seeri_7843 Publish time 21-11-2014 01:38 PM

cik.nana posted on 21-11-2014 09:51 AM
Minta maaf 2 hari mendiamkan diri. cik.nana menghibernasikan diri bersama kombo demam + batuk + sels ...

Alolo...sian nye......
Tapi tk menahan biler kata menghibernasikan diri tu...haha

Takper cik nana..kalo tk sihat......jgn pakse diri

cik.nana Publish time 21-11-2014 02:21 PM

Okla, meh cik.nana share apa yg jadi kat Alang dan kawan-kawannya malam tu. 'Aku' dalam kisah ni bukan cik.nana, tapi Alang. Yela, kita tolong cerita dari perspektif dia kan.

Kisah 6 - Cik Pon Datang Melawat

Penat. Hari ni memang penat. Dari pagi tadi dok sibuk shooting dengan budak-budak kelas. Pagi bawak ke petang, petang bawak ke malam. Sampai dah tak lalu nak tengok studio tu. Pukul 9 malam baru selesai kerja. Lepas ni sibuk nak mengedit, nak touch up pulak gambar-gambar yg dah diambil. Pikir pun dah rasa letih. Habis kemas-kemas segala prop dalam studio, aku and the gang pi makan. Kami berlima seiring sejalan. Makan, sembang, minum tau-tau dah pukul 10. Memikirkan kerja masih banyak, aku ajak member-member balik cepat.

Masuk dalam kawasan kolej, aku tengok ramai orang dok berkumpul kat Pusat Islam. Oh, malam Jumaat, mungkin ada bacaan Yaasin. Aku buat telahan sendiri. Kami berlima laju-laju berjalan nak balik ke bilik. Dalam kepala otak cuma teringatkan assignment yg perlu disiapkan segera untuk dibentangkan pada pensyarah hari Sabtu ni. Sampai bilik yg dikongsi 4 orang, tak sempat mandi apa, terus on laptop, nak buat kerja. Mia, member sekelas pulak terus baring atas katil sambil cium-cium bantal busuk macam dah seminggu tak jumpa. Jaja dan Lili, macam aku, terus on laptop dan mula transfer gambar dari memory card ke laptop.

Sedang dok ralit buat kerja, pintu bilik kami diketuk dengan kuat. DUM DUM DUM! Amboi, macam nak roboh pintu tu diketuk. Mia yg dah mula hanyut dibuai haruman bantal busuknya terkejut sampai bangun dan duduk terpinga-pinga. Aku buka pintu bilik. Tercegat 3 ke 4 orang senior di muka pintu. Serius wajah mereka.

Senior 1: Ni kenapa tak pergi Pusat Islam ni?
Aku: Kami baru habis shooting, kak, baru balik dari studio. *tipu sikit je, bukan banyak pun*
Senior 2: Berapa orang ni dalam bilik?
Aku: Kami 4 orang, kak. Ada apa program kat Pusat Islam malam ni?
Senior 1: Hmm. Ada lagi tak kawan yg bersama kamu?
Aku: Ada sorang lagi, kat bilik sebelah.
Senior 3: Sorang-sorang?
Aku: Err... tak tau pulak saya, kak.

Aku jenguk kepala ke luar, ke bilik sebelah kanan. Member di bilik sebelah aku panggil. "Lisa! Lisa! Woi!" tapi tak ada balasan. Aku syak Si Lisa ni dah tertidur ni.

Senior 4: Takpe, biar saya pergi check.

Senior 4 ketuk pintu bilik Lisa sambil memberi salam. Dua tiga kali ketuk baru pintu terbuka. Lisa dengan muka serabai sengih-sengih tengok kami. Dah kata dah, minah ni mesti tertidur punya.

Senior 4: Awak sorang-sorang je ke dalam bilik?
Lisa: Ye saya, kak. Yg lain dah pi Pusat Islam kot.
Senior 4: Kalau boleh, jangan duduk sorang dalam bilik. Pergi duduk bilik kawan awak kat sebelah.

Dengar je kakak senior cakap macam tu, aku dah rasa lain macam dah. Kenapa pulak tak boleh duduk sorang dalam bilik? Ada apa kes?

Aku: Err... ada apa-apa jadi ke, kak?
Senior 1: Macam ni lah, saya minta awak semua duduk je sekali 1 bilik. Nak pergi toilet ke apa ke, minta jangan pergi sorang diri ye. Ambil nombor telepon saya. Kalau ada apa-apa, terus call je.

