Mr.Stutter Publish time 22-10-2014 06:13 PM

MASALAH GAGAP YANG MENGANGGU HIDUPKU..

Assalamualaikum..di sini aku ingin menceritakan satu masalah besar yg amat mganggu hidupku dr kecil hinggalah dewasa..aku seorang yg GAGAP dr kecil..mgkin bg sesetengah org mereka mganggap gagap ni sbgai sesuatu yg kelakar dan jd bahan ejeken org..tp PERCAYALAH..jika anda seorang yg peramah tiba2 ditakdirkan anda jd gagap,msti anda rasa mcm nk bunuh diri je..itulah yg sy lalui selama ini..betapa peritnye dr kecik selalu diajuk,diejek, diketawakn,diperlekehkan,diperbodohkn dan ada sesetengah org plak lgsg buat x dgr je mase aku cakap..mgkin meluat kot..dgr aku ckap gagap..pedihnye hnya Allah je yg tahu..bila dr kcik asyik kena mcm ni,bila besar timbul plak 1 lg masalah yg amat besar..iaitu aku jd x blh nk bergaul dgn org..smpi nk keje pun x blh sbb x 'masuk kepala' dgn org len..asyik tukar kerja je..dh lbih 30 kali tukar kerja stakat ni..padahal umur br 28 thn..duit pun x da la bila kerja x tetap..mcm2 masalah yg menimpa aku bermula dr GAGAP ni..Ujian sgguh buat hambaMu ini Ya Allah..kuatkanlah hambaMu ini..sbb tu aku ckp gagap ni bkn prkara yg main2..bkn prkara yg blh dipandang remeh..sesiapa yg selalu duk ejek dan permainkan org gagap ni aku harap Allah bg balasan yg setimpal kat mereka..1 lg,kalu korang jumpa org yg nmpk pendiam dan x nk brgaul dgn org jgn korang mudah mghukum dia kata sombong la kera sumbang la apa la..mgkin org tu ada masalah mcm aku..atau prnah mgalami masa silam yg perit mcm aku..aku sndri sbnrnya trlalu ingin nk brkwn dgn ramai org,nk berborak ramah bagai..pendek kata nk bermasyarakat mcm org len jgk la..nk hidup pnuh keceriaan..tp apakan daya aku..aku hanya insan yg lemah..aku nk minta pendapat korang la bgaimana aku nk mgatasi masalah aku ni..atau tlg rekemen aku sesuatu krja yg aku x prlu byk jmpa org..sekian..wassalam.. Last edited by Mr.Stutter on 22-10-2014 07:40 PM

edee_91 Publish time 22-10-2014 06:22 PM

tumpang simpati. masa kau interview kerja macam mana pulak interviewer layan kau? :o

edee_91 Publish time 22-10-2014 06:23 PM

setakat ni aku tak pernah lagi jumpa perempuan yang gagap. kenapa mesti lelaki je?

wds Publish time 22-10-2014 06:35 PM

Jom berkawan dgn aku. Aku tak kisah pun ko gagap ke tak. Yang penting ko kene jujur dan ikhlas la. Aku leh ajarkan ko IT seperti assemble/disassemble computer atau uruskan unmanaged dedicated server Linux (CenTOS, CloudLinux, WHM/CPanel, Nameserver, Domain, Hosting dan sebagainya). Tambahan pulak aku mmg tngh mencari member untuk buat bisnes sebagai hosting provider.

Pasal modal ko xyah risau sebab aku keluarkan semua. Aku nak ko jadi IT support je. Ko tak perlu jumpa orang atau bercakap dgn orang. Ko cuma handle ticket dari customer dan tolong renew dedicated server aku dari masa ke semasa. Amacam?...

sjnkishka Publish time 22-10-2014 06:46 PM

Bro, kuatkan hati, semoga dipermudahkan segala urusan dan apa yg ko cari dlm hidup :)

Mr.Stutter Publish time 22-10-2014 06:49 PM

edee_91 posted on 22-10-2014 06:23 PM
setakat ni aku tak pernah lagi jumpa perempuan yang gagap. kenapa mesti lelaki je?

mmg la..sbb 7/10 dr org gagap adalah lelaki..aku keje kilang je byk dl..interview biase2 je la..aku pnh interview keje kerajaan..tp x dpt..hmmm..

akuanakpahang Publish time 22-10-2014 06:49 PM

Gagap kena lawan..macam mana pun kita kena biasa bercakap dgn sesiapa sahaja... seandainya ada satu dua perkataan kita gagap nak sebut ingatkan kembali dan cuba lepaskan ditempat tiada org yang mendergarnya... lama kelamaan mungkin penyakit gagap boleh berkurangan.

