kembojasari Publish time 18-12-2014 03:53 PM

HATIKU BERSATU DALAM DUA JASAD


HATIKU BERSATU DALAM DUA JASAD

AKU pandang wajah Liana yang pucat. Tubuhnya yang dulunya agak berisi kini semakin kurus dan hanya tinggal kulit yang membaluti tulangnya. Kini Liana banyak menghabiskan masanya terbaring di katil sahaja. Tanpa sedar, air mata ku menitis membasahi pipi. Perlahan-lahan ku sapu air mata itu agar ia tidak dilihat oleh Liana.
Liana hanya tersenyum memandangku dengan renungan matanya yang sayu. Walaupun tanpa buah bicara yang keluar dari mulut Liana tapi, aku dapat fahami maksud yang tersirat disebalik senyuman dan renungan matanya itu.
Penyakit kanser hati yang dialami oleh Liana semakin merebak ke seluruh tubuhnya. Tiada apa yang boleh dilakukan bagi menyelamatkan nyawa Liana melainkan pembedahan untuk mengantikan hatinya yang rosak. Malah, Liana juga memerlukan penderma yang sanggup mendermakan sebahagian dari hati mereka kepadanya.
Aku dan Liana sama-sama dibesarkan di rumah anak yatim Seri Impian. Menurut rekod, Liana dihantar ke rumah anak yatim Seri Impian selepas seminggu dia dilahirkan. Malah, Liana sendiri pun tak tahu siapakah ibu bapa kandungnya yang sebenar. Tetapi ada khabar angin yang mengatakan Liana adalah anak haram hasil hubungan luar nikah. Tetapi aku tak pernah ambil kisah siapa diri Liana yang sebenar. Bagi aku, Liana tidak bersalah meskipun dia adalah anak hasil hubungan luar nikah. Dia yang berusia 2 tahun lebih muda dariku sudah aku anggap seperti adik kandungku sendiri. Dialah teman paling rapatku selepas aku kematian ayah dan ibu akibat kemalangan kereta 10 tahun lalu. Suka duka bergelar anak yatim di Seri Impian kami harungi bersama.

Justeru itu, dengan rela hati aku menawarkan diri untuk mendermakan sebahagian dari hatiku kepada Liana demi menyelamatkan nyawanya. Meskipun keputusan yang aku ambil tu dibantah keras oleh ikbar yang merupakan tunangku namun ia sedikit pun tidak pernah menghalang hasrat tersebut.
"Kenapa awak nak sangat tolong budak tu...dia bukannya darah daging awak pun?" soal Ikbar mempertikaikan keputusanku untuk mendermakan hati pada Liana.
"Ya, dia memang bukan darah daging saya. Tapi saya dah anggap dia macam adik kandung saya sendiri. Kami membesar bersama di rumah anak-anak yatim. Salahkah saya memberikan sebahagian dari hati saya jika itu boleh menyelamatkan nyawa Liana? Saya tak sanggup tengok dia menderita dan terus bertarung dengan nyawa setiap hati. Saya harap amat faham dengan keadaan saya sekarang,"ungkapku perlahan.
"Saya tetap tak setuju dengan keputusan awak tu....tindakan awak tu akan menyebabkan tarikh perkahwinan kita terpaksa ditunda!" tegas Ikbar.
" Itu terpulang pada awak...walau apa pun terjadi saya tetap akan mendermakan hati pada Liana," perlahan sahaja suara aku menyuarakan keputusan tersebut.

Sejak aku bertegas untuk mendermakan sebahagian dari hatiku pada Liana, sikap Ikbar mula berubah. Layanannya juga padaku tidak lagi semesra seperti di awal-awal pertunangan kami. Memang aku agak terkilan dan kecewa dengan sikap Ikbar. Semakin lama hubungan aku dan Ikbar menjadi kian dingin. Hinggalah suatu hari, ibunya menelefonku untuk menyerahkan kembali cincin pertunangan kami. Ini bermakna pertunangan aku dan Ikbar sudah putus secara rasmi meskipun tarikh perkahwinan yang telah dirancang hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi.
Hanya air mata yang mampu mengungkap segala kekecewaan yang bersarang di jiwaku ketika itu. Sedih dan terkilan dengan sikap Ikbar membuatkan aku hanya mampu berserah pada Illahi.
Selepas menjalani pemeriksaan doktor ternyata aku sesuai untuk menjadi penderma hati kepada Liana. Segala rasa kecewa dan terluka aku tolak ke tepi seketika sebaik sahaja aku ditolak ke bilik pembedahan. Selepas hampir 5 jam berada di bilik bedah, akhirnya pembedahan dan pemindahan hati tersebut berjaya dilakukan. Kini hatiku dan hati Liana bersatu dalam tubuh yang berbeza, namun, kami dapat merasai naluri yang sama.

Bersambung.....










NaylaArisha Publish time 18-12-2014 04:06 PM

Perenggan please... Cerpen? Novel or what?

kembojasari Publish time 18-12-2014 04:13 PM

cerpen tapi terpanjang sikit....sorry yeaa..

indah91 Publish time 18-12-2014 05:06 PM

menarikkk {:1_152:}

sambung lagi pelisss

Esmiria Publish time 18-12-2014 09:39 PM

’aku’ ni gurl? ohh..somehow..something is on my mind.kehkeh.

Esmiria Publish time 18-12-2014 09:41 PM

jangan2 liana minat ikbar? Oh mai gadd..

Esmiria Publish time 18-12-2014 09:42 PM

wait, what do you mean by ’ kami dapat merasai naluri
yang sama.’?

Tt , this is tarik hati sy. Update Tt. Hehe.
*seringai*
*thinking*

fatimz Publish time 19-12-2014 02:28 PM

tt sambunglah...

Esmiria Publish time 28-1-2015 04:43 PM

Ni pun best.syg, tak update.
Pages: [1]
View full version: HATIKU BERSATU DALAM DUA JASAD


ADVERTISEMENT