Hah, nampak sangat ada something somewhere ni. Aku tengok mata kakak-kakak senior meliar je tengok ke sekitar kawasan kolej. Aku pun tengokla sekeliling. Baru aku perasan yg kawasan kolej sunyi dan sepi. Kebanyakan bilik gelap tak berpenghuni. Takkan semuanya kat Pusat Islam? Aku tertanya-tanya. Lisa angkut segala Macbook dan kamera dan jajan masuk bilik kami.

Lisa: Eh, ada apa-apa jadi ke weh? Apsal dia tak bagi dok sorang-sorang?
Aku: Aku pun rasa ada something jadila.
Mia: Ada orang histeria ke eh?

Kami masing-masing diam. Kat sini aku rasa kejadian histeria, kena sampuk tu macam normal la jugak. Tiap-tiap minggu mesti ada at least satu kes. Almaklumlah, tempat terceruk macam ni, memang tempat bertapa makhluk-makhluk lain kata orang. Tasik kat tempat belajar aku ni pun boleh tahan jugak angkernya. Macam-macam kisah aku dah dengar pasal tasik tu. Ada senior yg dah siap pesan, waktu Maghrib janganlah dok berkeliaran kat area tasik tu. Orang hilanglah kat tasik tu, mati lemaslah, macam-macamla. Aku cuma pikir benda positif dan kalau boleh elakkan lalu tasik tu, aku elak. Lain-lain benda aku tak pikir sangat.

Lepas tu, kami sambung buat kerja. Tengah buat kerja tu, aku terdengar macam suara orang menyanyi. Suara perempuan. Slow dan mendayu-dayu. Aku pandang kat member-member. Semua tengah sibuk buat kerja. Ah, mainan perasaan aku agaknya. Aku pun teruskan kerja editting gambar-gambar yg diambil dalam studio tadi. Tiba-tiba aku dengar suara orang petik-petik jari. Aku toleh ke arah katil Mia, di mana bunyi tu datang. Mia letak satu jari di bibir sambil letak tapak tangan belakang telinga, memberi isyarat agar semua orang diam dan dengar. Kali ni dengar jelas suara perempuan menyanyi.

Jaja, si penakut terus merapatkan kerusinya pada aku. Kami masing-masing terdiam. Makin lama, suara menyanyi tu makin hampir. Lagu apa, aku tak pasti. Tapi bunyinya macam lagu lama-lama dulu. Terdengar pula bunyi seperti orang berjalan sambil seret kain dari luar bilik, kat koridor.

Srettt... srettt....

Mak aih. Tercacak terus bulu roma aku. Jaja dah peluk aku, menggigil ketakutan. Lisa dan Lili dah lompat ke atas katil Mia, duduk rapat-rapat. Aku ambil telefon, niat di hati nak call kakak senior tu. Tapi hampa bila tengok perkataan 'No network coverage' tertera di skrin telefon. Tak pernah-pernah pulak jadi tak ada network kat tempat aku ni. Alih-alih hari ni la nak jadi pun.

Tok tok tok. Pintu bilik kami diketuk perlahan. Kami berpandangan sesama sendiri.

"Siapa tu?" Mia bertanya. Mia ni jenis berani sikit. Jenis yg kalau pukul 2 pagi dia nak pergi toilet, dia pergi je sorang-sorang.

Tok tok tok. Sekali lagi pintu bilik diketuk.

"Siapa tu?" sekali lagi juga Mia bertanya. Senyap.
"Oi, jangan main-mainla! Kalau takde apa-apa, jangan kacau kami. Pergi main jauh-jauh sana!" marah Mia. Selamba je dia cakap gitu. Tombol pintu bilik kami tak semena-mena bergoncang, dipulas berulang-kali. Seriau aku jadinya. Nasib baik aku kunci pintu tadi.

"Hik hik hik hik," terdengar suara ketawa dari balik pintu. Masa ni, seram sejuk dia lain macam sangat. Aku tengok Jaja sipi-sipi je dah nak sawan dah. Aku pegang tangan Jaja, cuba tenangkan dia sambil baca apa-apa yg patut. Lisa dan Lili pun terkumat-kamit mulut mereka dok membaca. Mia berdiri sambil cekak pinggang. Tapi aku tengok muka dia pun dah agak pucat sikit. Tiba-tiba...