Mr.Stutter Publish time 22-10-2014 06:52 PM

wds posted on 22-10-2014 06:35 PM
Jom berkawan dgn aku. Aku tak kisah pun ko gagap ke tak. Yang penting ko kene jujur dan ikhlas la. A ...

Trima kasih sbb prihatin..ko duk mane wds?aku duk alor star la..aku blajar stakat SPM jer x de bsic komputer lgsg blh ke?

edee_91 Publish time 22-10-2014 06:55 PM

Terdapat beberapa cara untuk menghilangkan penyakit gagap antaranya ialah:

1. Membaca dengan suara kuat
Latihan membaca dengan suara kuat boleh membantu mengatasi gagap. Latihan ini secara tidak langsung dapat memberikan seseorang waktu untuk berkonsentrasi pada pengucapannya.
Latihan ini juga memberikan nilai tambahan dengan membantu meningkatkan kosa kata, sehingga memberikan kemampuan untuk mengganti kata-kata yang sulit menjadi lebih sederhana.

2. Tarik nafas dalam-dalam
Jika gagap adalah stres, maka menarik nafas dalam-dalam boleh membantu mengurangkan stres. Latihan pernafasan boleh membantu menenang dan mengurangkan tekanan.

3. Berjumpa dengan pakar
Jika tidak mampu mengatasinya sendiri, cubalah untuk mencari bantuan profesional. Doktor atau kaunselor akan memberikan program-program yang harus dilalui untuk menghentikan gagap.
Berusaha untuk menghentikan gagap bukanlah satu hal yang boleh berjaya dalam waktu satu malam saja. Kesabaran adalah sangat perlu dalam menangani masalah gagap ini.

4. Berfikit secara positif
Pemikiran ini merupakan salah satu hal yang penting, kerana dengan berfikiran positif boleh memberikan keberanian dalam mengatasi kesulitan bercakap dan membantu mencapai tujuan. Hal lain yang penting untuk diingat adalah ramai orang yang boleh bebas dari masalah gagap dengan berfikiran positif.

5. Mengidentifikasi penyebabnya
Meskipun terlalu sulit menentukan penyebab berlakunya gagap, tapi dengan mengidentifikasi pola yang dialami boleh membantu seseorang mengatasi gangguan ini. Untuk mengatasinya cubalah berlatih artikulasi kata ketika sedang bersendirian dengan menggunakan bantuan cermin.

6. Berbicara secara perlahan
Teknik ini adalah salah satu kaedah yang dipraktikkan untuk menghentikan gagap. Dengan berbicara secara perlahan akan membantu seseorang membentuk kata-kata dalam fikirannya, sehingga boleh mengurangi stres dan dapat mengucapkan kata dengan betul.
Jika cara ini sering dilakukan, maka lama kelamaan frekuensi gagap akan semakin menurun dan boleh berbicara lebih lancar dan cepat.

selamat mencuba.

credit to - blogammar.com

shernazz Publish time 22-10-2014 06:55 PM

Orang kata kalo ggaap ni kene lempang kuat kuat..btol ke?

Aku ade sorang kawan..masa kecik dia gagap..nak tunggu dia cakap..mmg ko boleh habis ptg bawang dua bijik la..
Tp sejak dia umur belasan tahun..gagap dia hilang..mcm tu je..dia cuba cakap normal mcm kita..akhirnya boleh..

Ko kene yakin dalam diri..kalo ramah sgt pon xelom gak..banyak gossip umpatan dan lagha bagai bagai kan..
Cuma ko kene cr keje yang xperlu bedepan dgn orang sgt..kekadang orang mmg suka gelakkan kekurangan org lain..sebab dia rasa dia srmputna sgt

wds Publish time 22-10-2014 06:57 PM

Mr.Stutter posted on 22-10-2014 06:52 PM static/image/common/back.gif
Trima kasih sbb prihatin..ko duk mane wds?aku duk alor star la..aku blajar stakat SPM jer x de bsi ...

