Akulah7E. Publish time 15-10-2014 03:20 PM

Nelayan Singapura Tertangkap Makhluk Aneh

SEJENISmakhluk aneh umpama timbunan cacing atau sotong ditemui nelayan pantai dalam Singapura baru-baru ini.Ong Han Boon, 54 ketika itu berada di lokasi penangkapan ikan yang digemarinya iaitu di kawasan Pulau Sentosa dengan harapan memperoleh hasil lumayan.

Sementara menunggu pukatnya dipenuhi tangkapan, dia berehat sambil menikmati minuman di botnya apabila dikejutkan dengan pergerakan pada pukatnya.

"Saya dapat mengesan ada sesuatu yang menyebabkan tali pukat itu bergerak dan sebaik menariknya keluar dari air, saya terkejut dengan apa yang saya lihat.

Makhluk itu kelihatan mempunyak hampir 100 sesungut umpama tangan seperti sotong atau tapak sulaiman yang bergerak-gerak.

"Saya pernah beberapa kali menemui sesuatu yang pelik, tetapi bukan dari laut. Bagaimanapun, makhluk seperti ini memang tidak pernah saya lihat sebelum ini.

"Ia kelihatan seperti alien atau mutan," katanya.

Han Boon memuatnaik video makhluk aneh itu dengan harap ada pihak yang akan tampil memaklumkan apa sebenarnya yang masuk ke pukatnya itu.

"Saya sudah bertanya kawan-kawan tetapi tiada sesiapa yang tahu, manakala pencarian menerusi Internet juga belum mendapat sebarang jawapan.

"Jadi, jika tiada siapa yang dapat memberitahu apa sebenarnya yang saya tangkap, mungkin ia makhluk asing atau saya menemui spesis mutan hidupan laut," katanya.

Akulah7E. Publish time 15-10-2014 03:21 PM

BRVbv_f9oXs

melissa~~ Publish time 18-12-2014 02:58 PM

ish pelikla..nampak macam rumpai je..

MokChu Publish time 19-12-2014 09:57 PM

melissa~~ posted on 18-12-2014 02:58 PM static/image/common/back.gif
ish pelikla..nampak macam rumpai je..

aha... cam rumpai...

qqbeh Publish time 2-1-2015 06:01 PM

Macam rumpai air laaa... Mungkin spesis yang tak pernah ditemui...

fai00 Publish time 7-1-2015 10:01 AM

Tak tahu mcm mana nak mengambarkannya.. cam rumpai air yang sudah jadi batu

cpixie Publish time 17-1-2015 10:21 PM

setuju dengan yang lain. macam rumpai yang dah kering.
Pages: [1]
View full version: Nelayan Singapura Tertangkap Makhluk Aneh


ADVERTISEMENT