BAMMMM! Pintu bilik kami bagai dilanggar sesuatu dari luar dengan kuat. Sampai melatah Si Lisa dengan bunyi yg kuat tu. Aku ni sedaya upaya dok menahan diri dari menjerit. Tangan Jaja dah berpeluh sejuk. Mia terus melompat naik atas katil, duduk di celah-celah Lili dan Lisa. Kemudian, senyap. Tak ada apa-apa bunyi selepas itu.

"Ma...ma... macam mana ni? Aaa... aa.. aku tak sedap hati ni," Lisa bersuara tergagap-gagap.

"Aaaaaaaaaaa!!!" tiba-tiba sahaja Jaja menjerit dan terus berlari melompat ke atas katil, bersembunyi di belakang Mia. Tinggal aku sorang diri kat meja study.

"Tuu... tuuu... tuuu," dengan mukanya disorokkan di belakang badan Mia, Jaja menunjuk ke arah tingkap, betul-betul arah meja study aku. Dengan slow motion, aku menoleh ke arah tingkap.

"Makkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!" habis terbalik kerusi aku bila aku bangun lintang pukang lari, terus keluar dari bilik. Tak ingat dah apa-apa pasal benda kat luar pintu. Yang aku ingat, aku nak lari je. Sebab kat tingkap tu ada perempuan dengan rambut menggerbang berpakaian putih tengah merenung ke arah kami dengan mata yg merah. Dah aku lari, yg lain pun sama cabut la. Sorang pun tak pakai selipar ke kasut ka bila berlari keluar. Bilik aku tu kat level 3 kot. Kalau manusia biasa, idaknya dia nak bertenggek kat tepi tingkap tu.

Segala laptop, kamera, telefon apa semua kami tinggal je. Lari keluar sehelai sepinggang. Si Lisa siap tergolek jatuh tangga masa kami sibuk berlari. Kami lari turun bawah sambil menjerit. Sampai berlanggar dengan kakak-kakak senior yg datang bilik awal tadi masa sampai kat bawah. Jaja terus pengsan sebaik sahaja kami sampai bawah. Kakak-kakak senior terus ajak kami masuk bilik diorang. Rupanya ramai jugak orang dah ada dalam bilik tu. Roomates Lisa pun ada.

Alkisahnya malam tu roomates Lisa terlebih dulu yg kena ganggu. Cik pon tu 'melawat' bilik mereka, bertenggek kat tingkap jugak. Lepas tu, bilik-bilik lain pun kena. Habis semuanya lari ke Pusat Islam, buat bacaan Yaasin dan apa yg patut. Bila dah habis, ramai yg takut nak balik bilik sendiri. Tu yg dok melepak dalam bilik senior. Cis betul. Bukannya nak maklumkan kat kami awal-awal yg ada 'pelawat VIP' datang. Tak pasal-pasal je kami diusik. Kesian Lisa, terpeleot kaki sebab jatuh tangga. Lepas Subuh, barulah kami beransur balik ke bilik.

Begitulah ceritanya.


Jagendas Publish time 21-11-2014 03:05 PM

abang_rusdi posted on 14-11-2014 02:39 PM static/image/common/back.gif
rasa2 abang rusdi. mungkin susuk la kot ni.
takkan la kak ton tu pakai topeng brandi amok plak ko ...

topeng bandi amuk tu sangat klasik bang rusdi
yeah yeahh

thoyol Publish time 21-11-2014 03:47 PM

peh cik nana.. teknik penceritaan yg sangat bagus.

Ada permulaan, pertengahan, klimaks and ending. Keep it up!!

Jagendas Publish time 21-11-2014 04:26 PM

power betul cik ton jadian tu ye

Shahreen74 Publish time 21-11-2014 05:13 PM

Pergghhh... cik nana... seram sejuk baca citer ko... siap terbyg2.. leh imagine lg... huuhuu.. seram siottt....

cik.nana Publish time 21-11-2014 09:02 PM

fadzyjemi posted on 20-11-2014 12:12 PM static/image/common/back.gif
Nana sambung citer psl alang.. Alang kne kacau teruk cane?? Tp kisah cik ton mmg angker weiiii...se ...


Dah sambung dah :loveliness:

cik.nana Publish time 21-11-2014 09:04 PM

thoyol posted on 21-11-2014 03:47 PM static/image/common/back.gif
peh cik nana.. teknik penceritaan yg sangat bagus.

Ada permulaan, pertengahan, klimaks and ending ...


