00 PM

seram juga lihat nya :funk:

idadzira Publish time 2-1-2015 03:02 PM

isk apa la mcm ni. patuh syariah la ni ek
Pages: [1]
View full version: macam seram je anak patung ni untuk budak-budak main..


ADVERTISEMENT