Syumaimah Publish time 9-10-2015 03:29 PM

Ipo replied at 30-9-2015 06:38 PM
wangi setanggi kut kak..

Wangi setanggi tu apa benda dik?

Syumaimah Publish time 9-10-2015 03:29 PM

bunga_lestari replied at 1-10-2015 04:06 PM
ehh.. dah ada update laa.. nak tunggu update dlm bilik meeting.. hehe

Tq sudi singgah

Syumaimah Publish time 9-10-2015 03:30 PM

zilaila replied at 7-10-2015 06:38 PM
xsuka gile kalo jenis ikut join masuk umah..

Tak tau la dia ikut ke atau tu memang port dia... huhu

fifie_olin Publish time 9-10-2015 03:42 PM

Syumaimah replied at 9-10-2015 01:27 PM
Dah aku dah citer tu... ko dah baca ke belum? Hehe.. sori aku baru update

nk dkt sebln br ko update ye...:$


Syumaimah Publish time 9-10-2015 03:45 PM

fifie_olin replied at 9-10-2015 03:42 PM
nk dkt sebln br ko update ye...

Haha sori la beb...

medangmru Publish time 10-10-2015 06:57 PM

Syumaimah replied at 9-10-2015 03:26 PM
Tq sudi singgah... hehe

jgn lupa update pepanjang k.........

Syumaimah Publish time 10-10-2015 11:50 PM

medangmru replied at 10-10-2015 06:57 PM
jgn lupa update pepanjang k.........

Lama tak dapat tacang dari momod medangmru... hehe

Syumaimah Publish time 11-10-2015 12:22 AM

Edited by Syumaimah at 11-10-2015 12:27 AM

Kisah 8 : Perempuan Misteri Berbaju Kuning

Aku nak share satu lagi kisah yang baru berlaku dekat anak anak buah aku. Anak kak long aku. Kak long ni ada 5 orang anak. Anak anak kak long seme dah besar... yang sulung masih kat U begitu juga dgn yg ketiga. Kedua dah keja. Yg lain tu masih sekolah. Balik raya haji aritu aku ada banyak masa bersembang dgn kak long so kak long buka citer pasal anak dia yg sulung dan ketiga tu.

Yang sulung dipanggil along, anak perempuan kak long yang sedang belajar di U area barat tanah air. Along ni umur awal 20 an. Seorang gadis yg ada rupa dan baik. Macam makcik dia jugak la kan... haha.... perasan... Along ni aku pun tak tau dia rupanya punya satu kelebihan boleh lihat benda ghaib yg tak boleh nampak dek mata kasar. Ada beberapa kisah yg kak long citer nanti aku citer satu persatu...

kisah pertama ni bermula masa kak long kena menyewa luar kampus. Maklumla sbb dah nak abih study kan so kena sewa luar. Kak long menyewa satu rumah ni dgn beberapa org kawan dia. Masa mula mula masuk rumah tu along ada la bgtau ibu dia (kak long aku) pasal ketidakselesaan dia kat rumah tu tp along tak citer detailketidakselesaan itu... cuma dia rasa macam tak betah tinggal rumah tu. Satu hari nak dijadikan citer. Kak long dan suaminya ziarah along kat rumah sewanya tu. Oh ya lupa nak citer kak long aku ni jenis tubuh lemah dan senang nampak benda benda mcm tu. Dan dia ni sampai skang selalu kena kacau dan nampak benda benda pelik. Macam aku skang tak de just seimbas lalu jer.

Jadi masa kak long masuk rumah sewa along tu, kak long ternampak satu benda tak best yg 'menghuni' rumah along tu... kak long tak de la bgtau along sbb dia risau kot kot along takut... cuma kak long ada bgtau along suh along pindah cari rumah lain. Along pelik sbb seolah olah ibu dia tau sesuatu.

Along pun tanya ibunya "ibu ada nampak ke apa yg along nampak?"...

kak long angguk kepala dan tanya along balik "along nampak apa?"..