Terima kasih. Hiks

cik.nana Publish time 21-11-2014 09:05 PM

Jagendas posted on 21-11-2014 04:26 PM static/image/common/back.gif
power betul cik ton jadian tu ye


Power macam power renjes tak? {:singo

cik.nana Publish time 21-11-2014 09:06 PM

Shahreen74 posted on 21-11-2014 05:13 PM static/image/common/back.gif
Pergghhh... cik nana... seram sejuk baca citer ko... siap terbyg2.. leh imagine lg... huuhuu.. seram ...


Jaga-jaga... haa langsir dah tutup ke belum? {:thiefo

sha_sya Publish time 21-11-2014 11:46 PM

Peristiwa Adik TT ni jadi kt uitm lendu me??

cik.nana Publish time 22-11-2014 09:58 AM

sha_sya posted on 21-11-2014 11:46 PM static/image/common/back.gif
Peristiwa Adik TT ni jadi kt uitm lendu me??


Hohoho. Mungkin... ;P

Jagendas Publish time 24-11-2014 08:42 AM

cik.nana posted on 21-11-2014 09:05 PM static/image/common/back.gif
Power macam power renjes tak?

lagi power dari power ranjers ni
ultraman tiga je boleh lawan

teddpapel Publish time 24-11-2014 11:07 AM

Dik..dr tdi akk bayangkan uitm lendu.dengan pusat islam nye dengan shooting nye dengan tasiknya..klu betul la uitm lendu, bilik akk betul2 menghadap tasik tu.mmg seram duk situ.

cite angker jangan cakap la.menimbun.. Last edited by teddpapel on 24-11-2014 11:10 AM

Shahreen74 Publish time 24-11-2014 11:29 AM

cik.nana posted on 21-11-2014 09:06 PM static/image/common/back.gif
Jaga-jaga... haa langsir dah tutup ke belum?

heehee.. kt umah ni x takut.. sebb mmg setiap mlm pasang ayat Ruqyah.. sejak en. asben kene gangguan 2 tahun lepas.klu ke mana2 pun mmg memlm pasang ayat ruqyah.. mmg dah ada ayat tu dlm hp.. standby.. heehee..

pernah kt opis nih.. tgh melayan MPS sensorg time lunch.. department ni xde ada org dah kuar mkn.. tetiba terdgr bunyi org seret selipar kt belakang.. naik bulu roma seram sejuk bagai.. terus pasang ayat ruqyah... heehee.. tp opis nih xde lak citer angker.. opis sebelah tu pernah dengar ler... 'dia' main usik2 bahu org buat kerja... huuhuu.. patut la hari tu ada buat bacaan yaasin.. huhh..

cik.nana Publish time 24-11-2014 12:37 PM

Ok, kali ni nak kongsi kisah adik cik.nana kerasukan. Ingat sebelum ni Acik pernah diserang histeria? Kali ni Acik kerasukan pulak...

Kisah 7 - Acik Kerasukan

Malam tu, Acik kata ada kawan dia nak datang rumah pinjam buku. Acik ajak aku temankan di luar sebab kawan dia segan silu nak masuk rumah. Aku pun buat-buatla dok kutip kain baju yg dah kering kat penyidai tu. Sambil aku dok kutip baju tu, aku dengarla Acik dengan kawan dia dok sembang. Dari area tempat sidai baju tu, aku tak nampak diorang. Malam tu jugak, Pak Ngah datang ke rumah dengan anak dia, Sarah. Pak Ngah tolong baiki suis kat dapur yg terbakar baru-baru ni. Tengah aku dok kutip kain tu, tiba-tiba angin bertiup kuat. Aik, nak hujan ke? Aku jenguk kepala ke luar. Masa tu baru aku perasan suara orang bersembang dah takde.

"Acik?" aku panggil Acik. Senyap sesaat dua. Lepas tu tiba-tiba Acik berlari masuk dengan laju ke arah aku. Sampai kat aku, dia pegang lengan aku, kuat. Tangan dia sejuk teramat. Muka dia pucat lesi.

"Along, muka dia... muka dia macam hantu!" dan Acik terus pengsan. Nasib baik aku sempat sambut Acik sebelum dia jatuh terjelepuk. Kain baju yg aku kutip terlepas, bersepah. Aku tak sempat nak cakap apa. Otak aku macam jem sekejap bila Acik tiba-tiba pengsan macam tu. Kawan Acik pun berlari masuk ikut Acik.

