Nusantara77 Publish time 12-12-2014 12:44 PM

waah.. romantiknya budak comel ni dengan kucing dia..

Mengharukan.. Kisah Kanak-Kanak 5 Tahun Penghidap Autisme dengan Kucingnya..
http://2.bp.blogspot.com/-1pSefxXUUEg/VDoWLY0xm0I/AAAAAAAACbY/ZyqEVGjwGfA/s1600/Iris%2BGrace%2B1.jpg

Sebelum ni kami ada menyiarkan kisah seorang kanak-kanak 5 Tahun penghidap Autisme yang berbakat dalam seni lukisan.. Hari ni kami siarkan kisah kanak-kanak tersebut bagaimana Ibunya mencari kaedah dalam memberi semangat dan keyakinan kepada anaknya sebagai penghidap Autisme..


Iris Grace merupakan seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun yang mempunyai penyakit 'autisme' atau sukar berkomunikasi dan berhubung dengan persekitaran. Walau mengalami kekurangan dalam dirinya, namun begitu, Iris Grace dianugerahkan bakat dalam menghasilkan lukisan yang indah dan melalui lukisan juga Iris Grace meluahkan isi hatinya.


Walaupun Iris Grace kini masih kecil, beliau telah dikenali sebagai seorang pelukis professional dan mempunyai laman webnya sendiri untuk menjual karya lukisannya.


Tetapi disebalik kisah kejayaan kanak-kanak cilik ini, rupa-rupanya ada pembantu yang selalu menyokongnya dari belakang. Yang mengagumkan adalah pembantunya itu ialah seekor kucing!

Menurut ibu Iris Grace, setelah mengetahui tentang penyakit anaknya itu, mereka telah mencuba pelbagai cara bagi membantu anak mereka mengatasi penyakit tersebut sehinggalah mereka terjumpa dengan Thula, seekor kucing terapi. Thula kini berusia hampir setahun dan berasal dari keturunan Maine Coon. Keturuna kucing ini sememangnya terkenal dengan sifat mereka yang bijak dan lemah lembut.


http://4.bp.blogspot.com/-6arS1B4VBm8/VDoWTUAFhCI/AAAAAAAACbg/Sd23a4QQHBs/s1600/Iris%2BGrace%2B2.jpg

Tugas Thula adalah untuk membuatkan Iris lebih suka bersosial dan untuk menenangkan Iris apabila dia mula merasa bimbang. Menurut ibu Iris, Arabella Carter-Johnson, Iris lebih suka bercakap dengan Thula, seperti bercakap perkataan "sit cat".


http://3.bp.blogspot.com/-U_LmWfyfoGo/VDoWad2ge-I/AAAAAAAACbo/dySQpRXLksg/s1600/Iris%2BGrace%2B3.jpg


Thula akan sentiasa bersama dalam apa jua aktiviti yang ingin dilakukan oleh Iris termasuklah bermain air, playdoh, melukis, naik basikal, mengecat, dan ketika bermain iPad sekalipun. Thula memberikan Iris keinginan untuk berinteraksi dan berkawan.

Thula melakukan tugas dengan baik untuk menenangkan Iris ketika dia di dalam keresahan dan menyokong Iris untuk berkomunikasi.


http://4.bp.blogspot.com/-oX0KPUXNcCQ/VDoWfdP9U-I/AAAAAAAACbw/0U8w7TwA7oo/s1600/Iris%2BGrace%2B4.jpg



Menurut ibu Iris lagi, Iris susah untuk mandi dan membenarkan rambutnya dibasuh dengan air. Thula telah membantu Iris dengan masuk sekali ke dalam tab mandi dan mandi bersama Iris. Thula juga membenarkan ibu Iris membasuh bulunya dengan shampoo bagi membantu Iris.


http://4.bp.blogspot.com/-q4UkA1JthRI/VDoWqPiQpkI/AAAAAAAACb4/sj3CHZugJsk/s1600/Iris%2BGrace%2B5.jpg


Kini, dengan adanya Thula, Iris lebih senang untuk bangun pagi dan memulakan aktivitinya sehari-hari.




http://2.bp.blogspot.com/-YKxqwnG0hFM/VDoWz_XBvBI/AAAAAAAACcA/sqkHj5v1Ylg/s1600/Iris%2BGrace%2B6.jpg

http://4.bp.blogspot.com/-FYNv7Bgbpyc/VDoW0TseZDI/AAAAAAAACcE/1bgVA8xnv5E/s1600/Iris%2BGrace%2B7.jpg

http://1.bp.blogspot.com/-6yJFqk3cWCA/VDoW0jhwQZI/AAAAAAAACcM/tY-IGo_cMxw/s1600/Iris%2BGrace%2B8.jpg

http://4.bp.blogspot.com/-f7iG1WtlRvc/VDoW18U5SFI/AAAAAAAACcY/lW2pruUV6og/s1600/Iris%2BGrace%2B9.jpg

Menurut ibu Iris, Thula pada asalnya bukanlah seekor kucing yang telah sedia asal dilatih. Dia sendiri yang melatih Thula untuk menjadi rapat dengan Iris dan yang selebihnya, Thula seperti seolah-olah tahu apa yang perlu dilakukan olehnya.



Sumber: siakapkeli.com, boredpanda.com

znuyul Publish time 12-12-2014 12:47 PM

bijaknye kucing ni...

ais_kosong Publish time 12-12-2014 01:11 PM

{:childlikeo{:childlikeo

kikuri Publish time 12-12-2014 01:35 PM

Bagusnya thula ni

nomey Publish time 12-12-2014 04:23 PM

kucing merupakan terapi yang baik {:1_551:}

GuaAnakMelaka Publish time 17-12-2014 08:46 AM

good story...............

cahayahati Publish time 20-12-2014 02:03 AM

Argh....so cute!

makciktijah Publish time 13-1-2015 01:27 AM

dalam gambar kat piano tu ada muka kucing dia. hebat budak ni!

watie_na Publish time 5-2-2015 05:48 PM

kucing sy terapi utk sy supaya mudah tidur. :loveliness:

oxalate77 Publish time 29-9-2015 12:57 AM

good sharing:)

oxalate77 Publish time 29-9-2015 12:57 AM

good sharing:)
Pages: [1]
View full version: waah.. romantiknya budak comel ni dengan kucing dia..


ADVERTISEMENT