Cluster77 Publish time 6-12-2014 01:04 PM

Kebun dalam pejabat







SAWAH PADI DI DALAM PEJABAT
Bunyinya kedengaran pelik, tetapi ianya benar-benar terjadi di sebuah bangunan pejabat di daerah Otemachi, Tokyo di negara Jepun. Tambah mengejutkan, sawah padi yang ditanam secara teres ini berada di tingkat dua level BAWAH TANAH. Kira-kira pada kedalaman 23 kaki dari permukaan tanah.

Sebenarnya sawah padi ini adalah satu daripada jenis tanaman yang terdapat di PASONA O2, sebuah kebun urban (urban farm) yang diwujudkan di dalam ibu pejabat milik Pasona Group, sebuah syarikat agensi pekerjaan di jepun. Projek kebun urban ini dikendalikan oleh syarikat Pasona Group sendiri dan menerima bantuan teknikal dari pakar-pakar di Universiti Tokai.

Selain sawah padi, antara tanaman lain yang di tanam di dalam ruang pejabat ini adalah sayuran seperti tomato, buah-buahan seperti melon dan labu, pelbagai spesis bunga serta herba-herba. Terdapat juga ruang yang dikhususkan sebagai tapak semaian. Kebun urban ini bukan sahaja terletak di dalam pejabat tersebut secara literal, tetapi ianya kelihatan seakan sebati dengan bangunan itu. Bunga-bungaan ditanam di balkoni kecil di sisi bangunan dimana bunga-bunga yang berbeza spesis ini akan mekar mengikut musim.

Jika anda menjejakkan kaki ke bahagian dalam pejabat, kebun brokoli akan menjemput anda di kaunter resepsi. Suasana lain kebun ini yang bisa memukau mata adalah pucuk-pucuk serta buah tomato tergantung di atas meja mesyuarat, manakala pembahagi ruang pejabat pula merupakan pokok-pokok buahan sitrus seperti lemon. Bilik seminar di pejabat ini dikelilingi pokok-pokok salad dan di bawah bangku ditanam sayuran tauge. Lebih menarik, tanaman ini dijaga oleh pekerja syarikat ini sendiri dengan bantuan profesional dan hasil tanamannya digunakan sebagai bahan masakan di kafeteria pejabat.

Oleh kerana kebun urban ini terletak di dalam bangunan dan di bawah tanah, maka teknologi tinggi diperlukan untuk menjaganya. Lampu limpah, LED serta lampu sodium digunakan sebagai pengganti matahari. Hampir semua tanaman di kebun ini pula ditanam dengan menggunakan kaedah hidroponik, dimana hanya sedikit tanah yang digunakan. Baja dan karbon dioksida pula dibekalkan kepada pokok melalui kaedah semburan. Selain itu, suhu kebun ini pula dikawal secara pengkomputeran.

Pasona group adalah sebuah syarikat agensi pekerjaan yang berpusat di Jepun. Menyedari aktiviti agrikultur di negara tersebut sedang mengalami krisis penurunan, maka syarikat ini telah memulakan projek kebun urban ini bagi menarik minat masyarakat serta generasi muda untuk menceburi bidang agrikultur dan lebih menghargai dan berbakti kepada tanah.

Kebun urban PASONA O2 ini bukan sahaja boleh dilawati oleh orang ramai, malah para pelawat juga boleh menghadiri seminar, kursus serta kelas berkaitan bercucuk tanam yang dianjurkan di sini. Para pelajar pula akan diberi sokongan dari segi tapak untuk membuat kajian, tunjuk ajar berkaitan pengurusan ladang serta peluang untuk membuat praktikal di sini. Ini adalah insiattif dari Pasona Group dalam mempromosikan industri agrikultur ini sebagai satu kerjaya serta sebagai satu perusahaan.

- Fariz Mazlan -

Sumber - FB the patriot

jcja82 Publish time 9-12-2014 12:56 PM

terbaikkkkk...minat berkebun

Cluster77 Publish time 9-12-2014 01:45 PM

jcja82 posted on 9-12-2014 12:56 PM static/image/common/back.gif
terbaikkkkk...minat berkebun

Kalau ada Menteri cadangkan idea ni mesti kena hencap beramai2

jcja82 Publish time 9-12-2014 02:12 PM

Cluster77 posted on 9-12-2014 01:45 PM static/image/common/back.gif
Kalau ada Menteri cadangkan idea ni mesti kena hencap beramai2

haruslaaa...huhu...

cpixie Publish time 25-12-2014 12:47 PM

cantiknye, sejuk mata memandang.

CrowneGlory Publish time 18-3-2015 01:51 AM

Cool gila office diorg...

DayangKirana Publish time 19-3-2015 04:43 PM

kebun yer..nak cadang tanam stoberi la..dok ekon kan..yummehh..!{:loveo

KuewTeuwKungFu Publish time 20-3-2015 01:53 PM

bagus gak...tp mmg kena jg proper giler2 nie
Pages: [1]
View full version: Kebun dalam pejabat


ADVERTISEMENT