abgsedapmalam Publish time 16-12-2014 12:02 AM

Walaupun Bertaubat, Antara 6 Dosa Ini Tidak Akan Diampunkan Allah

Walaupun Bertaubat, Antara 6 Dosa Ini Tidak Akan Diampunkan Allah

http://1.bp.blogspot.com/-eLljb5IFtFQ/VGbKIQQ_6WI/AAAAAAAAAqg/tSyMf2oCmcQ/s1600/blog1.jpg

Setiap detik kehidupan kita, pastinya kita tidak akan terlepas daripada berbuat dosa. Dosa-dosa yang kita lakukan itu hanya boleh terhapus dengan amalan baik dan dengan bertaubat bersungguh-sungguh kepada Allah SWT.
Setiap manusia tidak mungkin terlepas daripada berbuat dosa besar mahu pun dosa kecil. Dalampada kita berusaha untuk bertaubat padaNya,ada antara dosa-dosa yang tidak diampunkan oleh Allah…iaitu :


1- Makan harta anak yatim secara haram.


( untuk menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut . Jika anak yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya makadosanya tidak terhapus).


2- Menuduh wanita solehah berzina.


( Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT ).


3- Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.


( Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki Syurga, cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari medan Jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu Arahan Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut ).


4- Melakukan sihir.


( Mereka belayar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang Syirik kepada Allah SWT, memang tidak layak bertaubat kepada Allah SWT melainkan mengucap kembali kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya ).


5- Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk.


( Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk samada melalui niat,percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedarimaka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua Kalimah Syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah SWT rela menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakan Allah SWT atau menyamakan Allah SWT atau menyengutukan Allah SWT).


6- Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.


( Mereka yang membunuh Para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan untuk membuuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan Negara Islam Madinah).


Kitab TanbihulGhafilin , Jilid 1 & 2.M/S : 532.


laili_nur Publish time 16-12-2014 07:45 PM

harap dijauhkan...

melissa~~ Publish time 18-12-2014 02:49 PM

Ya Allah,ampunkan dosa hambaMu yang kerdil ini.{:1_545:}

mamaida28 Publish time 19-12-2014 07:20 AM

Allah Maha Besar..semoga dilindungi

mdhelmi Publish time 19-12-2014 03:26 PM

pernah terdengar sorg ustaz ckp kita ni setiap masa melakukan syirik kecil
contohnya yakin lepas isi minyak kereta bole jalan, dgn makan panadol demam bole baik dll...
tp sbnrnya yg menjadikan dan memulihkan cuma Allah sahaja
sebab tu kita disuruh solat dan sentiasa meminta keampunan
walaupepon tq TT sbb share

ajuDK Publish time 19-12-2014 11:38 PM

Tq for sharing {:mlsmile:}

plain Publish time 20-12-2014 04:44 PM

Semoga dibawah perlindungan Allah sentiasa

AceHand Publish time 1-8-2023 11:39 PM

[AceHand SPECTaceLAR]

Ikot susunang ke tak ni...?


Jizzz... Klong! Klong!

Yoonggi Publish time 18-12-2023 03:12 PM

new knowledge gained. thanks TT
Pages: [1]
View full version: Walaupun Bertaubat, Antara 6 Dosa Ini Tidak Akan Diampunkan Allah


ADVERTISEMENT