sranua Publish time 6-4-2021 09:01 AM

titiana replied at 5-4-2021 03:59 PM
Tq share, sangat bermanfaat utk persedian iv nanti

Sama-sama semoga bermanfaat, dimurahkan lagi rezeki. Saya share ni sebelum dapat keputusan final interview walaupun selection ke final berjaya. Jadi Ketua Juri pesan kepada semua yang tidak berjaya naik pangkat, kena kurangkan perkataan I, Saya...kerana ianya tidak menunjukkan kematangan dalam pengurusan. Seolah2 semuanya kerja buat sendiri, sedangkan berjayanya satu projek tu bukan sebab 'one man show', tapi kerjasama semua.
Kena lebihkan penggunaan We, Kita, Kami ....untuk menunjukkan kejayaan mengorganisasikan staf dalam satu jabatan dalam penyelesaian masalah. Orang dah tegur, kita ambil iktibar.


sranua Publish time 7-4-2021 09:39 AM

Edited by sranua at 7-4-2021 09:41 AM

Assalammualaikum wbt, apa khabar dan selamat pagi semua,

Sekadar tambahan dari perkongsian Chief People Officer CIMB, Dato Hamidah Naziadin "What Employer Looking for?"

Stage 1
IQ
1. Filtration by AI (artificial Intelligent) dalam bahasa mudah Ujian Online.
2. Online Asessment
3. Numerical abilities
4. Strategic thinking

Stage 2
EQ -Emotional Quotient
1st Impression is lasting impression.
1. Dress- Pakai baju yg paling cantik ada dalam almari - you look good, you feel great, stokin baru, Tie, Tali Pinggang etc..oh ya..jam G-Shock, gelang ala2 tribe Borneo...simpan dulu sampai dapat kerja baru pakai.
2. Attitude-
3. Confidence - Penguasaan bahasa yg baik, teratur, tekanan suara, memek muka, anak mata pandang depan, atau ke bawah, kiri kanan.
4. Extra curricular activities
5. Projects

Biasanya sampai Stage 2, kalau berjaya dah dapat kerja. Tapi sesuai dengan perkembangan IR 4.0, cabaran digital kepada calon temuduga semakin tinggi.

Next
DQ - Digital Intelligence.
1. Digital savvy - Ujian kompetensi MS Office, Google Suite, Google Meet,
2.Competition of creativity
3. Imagination learning
4. Independent Thinking

Pernah duduk bersama Calon Berjaya Temuduga - ekstra kenapa dia dapat kerja tu - dia buat Profail Diri dalam satu Fail Cerah. Dalam tu ada resume, ada nota Projek zaman dia di universiti dan juga projek yang dia urus semasa di organisasi lama. Memang kata orang sangat tersusun dan sangat bersedia - "high achievers"....beza banding yang datang sijil semua simpan dalam sampul surat. Susah urusetia nak semak sijil-sijil. Majikan tak nak orang yang mencuba nasib ni.

Last sekali walaupun dunia semakin moden, tapi kekuatan Doa jangan diketepikan terutamanya doa mak ayah sebelum kita melangkah ke temuduga. Jangan lupa telefon mak ayah, minta restu dan doa. Ada kelainan dari kita menonong je masuk tempat temuduga.



Pages: 1 [2]
View full version: Panduan Berjaya Dalam Temuduga


ADVERTISEMENT