Kelulusan tak penting bagi aku sebab aku pun spm gak. Belajar komputer ni senang je. Tak susah pun. Tapi jauhnya gak tempat tinggal ko. Aku tinggal Klang Selangor. Xde sedara mara kat Selangor ke?...

edee_91 Publish time 22-10-2014 06:59 PM

shernazz posted on 22-10-2014 06:55 PM static/image/common/back.gif
Orang kata kalo ggaap ni kene lempang kuat kuat..btol ke?

Aku ade sorang kawan..masa kecik dia g ...

tang ni betul gak sebenarnya. :lol:
mak aku pernah cerita yang arwah adik dia (merangkap pak sedara aku) masa kecik2 gagap. satu hari tu mak dia (merangkap arwah nenek aku) lempang kuat2, terus elok. :lol:

edee_91 Publish time 22-10-2014 07:01 PM

betul, belajar komputer tak perlu sampai macam nak ambil diploma degree kejadah semua tu.

edee_91 Publish time 22-10-2014 07:03 PM

Mr.Stutter posted on 22-10-2014 06:49 PM static/image/common/back.gif
mmg la..sbb 7/10 dr org gagap adalah lelaki..aku keje kilang je byk dl..interview biase2 je la..ak ...

aku pun pernah interview kerajaan untuk jadi pegawai imigresen. tak lepas pasal rabun. :'(

edee_91 Publish time 22-10-2014 07:08 PM

nah, satu gambar kelakar untuk hiburkan TT yang sedang berduka lara.
https://lh3.googleusercontent.com/-6jTSI6UApA8/VD0rmMENTSI/AAAAAAABlME/as61Q3UOres/w506-h378/a1ZRLE6_460sa_v1.gif

Mr.Stutter Publish time 22-10-2014 07:09 PM

shernazz posted on 22-10-2014 06:55 PM
Orang kata kalo ggaap ni kene lempang kuat kuat..btol ke?

Aku ade sorang kawan..masa kecik dia g ...

aku pun mmg ada dgr org kata kena lempang org gagap masa dia ckp..tp teknik tu hnya sesuai utk bdk2 je la..dh dewasa mcm aku x sesuai dh..bkn apa,tkut aku trkjut masa dia lempang aku tu,x pasal2 aku lempang dia blik..kang dia plak yg gagap..

arrowtotheknee Publish time 22-10-2014 07:11 PM

wds posted on 22-10-2014 06:35 PM
Jom berkawan dgn aku. Aku tak kisah pun ko gagap ke tak. Yang penting ko kene jujur dan ikhlas la. A ...

Bro, kalau tak silap aku, aku pernah baca kisah pahit duka maung kau kat bod CI. I feel sorry for what you've been through. You're one tough guy.

*sorry korang off topic.

KumbangPolkaDot Publish time 22-10-2014 07:12 PM

adik lelaki aku gagap jugak sikit2..kecik2 dulu teruk gak
bila besar ni kalau cakap ngan kitorang yang family dia ni, dia gagap, kalau cakap ngan kawan2 dia lancar macam air ;P
anyway, aku selalu pesan kat adik laki tu, nak cakap tu, kalau start nak gagap, diam dulu tarik nafas, bertenang then baru cakap balik..sebab aku rasa dia jadi gagap tu sebab dia nak cakap sumthing tapi dalam keadaan gopoh gitu kan :laugh3:

tapi bagi aku, aku kurang setuju kalau orang cakap kena lempang orang gagap untuk bagi dia lancar bercakap..kesian owh ;P

KumbangPolkaDot Publish time 22-10-2014 07:14 PM

edee_91 posted on 22-10-2014 07:08 PM static/image/common/back.gif
nah, satu gambar kelakar untuk hiburkan TT yang sedang berduka lara.

kekeke..lawak nya nenek tu ;P;P

Mr.Stutter Publish time 22-10-2014 07:16 PM

edee_91 posted on 22-10-2014 06:55 PM
Terdapat beberapa cara untuk menghilangkan penyakit gagap antaranya ialah:

1. Membaca dengan suar ...

trima kasih edee_91..sbb prihatin..trima kasih sume sbb bg komen yg membina..
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8
View full version: MASALAH GAGAP YANG MENGANGGU HIDUPKU..


ADVERTISEMENT