Anggur Pelangi?
http://4.bp.blogspot.com/-ygMVXrMVcjM/VAQMdlW2QRI/AAAAAAAAGmc/NRmuJSVsjJY/s1600/08-24-13-9399.jpg
Apakah benar wujud buah anggur dengan warna sebegitu? Apakah anggur pelangi juga memang ada seperti mana jagung pelangi? Jawapan untuk soalan itu ada dua – ya dan tidak. Demikian kata pakar sommelier, Larry Stone.
Jelas Stone, buah unik tersebut sebenarnya adalah anggur biasa yang mana sedang dalam tahap pematangan. Atau dalam dunia sommelier, anggur seperti ini disebut sebagai Veraison.
Veraison atau juga dikenali sebagai “tempoh permulaan buah masak” berasal daripada perkataan Perancis. Pada awal Veraison, buah anggur muda mempunyai warna sangat gelap dan bertekstur keras seperti batu kecil.Setelah memasuki tahap Veraison atau permulaan buah masak, kulit anggur akan serta-merta mengalami perubahan warna.
Jika anggur berwarna putih, ia akan berubah dari hijau tua menjadi hijau kekuningan. Ada kalanya, beralih kepada sedikit merah jambu,coklat atau kelabu. Manakala, anggur merah pula cenderung berubah kepada warna hijau hingga merah. Pada tahap inilah terjadinya anggur pelangi. Selepas fasa Veraison, semua anggur akan memiliki warna yang sama, yakni ungu, merah atau hijau.
Sesetengah ilmuwan turut mengaitkan sebab lain kepada perubahan warna semasa proses Veraison. Ada yang berpendapat bahawa terjadinya anggur pelangi adalah disebabkan klorofil dalam kulit buah tersebut. Turut dipercayai,Veraison ini tidak berlaku secara seragam di antara semua anggur. Hanya kelompok yang paling terdedah kepada panas sahaja akan lebih cepat melalui fasa tersebut.
Khabarnya, ada pihak tertentu telah menjual benih anggur pelangi kepada umum. Ia merupakan satu penipuan kerana semua anggur berupa pelangi akan memiliki warna sama setelah mencapai tahap matang. Sebab itulah kenapa kita tidak pernah melihat ia dijual di mana-mana pasar raya sejak dahulu lagi.
Sumber Artikel : Majalah Infiniti November 2014.
Sumber Gambar :
Last edited by bianglala on 24-10-2014 07:02 AM
subhanallah.. cantiknya... cantik nya.. berwarna warni..:loveliness: Oh nnti anggur ni akan jdk wana sekata jgk akhirnya intan_smsb posted on 25-10-2014 08:17 PM static/image/common/back.gif
Oh nnti anggur ni akan jdk wana sekata jgk akhirnya
klu bior lagi lama, dia jadi mcmni.. :loveliness:
http://i793.photobucket.com/albums/yy215/le_blues/xpdc/D70_8426Z_zpse5b2f6eb.jpg
ip_lepat posted on 26-10-2014 12:45 AM
klu bior lagi lama, dia jadi mcmni..
Ni da jadik air anggur :'( intan_smsb posted on 26-10-2014 09:19 AM static/image/common/back.gif
Ni da jadik air anggur
sedap tu.. hang kena try :lol:
ip_lepat posted on 26-10-2014 02:09 PM
sedap tu.. hang kena try
Baik iols minum ribena je.. jus anggur :$ intan_smsb posted on 26-10-2014 02:12 PM static/image/common/back.gif
Baik iols minum ribena je.. jus anggur
citttt... tu budak2 punya minuman :lol:
ip_lepat posted on 26-10-2014 05:05 PM
citttt... tu budak2 punya minuman
Mohon belanja air grape 1 cawan :$;P
Iceblended grape :drool3:
Kat cameron ade tak pokok anggur sedapnya buah anggur..lama tak makan..huhuu kat Malaysia pun dah banyak ladang anggur rasanya. jom pi jom. salah satu yang popular... Ladang Anggur Tasik Beris.
Kredit Gambar : Blog
http://4.bp.blogspot.com/-Nz0pQp6iw58/Uclf9O7vV1I/AAAAAAAAAJA/Ye4h5Qks9pM/s640/2.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-hIzLWTH96OE/Ucli2uRZ_vI/AAAAAAAAAJQ/SJFB_y7pjuo/s640/3.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-clNMzhIsFcQ/Uclm8O2EOSI/AAAAAAAAAKY/XHxDHYzOVN4/s640/grape.jpg mcm rasa nk tanam depan rumah aja cantiknyaaaa ip_lepat posted on 26-10-2014 12:45 AM static/image/common/back.gif
klu bior lagi lama, dia jadi mcmni..
kaler cam air bandung..:)
bianglala posted on 28-10-2014 11:54 AM static/image/common/back.gif
kat Malaysia pun dah banyak ladang anggur rasanya. jom pi jom. salah satu yang popular... Ladang Ang ...
bestnya...tasik beris kat mana lala?
hehehe..dah terjah sini pulak:lol:
Ipo posted on 12-12-2014 09:21 AM static/image/common/back.gif
bestnya...tasik beris kat mana lala?
hehehe..dah terjah sini pulak
dekat Sik, Kedah. :loveliness: bolehlah pi jalan-jalan.
kalu pegi ladang anggur kat sik tu pun rasa geram nk ngap buah anggur die..
walaupun buah x gemok2 sgt
tp bila dia dok segugus tu,geram je tgk...
Pages:
[1]