Cluster77 Publish time 3-12-2014 06:52 AM

Program Back to School - Kawasan Johor Bahru






Aku melangkah masuk ke satu rumah flat yg agak usang. Lima anak kecil datang menyambut kami dengan wajah yang berseri.

"Masuk pak cik ....silakan." M

ereka sudah dimaklumkan akan kedatangan kami.

"Mak dan Ayah ada?" ...aku menyapa.

Jam di tangan menunjukkan 4.45 ptg. Aku jangka sekurang kurang ada ibunya di rumah. Rupa rupanya ayahnya tiada dan ibu masih berniaga ....ibunya pagi bekerja lain....petang lain bagi menampung keluarga di rumah. Setelah berceloteh beberapa ketika aku baru perasan, suasana di rumah agak gelap. Aku meminta anak anak itu buka lampu sebab nak buat sedikit catatan.

Terkial kial mencari suis lampu...agaknya jarang buka lampu gamaknya. Kami pun menceritakan berkenaan projek Back to School Ikram JBT. Masa melangkah keluar pengiring kami berkata ...."kesian mereka ni ....memang mereka ada masalah keluarga. Kami di sini memang dah lama menyantuni mereka."

Untuk program kali ini kami bercadang untuk menyantuni setiap keluarga yang bakal menjadi peserta Back to School. Aku lihat anakku tergamam sambil melangkah keluar dari rumah usang tersebut. Saje aku bawa anakku untuk melihat nasib sebahagian dari masyarakat kita.
Pages: [1]
View full version: Program Back to School - Kawasan Johor Bahru


ADVERTISEMENT