laili_nur Publish time 24-12-2014 01:15 PM

Esmiria posted on 24-12-2014 08:52 AM
entah knpa aku.mkin menymph dgn khalid dan rayyan. Berebut betina.

Bila jantan ni dh puas, dia...

ari tu kata adik beradik x kan gaduh sebab pompuan.. ni dah terang2 berebut the same girl.. camane ni?

Esmiria Publish time 24-12-2014 01:32 PM

laili_nur posted on 24-12-2014 05:15 AM
ari tu kata adik beradik x kan gaduh sebab pompuan.. ni dah terang2 berebut the same girl.. camane ...

klo girl tu mati, bru tak bergaduh agaknya. :'(

elia201 Publish time 24-12-2014 02:26 PM

laili_nur posted on 24-12-2014 01:15 PM
ari tu kata adik beradik x kan gaduh sebab pompuan.. ni dah terang2 berebut the same girl.. camane ...

Ala tu gaduh gaduh manja jer.. jgn risau

elia201 Publish time 24-12-2014 02:33 PM

Esmiria posted on 24-12-2014 01:32 PM
klo girl tu mati, bru tak bergaduh agaknya.

Best jugek ending mcm 2.. akan difikirkan

Esmiria Publish time 24-12-2014 02:36 PM

elia201 posted on 24-12-2014 06:33 AM
Best jugek ending mcm 2.. akan difikirkan

Ikut idea akakler. jgn ikut idea sya.:D

laili_nur Publish time 24-12-2014 03:28 PM

elia201 posted on 24-12-2014 02:33 PM static/image/common/back.gif
Best jugek ending mcm 2.. akan difikirkan

ala elia.. taknak la mati.. :'(

elia201 Publish time 24-12-2014 03:50 PM

Edited by elia201 at 9-5-2015 11:07 AM

Khalid pelik dengan arah jalan yang ditunjuk oleh Jie.Masuk Sprint , Jie mengarahkan memandu masuk laluan keluar menghala ke Kampung Sungai Penchala. Kemudian dia disuruh membelok ke kiri sehinggalah sampai ke Persiaran Zaaba. Di Lengkok Zaaba, Jie mengarahkannya berhenti di depan sebuah rumah.

"I masuk dulu Encik Khalid." Jie segera minta diri.

"Wait ! You cuba tipu I ke apa ni Jie?Ini ke rumah'so called' atap nipah mandi pakai air perigi you tu? Jauh lah sangat! Khalid rasa tertipu. Tak sampai 20 minit pun dari Hartamas. Siapa you sebenarnya Jie?" Melihatkan banglo dan deretan kereta mewah di parkir, Khalid yakin Jie bukan dari keluarga sebarangan.

Jie mahu membuka mulut menjawab namun terdengar satu suara menegur dari arah belakang.

"Jie pun dah sampai? Baguslah! Daddy rush balik bila Vee call." Seperti biasa Jie menyalam tanda hormat. Dua beranak berpelukan.

Khalid keluar dari kereta untuk bersalam. Wajah lelaki berusia itu ditenung. Seperti pernah dilihat. Tapi dimana?

"Kamu Khalid Hardy kan? CEO Kencana Murni Holding." Wajah anak muda itu memang dikenalinya.

"Macam mana uncle tahu?" Khalid mula pelik.

"Uncle kawan baik Papa kamu. Kita pernah jumpa pasal tender. Tak apa mungkin kamu tak ingat."

"Dato' Hanafi is it? Sorry uncle Karl lupa." Khalid mula ingat. Papa pernah memperkenalkan lelaki itu padanya.

"Jie masuk dulu la Daddy. Nak jumpa Mommy." Jie meminta diri untuk masuk.

"Jomla Karl masuk sekali. Boleh kita sambung borak dekat dalam." Dato' Hanafi mempelawa. Khalid cuma menurut. Ini peluangbaik untuk lebih mengenali latar belakang gadis pujaannya.

