aylanins Publish time 24-10-2014 07:54 PM

MARDHIYAH MADISON @ SURI HATI ABANG (novel JEMARI SENI Sept 2015)

Edited by aylanins at 13-8-2015 07:38 PM

BAB 1:http://i377.photobucket.com/albums/oo219/aylanins/Mobile%20Uploads/Mardhiyah.jpg



SUARA riuh-rendah di tingkat bawah mengejutkan Mardhiyah dari tidur. Jam di dinding menunjukkan pukul lima setengah pagi. Perlahan dia menggosok-gosok matanya. Entah siapa yang berdegang-degung di tingkat bawah itu, emak rasanya. Emak itu selagi majlis tidak selesai, selagi itu dia dilanda sindrom tidak dapat tidur.
Mardhiyah mencapai tuala untuk mandi, mahu bersiap seawal mungkin. Petang ini, mereka sekeluarga akan mengadakan majlis tahlil arwah Tuk Amit dan Nek Jas.
Siap berpakaian dan menunaikan solat Subuh, Mardhiyah turun ke dapur. Emak sedang sibuk menghitung pinggan mangkukyang sudah dilonggokkan di tepi kabinet dapur.
“Nasi sejuk ni nak buat apa mak?” Tanya Mardhiyah sekadar berbasa-basi, padahal bukan dia tidak tahu kalau nasi sejuk itu, tentu sekali emak mahu masak nasi goreng.
“Nak goreng. Kalau nak goreng, bawang ikan bilis sayur mak dah sedia dalam mangkuk tepi dapur tu,” arah emak secara tidak langsung. "Buat nasi goreng kampung."
Mardhiyah pantas mencapai mangkuk besar berisi nasi sejuk itu. Dalam hati sebenarnya agak lega dengan arahan tidak langsung daripada emak itu. Perbualan emak dengannya malam tadi menyebabkan dia seboleh-bolehnya mahu mengelak dari berbual panjang dengan emak.
Ya, sejak emak buka mulut mengenai Agus.   
Agus?
Last edited by aylanins on 24-10-2014 08:00 PM

aylanins Publish time 24-10-2014 08:01 PM

AGUS itu dulu kawan sekelasnya. Teringat Mardhiyah zaman dia bergelar pelajar sekolah menengah dulu. Kisah yang merenggangkan persahabatan mereka berdua lama dulu. Waktu itu dia Tingkatan Lima dan baru saja dilantik sebagai Ketua Pengawas Perempuan.

“Hei… kirim salam kat Ketua Pengganas tu,” jerit Agus dari celah pokok bunga raya yang lebat merimbun. Riduan turut mengintai sama sambil gelak-gelak nakal dengan Hassan. Mardhiyah cuma menjeling tajam. Menyampah dengan perangai kebudak-budakan mereka. Sejak dia dilantik memegang jawatan tertinggi di kalangan pelajar sekolah itu, sejak itulah dia disapa dengan panggilan sebegitu. Ketua Pengganas!

“Ketua Pengganas, aku… aku…”

“Aku apa?!” Sergah Mardhiyah garang. Geram betul dia melihat wajah Agus yang main-main itu.

“Aku tak gunting rambut. Tengok, panjang tak?” Agus membuat iklan syampu di hadapan Mardhiyah. Rambutnya yang ikal itu lebat sekali sampai mencecah kolar baju sekolahnya.

“Itu kau sendiri punya pasal. Kalau cikgu disiplin tangkap, padan muka kau,” jawab Mardhiyah garang lalu berlalu pergi. Riduan dan Hassan yang jadi pengapit kanan dan pengapit kiri si Agus tercorot-corot masih memanggil namanya sehingakan pelajar-pelajar lain yang ada dekat-dekat situ menoleh kehairanan memandang Mardhiyah.

Sejak dia memegang jawatan besar itu, perangai Agus dan kawan-kawannya makin menjadi-jadi. Zahida teman baiknya pula selalu merungut. Wajah Mardhiyah makin masam, makin nampak bengis. Tapi entah kenapa Mardhiyah rasa dia sendiri tidak banyak berubah. Cuma masa luang untuk bersama-sama dengan Zahida makin terasa singkat. Tapi bukannya dia sengaja pun.

Dia sentiasa sibuk dengan tugas-tugas sebagai Ketua Pengawas Perempuan sekolah. Bersama-sama Alfian, mereka berdua menjadi teraju Majlis Perwakilan Pelajar sekolah itu. Disiplin sekolah memang tidak pernah bagus. Hampir setiap hari dia mengeluarkan surat saman. Ada-ada saja kesalahan pelajar sekolah yang dia kenal pasti. Kalau bertugas di pintu pagar sekolah saja, suku pelajar yang datang awal pagi pasti punya kesalahan.

“Dik, mana kad pelajar?”
“Awak, pakai stoking belang-belang ni kenapa?”
“Ni rambut, kenapa cecah kolar?”
“Lewat lagi, memang tak ada muka lain ke? Asyik awak je.”

