Bunga Siti Zubaidah
http://41.media.tumblr.com/747d8c9f6d0292d3b0d88c381cf01caa/tumblr_nbr1wj3azJ1s0zqico1_500.jpgDi Malaysia, bunga Siti Zubaidah dikenali sebagai bunga tiga bulan. Gelaran itu diberi keranabunga ini mengambil masa tiga bulan untuk kembang mekar. Nama saintifiknya adalah HYDRANGEA. Spesis ini boleh ditemui dengan banyak di kawasan yang beriklim sederhana. Berdasarkan kepada rekod, tumbuhan ini berasal dari Jepun dan hidup subur disana.
Pembantu Penyelidik Kanan dan Penyelia Tanaman Bunga, Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands, Yazed Mahiyuddin menjelaskan tumbuhan cantik ini sesuai hidup di kawasan tanah tinggi. Suhu yang tidak terlalu panas memudahkan hydrangea berbunga dengan saiz lebih besar berbanding di kawasan tanahrendah.
Bunga Siti Zubaidah dikategorikan sebagai tumbuhan renek (Deciduous shrub) yang berketinggian dua meter atau lebih. Flora dari kelompok keluarga Hydraneaceae ini sebahagiannya bersifat menjalar. Ia juga mempunyai batang yang banyak serta hidup merimbun.
Menurut Yazed lagi, kebanyakan Hydrangea di Cameron Highlands berwarna biru dan merah jambu. Untuk pengetahuan anda, warna pada flora ini dipengaruhi oleh kadar potensi hydrogen (PH) tanah.
Sekiranya tanah berasid, iaitu di bawah skala 5.5, bunga Siti Zubaidah akan menjadi warna biru apabila ia kembang. Sebaliknya, jika keadaan tanah beralkali, ia bertukar menjadi merah jambu. Di serata dunia, sifat tumbuhan ini mampu merubah warna bunga mengikut kesesuaiannya. Dipercayai flora ini mempunyai 600 warna mengikut kategori jenis dan keluarga.
http://cdnpix.com/show/imgs/bb85af5a6dfeecbd1c4db1efca894697.jpg
Proses penjagaan bunga ini tidaklah sesukar mana. Tumbuhan ini hanya memerlukan tanah yang lembap serta bersaliran baik. Ia sesuai ditanam di kawasan yang terdedah kepada matahari atau separa teduh. Paling penting, bahagian bunga tidak boleh disiram air. Jika terkena, bunga akan menjadi kecut dan rosak serta-merta. Oleh itu air harus disiram pada pangkal pokok supaya bunga dapat bertahan lama.
INFO RINGKAS :
Berbalik kepada cerita Siti Zubaidah menjadi nama kepada bunga, ia masih lagi tidak dapat diketahui. Menurut legenda, Siti Zubaidah dikenali sebagai seorang wanita yang memiliki sifat keberanian yang tinggi. Dia menyamarkan diri sebagai lelaki dan mengembara untuk menyelamatkan suaminya yang menjadi tawanan perang. Rupa parasnya yang cantik sering disebut-sebut sehingga ke hari ini. Mungkin disebabkan untuk mengabadikan keindahan, hydrangea diberi nama Siti Zubaidah.
Sumber Artikel :Majalah INFINITI Disember 2014Sumber Gambar : Google Image
Last edited by bianglala on 19-11-2014 11:55 AM
cantiknyaa, macam2 warna adaa teringat cter Siri Zubaidah.. baru tau nama bunga ni....suka sgt cantek je kalau berbunga..tp tak pernah tgk yg warna pink tu ada orang kater, warna bunga ikut kandungan baja.. kalau baja merah bunga akan kemerahan, kalau baja hijau bunga akan hijau kebiruan cantik la bunga siti zubaidah ni..:loveliness: mcm nama orang
tanam ni perlukan kawasan yg besar
Pages:
[1]