"Kak, kenapa dia kak?" kawan Acik cemas. Aku pandang muka kawan Acik. Takdela muka macam hantu pun. Apa hal pulak dengan adik aku ni? Aku minta tolong kawan dia papah Acik dengan aku masuk dalam. Mama dengan Pak Ngah masih di meja makan, bersembang. Yang lain semua tengah tengok TV. Alang je takde, ada reunion dinner kat mana tah. Mama yg mula-mula nampak kami masuk dalam sambil papah Acik. Kami letakkan Acik atas sofa.

Mama: Eh, kenapa pulak ni? Apa jadi?
Aku: Pengsan.

Tu je aku dapat jawab kat Mama, sebab aku tengah terkejut. Aku masih lagi cuba nak paham apa yg Acik cakap dan kenapa dia tiba-tiba pengsan. Mama dan Pak Ngah datang menghampiri.

Pak Ngah: Apa jadi?

Pak Ngah bertanya sambil pandang aku dan kawan Acik bergilir-gilir. Aku pun pandang kat kawan Acik jugak. Kita bagi nama dia Ain la, senang cerita.

Ain: Saya tengah sembang-sembang dgn dia. Lepas tu tiba-tiba angin kuat, dia pandang muka saya, terus dia lari masuk dalam rumah. Saya ikut dia, tengok-tengok dia dah pengsan. Saya pun tak tau kenapa.
Aku: Dia masuk rumah tu, dia cakap ada muka macam hantu. Lepas tu dia pengsan.

Mama dan Pak Ngah diam. Mama panggil Acik sambil tampar lembut pipi Acik. Senyap. Pak Ngah suruh Mama baca Kursi dan sapu muka Acik. Mama pun buat. Bila Mama sapu muka Acik, dia macam tersentak kejap, tapi Acik tetap tak sedar. Pak Ngah minta Angah ambilkan air dan kemudian Pak Ngah ambil air lalu sapu ke muka Acik sambil selawat. Apa yg aku nampak, Acik cuba buka mata, tapi mata macam dia kena gam. Dan tiba-tiba, Acik ketawa kecil. Terkejut kitorang kat situ. Mata terpejam, badan tak bergerak, tapi dia ketawa.

Pak Ngah: Ni ada la bendanya ni. Lada hitam yg biji tu ada?

Angah ambilkan bekas yg ada lada hitam dan sua pada Pak Ngah. Pak Ngah ambil biji lada hitam, bacakan sesuatu dan hembus.

Pak Ngah: Pegang dia. Jaga-jaga.

Apa lagi, kitorang pun dah siap sedia, pegang Acik. Pak Ngah selawat lalu ditekan biji lada hitam pada ibu jari kaki kanan Acik. Serentak itu, Acik menjerit sekuat-kuat hati dan cuba menendang Pak Ngah. Mata Acik terbeliak luas. Mujur kitorang dah ready dah pegang Acik. Dia meronta-ronta sambil menjerit.

Pak Ngah: Kau ni siapa ni? Keluar!
Acik: Sakit! Sakit! Sakit!
Pak Ngah: Dah tau sakit, keluar la.
Acik: Aku keluar, aku keluar.
Pak Ngah: Jangan cakap je, keluar cepat!
Acik: Ye, aku keluar, aku keluar.

Lepas je cakap macam tu, Acik pengsan semula. Pak Ngah tekan biji lada hitam pada ibu jari kaki Acik sekali lagi. Tiada reaksi. Kami lepaskan Acik. Aku terduduk. Takkan Acik kerasukan pulak ni? Aku tertanya-tanya sendiri.

Pak Ngah: Tak boleh biar ni. Kena panggil siapa-siapa yg pandai. Pak Ngah setakat boleh buat macam tu je.
Mama: Nak minta tolong siapa malam-malam ni?
Acu: Takpe, Acu tau.

Acu gamit Mama dan Pak Ngah jauh sikit dari Acik. Mereka bertiga berbincang. Aku dan Angah duduk di sebelah Acik. Ateh, Sarah dan Ain duduk di sofa bertentangan. Dalam 5 minit kemudian, perbincangan selesai.

Mama: Mama nak kena gi ambik Ateh kat train station. Acu ngan Pak Ngah nak keluar jap, gi ambik orang. Kunci pintu ni.
Aku: Siapa?