Along jawab "along nampak seorg perempuan pakai baju kurung warna kuning dengan rambut lepas bahu berdiri di sudut rumah along sambil tunduk. Muka dia nampak macam sedih jer"...

Kak long angguk sambil berkata "ibu nampak benda yg sama"....

Aku ada tanya kak long, apa perempuan tu nak? Kak long pun tak tau tp menurut along, perempuan tu kerap muncul berdiri di sudut tu dgn muka sedih sambil tunduk... along pun tak berani nak tanya.. haha... dan tak lama kemudian along dan kawan kawannya pindah dari rumah tu... so habis kat situ jela kisah perempuamisteri berbaju kuning berwajah sedih tu... wallahualam

IxoraP Publish time 13-10-2015 10:19 AM

update la lg.. seronok baca cita syu

Ipo Publish time 13-10-2015 10:22 AM

Syumaimah replied at 10-10-2015 11:22 PM
Kisah 8 : Perempuan Misteri Berbaju Kuning

Aku nak share satu lagi kisah yang baru berlaku dekat ...

omak aih...penuh misteri perempuan baju kuning tu...

Ipo Publish time 13-10-2015 10:23 AM

Syumaimah replied at 9-10-2015 02:29 PM
Wangi setanggi tu apa benda dik?

setanngi ni merujuk kepada benda2 wangi bila dibakar
contoh kemenyan , colok, akar2 berbau wangi...

anno_miss Publish time 13-10-2015 02:35 PM

Best cerita kak long..:P

hatikudus Publish time 16-10-2015 11:16 AM

Perghhh abis jugak merempit 3 benang tt ni...best!!

Sila teruskan citer bila free ye tt/syu{:mlflower2:}

phanz00 Publish time 20-11-2015 03:36 PM

takde update baru ke TT... {:childlikeo

chomort Publish time 22-11-2015 02:11 PM

dulu zaman belajar,saya tinggal kat hostel.masa tu ada kes sorang budak ni ada saka.al kisahnya tak kira islam ke tak,semua berlumba-lumba dekatkan diri dengan tuhan.
jiran sebelah kiri and kanan saya pulak bukan islam.asal azan maghrib je,berperang dgn bau colok n setanggi dorang.makin syok lah setan-setan tu berfoya-foya.kita yang kat tengah-tengah ni yang seram kemain.

bunga_lestari Publish time 26-11-2015 03:58 PM

dah ada update rupanya bulan 10 ritu.. x baca.. tp best..

kot ada lagi kisah along anak kaklong bolehla share yer syu.. :)

bunga_lestari Publish time 23-12-2015 01:48 PM

lamanya tak dengar citer mistik dr syumaimah.. rindu pulak.. huhu.. :loveliness:

BONDAFAD Publish time 14-2-2016 11:12 PM

Syumaimah replied at 5-1-2015 04:01 PM
Aku rasa ular jelmaan kot sbb umah aku dulu penah ular jelmaan masuk. Ada aku citer dalam thread k ...

X jumpa thread aku dan mistik ii. Leh bagi lnk x @syumaimah..sy newbie baru berjinak2 tahun ni..hehehee..sbb xde pengalaman mistik jadi suka baca pengalaman mistik orang lain

magpie5672 Publish time 30-4-2016 12:42 AM

@Syumaimah bila nak update? awak dah delete akaun ke.

Syumaimah Publish time 9-6-2016 04:59 PM

magpie5672 replied at 30-4-2016 12:42 AM
@Syumaimah bila nak update? awak dah delete akaun ke.

Soriiiii... akaun aku ada lg cuma tak aktif... ni baru masuk... update? Ermmmmm.... korang doakan la yer aku berjaya terbitkan novel seram pertama aku... hehe....

InsyaALLAH citer terkini tu ada cuma aku lately ni x nyempat nak update dan alhamdulillah aku sihat jer... tq kerana sudi jengah thread yg dah bersawang ni... huju
Pages: 1 2 3 4 5 6 [7] 8
View full version: Kisah Aku Dan Mistik III : Kisah 8 : Perempuan Misteri Berbaju Kuning


ADVERTISEMENT