Pandangan mata mereka bertaut. Jie sayu melihat keadaan Maznah. Pucat tidak bermaya. Wajah Mommy yang cantik tampak hilang seri.

"Mommy minta maaf Jie ! Mommy berdosa pada Jie." Maznah gembira melihat anak bongsunya balik menjejakkan kaki semula ke rumah.

Jie pantas menggeleng. "No Mommy. Salah Jie ! Jie turutkan hati. Jie ingatkan dia sayangkan Jie tapi dia ada perempuan lain. Dia dah tinggalkan Jie, Mummy! Kenangan lama mula bertandang. Bertapa dia masih mentah waktu itu. Gara gara mengejar cinta pertama yang konon suci,dia tega membuang Mommy. Sudahnya dia pula yang dibuang seperti sampah !

" Tak apa sayang. Kita lupakan yang lepas. Kita bina hidup baru. Mommy janji akan berubah. Takkan sesekali sakitkan hati Jie." Tubuh anaknya dirangkul erat. Jie membalas pelukan itu. Sudah terlalu lama dia rindukan belaian kasih Mommy.

Viana senyum senang hati melihat Mommy dan adiknya bersatu semula.

Sengaja dia mereka cerita Mommy sakit tenat untuk memancing Jie pulang.






Last edited by elia201 on 24-12-2014 04:52 PM

Esmiria Publish time 24-12-2014 04:14 PM

elia201 posted on 24-12-2014 07:50 AM
Khalid pelik dengan arah jalan yang ditunjuk oleh Jie.Masuk Sprint , Jie mengarahkan memandu masuk ...

editt*** Last edited by Esmiria on 24-12-2014 08:54 AM

elia201 Publish time 24-12-2014 04:32 PM

Edited by elia201 at 9-5-2015 11:08 AM

"Vee minta maaf sebab terpaksa tipu Jie." Viana terpaksa berterus terang. "Kalau Vee tak buat macam tu sampai bila bila Jie takkan balik jenguk Mommy."

Jie hanya senyum. "Jie faham. Anyway thanks sebab buat macam ni. Kalau tak selamanya Jie jadi anak derhaka."

" Semalam tu boyfriend Jie ke?" Viana perasan lelaki kacak itu berbual mesra dengan Daddy.

"Mana ada ! Jie pantas menidakkan. Dia ex boss Jie la."

"Ala,kalau betul apa salahnya. Takkan la 'mamat' tu tak tergoda dengan Jie yang 'hot' ni." Seronok rasa menyakat adiknya.

"Itu no comment." Jawapan cliche diberikan. Jie rasa masa tidak sesuai untuk bercerita pasal Khalid. Keutamaannya sekarang hanya Mommy.

Viana pula mengharap Jie sudah lupakan sejarah silam dulu. Dalam diam dia berdoa akan kebahagiaan satu satu adik yang dimiliki.

elia201 Publish time 24-12-2014 04:47 PM

Bab 13

Edited by elia201 at 9-5-2015 11:08 AM

Rayyan mundar mandir berjalan dari dalam biliknya. Hati rasa resah. Mama masih tak dapat menerima hakikat Zeeta bukan pilihan hatinya. Jie pula menyepikan diri sejak dari peristiwa di Villa Safiah. Hanya satu pesanan ringkas yang diterima dari Jie. Gadisitu meminta masa untuk memikirkan hala tuju hubungan mereka.

Rayyan tahu seandainya dia ditempat Jie, dia sendiri akan buntu membuat pilihan. Tambahan pula, Karl dan dia adalah adik beradik.

Namun, telah dipasakkan dalam hati, sekiranya Karl yang berjaya merebut hati Jie, dia rela berundur.

Hubungan adik beradik di antara mereka akan kekal utuh sehingga ke akhir hayat.