Itu belum lagi termasuk tugasnya sebagai Sidang Redaksi Majalah Sekolah. Dilantik sebagai Ketua Editor majalah sekolah, menjadi wakil sekolah dalam pelbagai pertandingan, Mardhiyah itu, Mardhiyah ini, pendek kata tidak ada nama lain yang naik ke pentas untuk terima hadiah penghargaan kalau bukan Mardhiyah.

Mungkin kerana itu, memang betul kata Zahida. Mardhiyah makin sombong. Makin lupa daratan.

“Sombong kau sekarang Mardhiyah. Maklum, orang jadi Ketua Pengawas sekolah. Kesayangan cikgu,” tuduh Agus.

“Kau ni tegas sangatlah Mardhiyah. Membebel macam mak nenek. Cikgu disiplin pun tak macam kau,” ejek Hassan.

Zahida kawan baiknya sejak Tingkatan Satu itu, terang-terang mengatakan Mardhiyah sudah lupa daratan. Mentang-mentang ayam tambatan sekolah. Kata Zahida, Mardhiyah sekarang sudah ada nama besar di sekolah ini, jadi lupa pada kawan-kawan yang tidak berkebolehan. Benarkah ya? Benarkah dia sudah berubah sedemikian rupa? Ataupun adakah ketegasan yang dia pamerkan itu menjadi tembok pemisah kepada persahabatan mereka?

aylanins Publish time 24-10-2014 08:02 PM

“TAK BAIK begitu Mardhiyah,” tiba-tiba saja emak bersuara memecahkan lamunannya. Mardhiyah menoleh. Emak sudah ada di belakangnya.

“Haaa…? Apanya mak?” Soal Mardhiyah pura-pura tidak tahu sedangkan dia sudah dapat agak arah bicara emak.

“Tak baik pilih rupa. Yang penting bagi kita ini hati, kalau rupa saja lawa, perangai entah ke mana pun tak guna juga,” komen Emak.

“Bukannya Mar memilih mak,” dia sudah mengetap bibir. Emak ini, sudah jadi isu pula hal dia dan Agus ini. “Mar pun ada ciri-ciri tertentu yang Mar mahukan dalam diri seseorang tu. Bukannya boleh main tangkap muat saja. Takkan terus nak kata ya.”

“Agus tu kita kenal dah lama. Sejak kamu berdua sama-sama sekolah tadika lagi. Sekampung. Bukan orang lain Mar,” balas Emak pula. Kali ini Emak sudah berlalu ke arah ruang makan.

Mardhiyah sudah terdiam lagi. Karipap yang sudah garing di dalam kuali dikautnya dan diletak di atas pinggan beralaskan tisu penyerap minyak. Kemudian dia masukkan lagi karipap mentah ke dalam kuali berisi minyak panas.

Emak, Abah, Haji Suleiman, Agus, dan soalan itu. Tawaran sebetulnya. Eh, pinangan sebenarnya. Betulkah boleh dikatakan sebagai pinangan? Kalau pinangan, mana cincinnya?

Mardhiyah membalik-balikkan karipap di dalam kuali. Hatinya masih terkesan dengan kata-kata Emak. Kata-kata Abah malam tadi. Usul Haji Suleiman. Mengenai Agus.

Tapi, bukankah kalau memilih pasangan itu, seboleh-bolehnya hendak yang sekufu?

Kalau lelaki itu, isterinya punya taraf pendidikan yang lebih rendah berbanding si suami, jarang ada masalah di kemudian hari.

Tapi, Agus itu, pendidikannya sampai tahap mana ya?

Mar ini Penolong Pengarah mak, Agus itu tukang gunting rambut. Manakan sekufu?

Atau, definisi sekufu pemahaman Mardhiyah ini berlainan dari definisi sekufu yang sebetulnya. Adakah ya, maksud lain bagi sekufu ini?
Last edited by aylanins on 24-10-2014 08:06 PM

aylanins Publish time 24-10-2014 08:04 PM

Okay... esok sambung lagi. Jangan marah ya saya buka cerita baru... :L

Bergilir-gilir, kejap yang ini, kejap saya pindah ke Legenda Gelang Kristal.

Selamat Menyambut Maal Hijrah semua :D

NaylaArisha Publish time 24-10-2014 08:32 PM

errrr.... Peah bila nak sambung :o

wipers81 Publish time 24-10-2014 08:40 PM

Aylanins datang lagi dengan buah tangan terbaru... {:1_152:}

aylanins Publish time 25-10-2014 05:32 PM

NaylaArisha posted on 24-10-2014 08:32 PM static/image/common/back.gif
errrr.... Peah bila nak sambung

Err... ni yang buat takut nak masuk bod ni sebab takut kena marah cerita asyik tak siap :sweat3:

Tapi Insya Allah Mardhiyah Madison ni siap sebab plot akhir dah ada dalam kepala :laugh3:

Jangan tanya pasal Peah lagi, Peah sudah bertukar menjadi Mardhiyah :lol:

aylanins Publish time 25-10-2014 05:34 PM

wipers81 posted on 24-10-2014 08:40 PM static/image/common/back.gif
Aylanins datang lagi dengan buah tangan terbaru...

