DRandallBlythe Publish time 19-12-2014 11:12 AM

Tempat letak kucing

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh dan Salam Sejahtera buat warga Cari semua.

Memula sekali saya mintak maaf kalau post saya ni berada di tempat yang salah, mintak tolong mod letak dalam tempat yang bersesuaian ye dan mohon agar post ni tak di padam.

Macam tajok kat atas, saya nak mintak jasa baik semua untok tolong saya introduce mana mana tempat untok pusat perlindungan haiwan, cat sanctuary, cat village dan yang sewaktu dengannya.

Saya dan wife ada bela kucing dan jumlahnya sekarang ada 16 ekor. Saya dapat offer kerja di Bahrain dan akan mula pada awal bulan 2, 2015. jadinya saya akan bawak mak dan wife saya sekali kat sana, sebab saya bawak semua nya jadi, takde sesiapa yang nak bela kucing kucing tu.

Banyak orang cakap kat saya, tinggal kan aja kat pasar ke atau pun kat tempat yang ada makanan, masalahnya, kitorang tak sanggup nak biarkan macam tu aja dan tak nak jadi irresponsible person yang, dah tak boleh nak jaga, tinggalkan camtu aja.

Sekurang kurangnya, kalau kami tinggalkan dekat satu tempat, kami boleh lah datang tengok tengok kucing tu dan kalau saya dah balik Malaysia teros dan kalau umur diorang tu panjang, saya akan ambil balik bela. Kitorang memang sayang sangat kat kucing kucing tu semua sebabnya, semua tu dari satu induk yang sama, induk yang masa saya balik dari Dubai diorang pun sampai kat rumah saya.

Mohon maaf sebab ambil masa semua nak baca post saya dan saya sungguh sungguh mohon bantuan dari semua.

Terima kasih.

ais_kosong Publish time 19-12-2014 11:15 AM

cuba iklankan tuk diberi free kt fb/ig/dll

Fiera.MR Publish time 19-12-2014 11:18 AM

Sungai buloh.. Katzen Cat Santuary.. and ade lagi satu tempat lupa da nama dia.. More try search Dunia Kucing group dekat FB.. Kat situ banyak tmpt dieorg leh suggest.. More please don't ever send yr cat dekat SPCA sbb sometimes they will suntik kucing @ euthanasia yr cats... thanks.. good luck at Bahrain

DRandallBlythe Publish time 19-12-2014 11:31 AM

Fiera.MR posted on 19-12-2014 11:18 AM static/image/common/back.gif
Sungai buloh.. Katzen Cat Santuary.. and ade lagi satu tempat lupa da nama dia.. More try search Dun ...

Fiera.MR, terima kasih banyak banyak atas info.

saya akan search untok Katzan tu dan memang saya tak akan hantar kat SPCA atas sebab yang dinyatakan tuan tadi. :)

DRandallBlythe Publish time 19-12-2014 11:33 AM

ais_kosong posted on 19-12-2014 11:15 AM static/image/common/back.gif
cuba iklankan tuk diberi free kt fb/ig/dll

aaa...yang ni kira last option tuan, kalau dah tak buleh sangat baru saya advertise untok adoption.

Maaf tuan, bukan saya nak meremehkan kan keadaan atau bersifat demanding, tapi nya macam dalam post saya, kalau boleh dan ideal nya kami nak dapat dalam 1 tempat yang sama supaya kitorang boleh tengok tengok diorang masa kami balik bercuti kat Malaysia.

ais_kosong Publish time 19-12-2014 11:44 AM

DRandallBlythe posted on 19-12-2014 11:33 AM static/image/common/back.gif
aaa...yang ni kira last option tuan, kalau dah tak buleh sangat baru saya advertise untok adoption ...

haha baiklah kaka..
good luck ya

DRandallBlythe Publish time 19-12-2014 12:12 PM

ais_kosong posted on 19-12-2014 11:44 AM static/image/common/back.gif
haha baiklah kaka..
good luck ya

Terima kasih tuan :)
Pages: [1]
View full version: Tempat letak kucing


ADVERTISEMENT