Mama tak jawab. Pak Ngah dan Acu keluar. Mama pun keluar. Sebaik sahaja kereta Mama dan Pak Ngah hilang dari pandangan, Acik tiba-tiba gelak. Aik, tadi pengsan, ni gelak pulak! Aku dah rasa semacam dah tengok Acik ni. Mata pejam pun gelak lagi. Dah tu, baik-baik Mama ngan Pak Ngah pergi, dia gelak. Berlakon pengsan ke apa?

Aku: Ko gelak apa?
Acik: Hihihihi
Aku: Duduk diam-diam situ. Jangan nak menggatal buat perangai!

Entah macam mana, aku jadi berani. Aku marah sebenarnya, adik aku kena kacau. Acik pun diam.

Ain: Kak, dia ok ke kak?
Aku: Rasanya tak ok ni. Ain baliklah dulu kalau nak balik. Dah lewat jugak ni.
Ain: Saya... takut, kak, drive sorang-sorang.

Pulakkk. Takkan aku nak gi hantar dengan keadaan adik aku macam ni? Last-last aku abaikan je kawan Acik tu. Aku bangun, pergi dapur nak minum air. Tengah aku dok minum air tu, Ateh datang kat aku. Dia ambil sebotol air dari dalam almari.

Ateh: Long, ni air Yaasin. Acu bawak balik dari masjid semalam.
Aku: Nak buatpe?
Ateh: Sapu kat muka Acik la.
Aku: Jangan cari pasal lah. Tunggu Mama ngan Pak Ngah balik.
Ateh: Sikit je...
Aku: Janganlah, Ateh.
Ateh: Takpe, biar aku buat.

Ateh degil. Dia nak jugak guna air tu. Aku pergi ke depan. Aku tengok Acik dah sedar, tapi masih berbaring.

Acik: Long, badan aku sakit...
Aku: Sakit kat mana?
Acik: Kat belakang, kat kaki.
Aku: Nanti aku urutkan ok.
Acik: Ok. Long, nak air.
Aku: Kejap.

Ateh terus sua segelas air pada aku, sambil angguk kepala. Pahamlah aku yg air dalam gelas tu ialah air Yaasin yg Ateh tunjuk tadi. Aku pun ambik je la dan beri pada Acik. Acik angkat kepala sikit, aku pun letak gelas pada mulut dia. Belum sempat air tu kena bibir, Acik tepis tangan aku.

Acik: Tak nak air ni. Nak air lain.
Aku: Nak air apa?
Acik: Nak air lain la. Tak nak air ni!

Suara Acik dah keras, marah. Aku bagi gelas semula pada Ateh, suruh Ateh tukar. Ateh akur. Air bawa air masak biasa. Acik teguk sampai habis segelas. Acik baring semula. Dia berbual dengan aku.

Acik: Along, Mama mana?
Aku: Mama gi amek Alang.
Acik: Along, aku nampak Abah.

Dan aku terdiam. Aku, Angah dan Ateh berpandangan sesama kami. Arwah Abah baru pergi setahun lebih masa ni. Terkesan jugak kata-kata Acik tu pada aku. Sebak bertandang teringatkan arwah Abah. Kalaulah Abah ada...

Aku: Ko nampak Abah katne?
Acik: Kat luar tu. Abah panggil aku...
Aku: Mana ada Abah kat luar. Takde siapa panggil ko. Dah, tidur. Kata sakit badan.
Acik: Long, kesian Abah sorang-sorang kat luar tu, Long. Bagila aku teman Abah.
Aku: Mana ada Abah, Acik. Abah dah takde. Mengucapla sikit.
Acik: Ade. Abah kat luar. Dia panggil aku. Dia ajak aku pergi.
Aku: Pergi mana?

Masa ni, aku betul-betul rasa tak sedap hati dah. Kata-kata Acik ni lain macam benar. Aku berdoa supaya Mama dan Pak Ngah cepatla pulang.

Acik: Abah ajak pergi jauh. Kesian Abah sorang-sorang, Long.
Aku: Dahla, Acik. Tidurlah. Siapa-siapa panggil ko, ajak pergi mana-mana, jangan ikut. Duduk dengan aku je.
Acik: Ok.

Dan Acik pejam mata semula. Aku hela nafas lega. Sekurang-kurangnya, dia tak berdegil nak keluar. Ateh datang sebelah aku, dengan gelas yg mula-mula ditolak Acik tadi. Ateh tuangkan sikit air pada tapak tangan dan mula nak letak air di ubun-ubun Acik. Ateh buat diam-diam tanpa sebarang bunyi pun. Mata Acik masih pejam. Aku cuma perhati je apa Ateh buat. Belum sempat Ateh sentuh Acik, Acik buka mata.