Itulah sumpah dan juga janjinya. Last edited by elia201 on 24-12-2014 04:48 PM

fatimz Publish time 24-12-2014 04:48 PM

Thanks update

NaylaArisha Publish time 24-12-2014 04:52 PM

Esmiria posted on 24-12-2014 04:14 PM static/image/common/back.gif
sial punya vianna.

1st Reminder.

Lagi sekali di dapati komen dengan perkataan atau ayat yang berunsurkan negatif kredit tolak -15

cc : @cmf_conan

Esmiria Publish time 24-12-2014 04:53 PM

NaylaArisha posted on 24-12-2014 08:52 AM
1st Reminder.

Lagi sekali di dapati komen dengan perkataan atau ayat yang berunsurkan negatif k ...

okaylah……

Esmiria Publish time 24-12-2014 04:55 PM

elia201 posted on 24-12-2014 08:47 AM
Rayyan mundar mandir berjalan dari dalam biliknya. Hati rasa resah. Mama masih tak dapat menerima ha ...

finally tk bergaduh.:)

elia201 Publish time 24-12-2014 05:30 PM

Edited by elia201 at 9-5-2015 11:35 AM

Maznah suka benar melihat pemuda dihadapannya. Kacak, sopan santun dan pandai mengambil hati org tua. Andai kata pemuda itu berkenan dengan salah seorang dari anak gadisnya, dia pasti tidak akan menolak.

"Apa khabar Aunty?" Khalid tunduk hormat bersalam dengan Maznah.

"Alhamdulillah sihat , Karl. Biasa lah da tua tua ini, kadang kadang sakit tu tak menentu. Duduk kejap lah minum. Aunty suruh Jie buat air." Maznah menuju ke dapur tanpa sempat Khalid menahan.

Maznah muncul semula bersama anak gadisnya. Seteko teh dan 2 biji cawan ditatang dalam dulang.

Jie menuang air teh ke dalam cawan lalu diletakkan dihadapan Khalid.

"Minumlah Encik Khalid." Jie mempelawa.

Biarpun tetamu itu tidak diundang namun Mummy telah mengasuh dari kecil untuk menghormati tetamu. Jie berpaling untuk masuk ke bilik.

"Duduklah sekali Jie. Sembang dengan Karl." Maznah menegur. Tidak senang dengan kelakuan anak yang seolah tidak menghormati tetamu.

" Tak apalah Aunty. Karl datang pun nak jumpa Aunty bukan Jie. Kita borak kat luar boleh Aunty?"

Maznah hanya mengangguk setuju.

Jie malas ambil tahu. Dia terus masuk ke bilik. Rasa ingin menghubungi Sheera. Rindu pada celoteh BFFnya.Itu lagi bagus dari menatap wajah Khalid. Fikirnya.

elia201 Publish time 24-12-2014 05:38 PM

Edited by elia201 at 9-5-2015 11:09 AM

Khabar yang keluar dari mulut Mommy mengejutkan Jie. Khalid ingin menghantar rombongan merisik ! Nampaknya lelaki itu memang suka membuat tindakan sesuka hati. Control freak !

Pantas Jie mendail nombor Rayyan. Mengharap lelaki itu akan membuat sesuatu untuk menghentikan Khalid.

Panggilannya tidak bersambut. Jie tidak putus asa. Dia menaip sesuatu di skrin telefon.

Call me back. Urgent ! Butang send ditekan. Mesej dihantar.

Esmiria Publish time 24-12-2014 05:53 PM

elia201 posted on 24-12-2014 09:30 AM
Maznah suka benar melihat pemuda dihadapannya. Kacak, sopan santun dan pandai mengambil hati org tua ...

Sheera..sheeraa

elia201 Publish time 24-12-2014 06:31 PM

"Mama please !" Rayyan cuba menagih pengertian. Kata kata Jie lewat telefon tadi membuatnya sesak. Khalid memang bijak mengambil peluang. Mengambil hati ibu dan ayah Jie untuk mendapatkan gadis itu. Strategi yang sangat berkesan ! Patutlah Papa lebih percayakan Khalid mentadbir syarikat meskipun dia anak sulung.

