Cluster77 Publish time 7-12-2014 06:59 AM

Polis tolak tawaran RM1.2j, rasuah. Hats off!

http://2.bp.blogspot.com/-Z_WuMLwg-RY/VIJNZEHvaSI/AAAAAAAA_E4/mdv01j4UHFU/s1600/dadah1.jpg

http://1.bp.blogspot.com/-CzGE-PyY-8M/VIJNRuesvQI/AAAAAAAA_Ew/bRKIY8HM04E/s1600/dadah.jpg

http://3.bp.blogspot.com/-Od8V0dto52I/VIJNfTsrmFI/AAAAAAAA_FA/UJ-mAeX1YvM/s1600/dadah%2Bwajah.jpg


Kawalan keselamatan di lapangan terbang utama di Sarawak akan diperketatkan untuk menghalang negara daripada menjadi pusat transit utama penyeludupan dadah.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Muhamad Sabtu Osman berkata arahan itu dikeluarkan, dengan tertangkapnya seorang pekerja pelantar minyak berusia 21 tahun yang disyaki menyeludup 115.5 kg syabu bernilai RM21 juta di Lapangan Terbang Miri.

"Arahan telah dikeluarkan kepada ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak Supt Lukas Akit untuk menambah kakitangan dan mengetatkan kawalan di lapangan terbang di Sarawak bagi menangani aktiviti penyeludupan dadah," katanya dalam satu sidang akhbar.

Beliau berkata rampasan dadah adalah yang terbesar di negeri ini tahun ini. Terdapat dua rampasan dadah lain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada awal tahun ini. Muhamad Sabtu berkata suspek didapati positif dadah jenis ketamin dan ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Beliau berkata dadah yang dirampas adalah untuk edaran kepada warga penagih di Kuala Lumpur. Difahamkan suspek didakwa tawarkan RM1.2 juta kepada polis untuk melepaskan dirinya. Syabas dan sejuta tahniah atas kejayaan pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sarawak atas kejayaan cemerlang menangkap pengedar dadah serta menolak tawaran rasuah yang mampu mengoncang iman.



tagas Publish time 7-12-2014 05:49 PM

Slmt ke tali gantung..:sweat3:

apekcool Publish time 5-1-2015 05:00 PM

{:2congo tahniah tahniah ke hukuman mati !

PongKang Publish time 18-1-2015 11:31 PM

Beraninya jd kaldai dadah.

agen14 Publish time 23-2-2015 12:36 AM

Orang miri.. mana dapat supply ni?
Pages: [1]
View full version: Polis tolak tawaran RM1.2j, rasuah. Hats off!


ADVERTISEMENT