Acik: Ko nak buat apa ni?

Dia pandang Ateh dengan pandangan marah. Ateh cepat-cepat tarik tangan.

Ateh: Takde apa.
Acik: Aku nak tidur, jangan kacau boleh tak?
Ateh: Ok, ok.

Ateh berundur ke belakang sedikit. Acik jeling Ateh sekali, dan pejam mata semula. Aku geleng-geleng kepala pada Ateh, memberi isyarat agar Ateh jangan teruskan niat dia. Ateh ni pun jenis degil jugak ni. Dia tunggu lagi. Selang 5 minit, aku tengok Acik macam dah tertidur. Ateh datang dekat semula, tuang air pada tangan dan cuba sapu ke ubun-ubun Acik. Sikit lagi nak kena pada ubun-ubun Acik, tiba-tiba tangan Acik menangkap tangan Ateh. Laju sampai aku pun tak nampak tangan dia bergerak. Tau-tau dia dah pegang pergelangan tangan Ateh. Acik buka mata. Luas.Wajah Ateh dipandang.

Acik: Aku cakap, aku nak tidur, kau faham tak?
Ateh: Iye, tidurla.
Acik: Yang kau kacau aku ni apa hal?
Ateh: Aku tak kacau pun la.
Acik: Kau jangan kacau aku!

Acik dah bertempik marah.

Aku: Dahla tu, Ateh. Jangan kacau dia lagi. Pergi duduk jauh sana.

Aku cepat-cepat cuba redakan keadaan. Angah tarik Ateh ke tepi. Mata Acik terus mengikut Ateh dengan pandangan penuh kemarahan. Takut aku tengok Acik macam tu. Acik ni jenis happy go lucky punya orang, jarang dia marah sampai macam ni. Masa tu aku dah saspek yg Acik kini bukanlah Acik yg sebenar. Aku suruh Angah bawa Ateh ke dapur sebab aku tengok Acik terus tengok Ateh macam nak telan je. Aku tak nak Acik mengamuk masa Mama dan Pak Ngah takde ni. Aku takut aku tak mampu kawal keadaan. Aku tengok Ain dan Sarah pun macam dah nak menangis je. Aduhai. Serabut aku dibuatnya.

Tiba-tiba, Acik bingkas bangun dan duduk bersila di atas sofa. Mata Acik kini tertumpu ke pintu utama.

Acik: Siapa panggil dia datang?
Aku: Hah? Siapa?
Acik: Kau jangan buat-buat bodoh ye. Siapa panggil si celaka tu datang? Aku tak suka!

Aku terpinga-pinga. Aku memang tak faham Acik cakap apa. Siapa yg datang? Dan kemudiannya, baru aku faham. Terdengar suara Pak Ngah bagi salam. Pak Ngah melangkah masuk diikuti Acu dan kemudian seorang lelaki asing. Bulat mata Acik tengok lelaki tu. Setelah aku amati, baru aku cam yg lelaki asing tu ialah Pak Imam masjid kat kawasan rumah aku. Kemudian Mama pulak sampai. Keadaan masa tu tegang. Acik terus renung Pak Imam dengan penuh benci.

Acik: Siapa panggil kau datang ni? Apahal kau datang malam-malam ni?

Amboi. Bukan main dia sound kat Pak Imam tu. Terkejut kitorang. Mana taknya, Acik bukan jenis yg cakap kasar macam tu. Lagi-lagi bila bercakap dengan orang yg lebih tua.

Mama: Eh kau ni, biarlah. Mama yg panggil dia datang. Kenapanya?
Acik: Buat apa panggil dia?
Mama: Suka hati Mama la nak panggil siapa pun datang. Ini rumah Mama, bukan rumah kau.
Acik: Aku tak suka! Suruh dia balik!

Pertama kali aku dengar Acik membahasakan diri sebagai 'aku' dengan Mama. Pertama kali jugak aku dengar dia tinggikan suara pada Mama.

Pak Imam: Jangan sombong sangat. Saya datang dijemput. Awak datang, tak diundang.

Acik ketawa kuat. Macam mengilai pun ada. Eh, seram jugakla. Mama suruh Alang bawak Sarah naik atas sebab Sarah dah menangis ketakutan. Pak Ngah datang dekat pada Acik. Pak Ngah pandang tepat pada mata Acik. Acik larikan pandangan dari muka Pak Ngah.