"No Ray ! Rancangan merisik tetap berjalan seperti dirancang. Titik !" Tengku Safiah tetap dengan pendirian.

Namun melihatkan riak anak itu hati mula belas.

"Ray, Mama dah tahu semua. Siapa Najiha pada Ray dan Karl. Papa dah ceritakan." Nafas dihela. Wajah Rayyan ditenung.

"Mama yakin ini yang terbaik. Rayyan dah ada Zeeta, cinta boleh dipupuk.Ray janji dengan Mama, kahwin dengan Zeeta ye sayang.."

"Tengokla Mama." Rayyan tak berani memberi janji yang dia sendiri tahu tak mungkin tertunai.

Esmiria Publish time 24-12-2014 07:15 PM

elia201 posted on 24-12-2014 10:31 AM
"Mama please !" Rayyan cuba menagih pengertian. Kata kata Jie lewat telefon tadi membuatnya sesak. K ...

otakku berserabut dgn rayyan.:(

elia201 Publish time 24-12-2014 07:41 PM

Bab 14

Edited by elia201 at 5-1-2015 07:50 PM

Rayyan dapat merasakan ini mungkin pertemuan yang terakhir antara mereka. Pasti ada hikmah yang tersembunyi. Siapa sangka gadis yang pertama dicintai bakal bertukar gelaran adik ipar.

" I minta maaf Jie ! I dah cuba pujuk Mama tapi gagal. Mungkin kita tak ada jodoh !" Pahit untuk Rayyan menelan kenyataan itu.

"So, you 'surrender'la ni? Dasar lelaki pengecut !" Jie senyum sinis.

" You nak I buat apa? Sanggup you kahwin lari dengan I, lukakan hati semua orang, buang keluarga?" Nada suara Rayyan mula meninggi. "Jawablah ! Kenapa you diam? !" Nada suara menaik satu lagi oktaf.

Jie tersentak ditengking begitu. " Fine! Cincin dijari manis di tanggal dan dicampak. "Ambil balik cincin you ni."

"One more thing, mungkin Khalid lebih deserve jadi husband I ! Dia memang tahu apa yang perlu dibuat dan apa yang dia nakkan dalam hidup. Bukan macam you ! Coward ! Pathetic !' Segala yang terbuku diluah. Jie tidak peduli !

" Yup. I memang pengecut ! I nak you tahu I love you. Mencintai tak semestinya memiliki. I cintakan you tapi I tak dapat miliki you. Tapi I tetap akan cintakan you sampailah I mati. Trust me !" Rayyan tahu rasa cinta dalam hatinya akan abadi untuk selamanya. Gadis itulah yang pertama dan terakhir.Tiada lain.

"I juga. You akan stay dalam hati I forever. I doakan you bahagia dengan Zeeta." Tiada guna Jie menaruh harapan lagi. Hubungan mereka sudah berakhir.

Mata mereka bertentangan lagi. Buat terakhir kali. Kekaca jernih terbit di mata.

"Boleh I peluk you untuk kali yang terakhir sebelum you jadi adik ipar I?" Rayyan berharap permintaan akhirnya dipenuhi.

Walaupun permintaan itu agak keterlaluan namun Rayyan ingin abadikan saat itu dalam kenangan mereka yang terakhir. Biarlah saat ini menjadi kenangan yang terindah.

Jie cuma mengangguk tanda rela.Mereka saling berdakapan.Air mata dibiarkan menitis.

Bahagia terasa meskipun seketika.
Last edited by elia201 on 24-12-2014 11:04 PM

Pages: 1 2 3 4 5 6 [7] 8 9 10 11 12 13 14 15 16
View full version: Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there


ADVERTISEMENT