changa=famri7 Publish time 15-11-2014 10:42 PM

Harimau terlepas dari Disneyland,merayau-rayau di kota Paris !

http://www.mstar.com.my/~/media/upload/2014/11/14/09/50/belang.ashx?w=620&h=413&crop=1&/
(Ubah saiz teks)

PARIS: Kelibat seekor harimau yang merayau-rayau di sekitar daerah Seine-et-Marne menimbulkan suasana tidak tenteram di kalangan penduduk kawasan itu.Haiwan itu dipercayai terlepas dari Disneyland Paris yang terletak tidak jauh dari situ.Kehadiran sang belang itu dikesan di tempat letak kereta di sebuah pasar raya, sebelum merakam pergerakan haiwan itu dan melaporkannya kepada pihak berkuasa.http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2014/11/14/harimau-paris/~/media/f656f690181f4e629c5af3e9caf36453.ashx?la=enSusulan itu, polis dan pasukan bomba Perancis terpaksa dikerah untuk menjejaki haiwan itu, termasuk menggunakan helikopter.


Penduduk bandar Montevrain kemudiannya memaklumkan pada laman Facebook mereka bahawa harimau itu dikesan berada di situ."Haiwan itu ada di dalam belukar di belakang gelanggang tenis dan padang bola yang terletak hanya sembilan kilometer dari taman tema itu," katanya.Pihak berkuasa bandar dalam satu kenyataan berkata, polis dan pasukan penyelamat sudah berada di lokasi dan membuat kepungan menutup kawasan tersebut dan menasihatkan orang ramai tidak menghampiri kawasan tersebut. - AFP

amirgo Publish time 17-11-2014 10:30 PM

horror hokey.....boleh pulak terlepas ?

melissa~~ Publish time 18-12-2014 02:57 PM

ke harimau jadian,lol
Pages: [1]
View full version: Harimau terlepas dari Disneyland,merayau-rayau di kota Paris !


ADVERTISEMENT