Pak Ngah: Kenal tak siapa ni?
Acik: Takkan aku tak kenal pulak. Kau ye yg bawak si celaka ni datang?
Mama: Acik! Apa cakap macam tu?
Acik: Heee... aku tak suka la dia ni! Suruh dia berambos sekarang jugak!

Acik menempelak. Sikit pun takde rasa hormat dah. Memang sahlah ini bukan Acik yg sebenar. Pak Imam bercakap sebentar bersama Mama, perlahan saja.

Acik: Balikla. Keluar dari sini.
Pak Imam: Nanti saya baliklah. Awak tu, baliklah.
Acik: Eh, aku suruh kau balik kan? Pekak ke?
Mama: Acik! Diam!

Dan Acik tutup mulut. Tiba-tiba Acik bangun berdiri. Automatik, semua bangun berdiri.

Mama: Nak pergi mana?
Acik: Nak pergi tandas la. Kenapa? Nak pergi tandas pun tak boleh? Heh.

Sinis sekali nada percakapan Acik. Dia langsung menuju ke bahagian dapur. Aku mengikut rapat di belakang. Sampai aje di dapur, dia terus meluru ke arah Ateh yg memang duduk je kat dapur. Acik meluru ke arah Ateh dan...

PANG! Acik melempang Ateh sekuat hati. Sampai jatuh terduduk Si Ateh dilempang. Kami semua tergamam dengan tindakan Acik.

Acik: Aku dah kata jangan kacau aku, kan? Kau degil. Kau kacau aku jugak.

Acik bertempik. Dia hampir-hampir nak sepak Ateh yg terduduk tapi aku sempat peluk Acik dari belakang dan tarik dia menjauhi Ateh. Acik tak melawan sikit pun bila aku tarik dia. Dia gelak lagi adala. Bibir Ateh pecah dilempang Acik. Acik gelak. Aku tarik Acik ke depan semula.

Acik: Along, suruhla diorang tu semua balik, Long. Aku tak sukala.

Eh eh, baiknya dia bercakap dengan aku! Pelik pulak aku rasa.

Aku: Kau nak diorang balik, kau pun keluar la. Janganla kacau adik aku.
Acik: Kau ni pun sama je!

Hah, dia dah marah kat aku jugak. Acik mendengus kasar.

Acik: Kau... *sambil tuding jari pada Pak Imam*
Pak Imam: Tak nak keluar cara baik ke?
Acik: Kau kalau tak nak berambos dari sini, kau tengokla aku buat apa nanti.
Pak Imam: Tak payah ugut saya. Saya tak takut. Saya takut dengan Allah sahaja.
Acik: Hahahahahahahahah! Kau tak nak berambos la ni? Baiklah...

Baik-baik sahaja Acik bercakap, kedengaran satu jeritan nyaring yg panjang dari tingkat atas. Diikuti dengan bunyi seperti benda jatuh gedebuk. Pak Ngah bergegas naik ke tingkat atas bersama Mama. Aku setia menunggu di bawah.

Acik: Hihihihi. Kan aku dah kata...


=====================================

Nanti kita sambung lagi. Jom lunch dulu...

cik.nana Publish time 24-11-2014 12:39 PM

teddpapel posted on 24-11-2014 11:07 AM static/image/common/back.gif
Dik..dr tdi akk bayangkan uitm lendu.dengan pusat islam nye dengan shooting nye dengan tasiknya..klu ...

Bilik mengadap tasik? Hish kalau cik.nana memang tak bukak dah langsir. Macam-macam cerita dah dengar.

genchi Publish time 24-11-2014 01:20 PM

adoiiii nana copek smbung...

aerolz Publish time 24-11-2014 01:32 PM

Seram sejuk dah ni.Sambung sambung

d_anne04 Publish time 24-11-2014 01:48 PM

cik.nana posted on 24-11-2014 12:37 PM static/image/common/back.gif
Ok, kali ni nak kongsi kisah adik cik.nana kerasukan. Ingat sebelum ni Acik pernah diserang histeria ...

cik nana...jgn lupa sambung ari ni jugak ekk...

sy x kuar lunch ari boleh la hadap citer ni....sian kat acik...asyik kena jer dia...

Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 [9] 10 11 12 13 14 15 16 17 18
View full version: Kisah dari Pengalaman Sendiri (Mini Update)


ADVERTISEMENT