Wipers... amboiiii aktifnya hang kat bod ni :lol:
kalau tak nama Wipers mesti nama Zam Zam ala kazam yang naik ;P

wipers81 Publish time 25-10-2014 07:16 PM

aylanins posted on 25-10-2014 05:34 PM static/image/common/back.gif
Wipers... amboiiii aktifnya hang kat bod ni
kalau tak nama Wipers mesti nama Zam Zam ala k ...

Aktif ke? Rasa macam baru timbul aje.

Ada beza antara wipers81 dengan Zamzam2013.

saya menulis dan dia membaca. ;P

Zamzam2013 Publish time 27-10-2014 08:47 AM

wipers81 posted on 25-10-2014 07:16 PM static/image/common/back.gif
Aktif ke? Rasa macam baru timbul aje.

Ada beza antara wipers81 dengan Zamzam2013.


betul tu sis... byk bezanya...:lol:

Zamzam2013 Publish time 27-10-2014 08:47 AM

Assalamualaikum & selamat pagi semua...:lol:

aylanins Publish time 27-10-2014 11:14 AM

Waalaikumsalam... kan aku dah cakap... nama Zam Zam ala kazam mesti timbul punya ;P

wipers81 Publish time 27-10-2014 11:34 AM

aylanins posted on 27-10-2014 11:14 AM static/image/common/back.gif
Waalaikumsalam... kan aku dah cakap... nama Zam Zam ala kazam mesti timbul punya

Hahaha.
Dah beberapa hari dia senyap tau Aylanins. Ni baru muncul

Zamzam2013 Publish time 27-10-2014 11:42 AM

aylanins posted on 27-10-2014 11:14 AM static/image/common/back.gif
Waalaikumsalam... kan aku dah cakap... nama Zam Zam ala kazam mesti timbul punya

alhamdulillah... panjang lagi usiaku... :lol:

Zamzam2013 Publish time 27-10-2014 11:44 AM

wipers81 posted on 27-10-2014 11:34 AM static/image/common/back.gif
Hahaha.
Dah beberapa hari dia senyap tau Aylanins. Ni baru muncul

cuti lamalah sis... kt rumah takde laptop... malas nak teruskan pembacaan guna hp... so... tunggu hr masuk office baru syok teruskan pembacaan...{:1_152:}

Zamzam2013 Publish time 27-10-2014 11:46 AM

bila nak sambung ni TT....

UsuFie Publish time 27-10-2014 11:46 AM



next....

Zamzam2013 Publish time 28-10-2014 08:14 AM

Assalamualaikum & selamat pagi semua... TT... bila nak sambung ni...

aylanins Publish time 28-10-2014 08:22 AM

Whopps! Terima kasih pada yang membaca cerita ni :D

Nah ... ni dia entry seterusnya.

aylanins Publish time 28-10-2014 08:22 AM

BAB 2:http://i377.photobucket.com/albums/oo219/aylanins/Mobile%20Uploads/Mardhiyah.jpg
“MACAM MANA boleh terjumpa semula? Punyalah besar bandar ni, dalam banyak-banyak orang, kau boleh terjumpa dia?” Tanya Din tersengih-sengih. Macam tak percaya pun ada dengar Agus sudah jatuh cinta. Siap hantar rombongan merisik lagi.

“Kau tak ada masa tu, aku dan Irwan yang jaga kedai ni. Dia hantar sepupu dia gunting rambut. Muka dia tak banyak berubahlah, sama je macam zaman sekolah dulu. Makin lawa adalah…” sahut Agus. Dia cubit sedikit ikan goreng di dalam bekas makanan di hadapannya.

Tengah hari begini jarang kedai gunting rambut ini didatangi pelanggan. Nanti lewat petang tengoklah, ada-ada saja kaum bapadatang bawa anak-anak lelaki mereka ke sini untuk gunting rambut.

“Dia kerja apa?” Tanya Din.

Agus mengerutkan dahinya. “Entah… aku tak tanya pula.”

Baru Agus tersedar, sejak berjumpa semula dengan Mardhiyah lima bulan yang lepas, selepas bertukar nombor telefon, yang ditanyanya dengan Mardhiyah semasa menghantar pesanan ringkas itu cumalah ‘apa khabar’,’dah makan’, ‘baru balik kerja’. Lebih-lebih dia tidak berani sebab Mardhiyah pun jawab sepatah-sepatah pertanyaannya.

Lainlah kalau sesekali terserempak di depan kedai guntingnya ini, Mardhiyah ramah saja menegurnya.

Apa kerja Mardhiyah ya? Tapi setiap kali nampak Mardhiyah lalu di hadapan kedainya ini, pakaian Mardhiyah sentiasa kemas. Selalunya baju kurung dan kasut hitam berkilat. Kerja pejabat mungkin.
Last edited by aylanins on 28-10-2014 08:38 AM

Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: MARDHIYAH MADISON @ SURI HATI ABANG (novel JEMARI SENI Sept 2015)


ADVERTISEMENT