wipers81 Publish time 20-10-2014 03:41 PM

Zamzam2013 posted on 20-10-2014 03:37 PM static/image/common/back.gif
hahahaha... biarlah rahsia... ... ala paham2 sendirlah...

Kan. Malas nak gambarkan satu-satu.

Esmiria Publish time 20-10-2014 03:51 PM

wipers81 posted on 20-10-2014 07:32 AM static/image/common/back.gif
tak adalah sesedap mana. Biasa-biasa aje Esmiria. Cerita adik, lagi ramai yang baca berbanding cer ...

klo org ramai baca..oh indahnya..tpi tengok thread ipo merioh..hihihi



Tpi untunglah dpt buat gaya penulisan begini. :D

wipers81 Publish time 20-10-2014 03:53 PM

Esmiria posted on 20-10-2014 03:51 PM static/image/common/back.gif
klo org ramai baca..oh indahnya..tpi tengok thread ipo merioh..hihihi




@Ipo

Ipo dah terkenal dalam forum ni. Peminat, ramai tu. Akak ni, penulis yang tiada nama. Hehehe, karya pun tunggang-langgang. Cerita pun entah apa-apa.

Esmiria Publish time 20-10-2014 03:56 PM

wipers81 posted on 20-10-2014 07:53 AM static/image/common/back.gif
@Ipo

Ipo dah terkenal dalam forum ni. Peminat, ramai tu. Akak ni, penulis yang tiada nama. Heh ...

seme penulis dlm forum ni, sangat humble. suka. :D

jgn lupa update...masukkan unsur bunuh mesti bez..hihi

Zamzam2013 Publish time 20-10-2014 03:57 PM

wipers81 posted on 20-10-2014 03:53 PM static/image/common/back.gif
@Ipo

Ipo dah terkenal dalam forum ni. Peminat, ramai tu. Akak ni, penulis yang tiada nama. Heh ...

saya lagilah tak glamor bab menulis... tp bab member komen bolehlah...:lol:

wipers81 Publish time 20-10-2014 04:08 PM

Esmiria posted on 20-10-2014 03:56 PM static/image/common/back.gif
seme penulis dlm forum ni, sangat humble. suka.

jgn lupa update...masukkan unsur bunuh mesti ...

Erk, tercekik air liur akak baca komen kau dik.

Pemikiran akak tak boleh sampai ke tahap bunuh-membunuh ni. Nak ketuk anak lipan pun menggigil tangan, nikan nak membunuh.
Buat sementara ni, akak suka dengan apa yang akak tulis.

Tengok cerita KUCH KUCH HOTA HAI tak? Filem tu SUPER DUPER HIT tau. Tak ada langsung babak bunuh-membunuh apatah lagi babak bergaduh yang 'disyum sana sini'. Tapi filemnya meletop-letop dan sampai sekarang tak ada lagi filem lain yang boleh menandinginya.

Satu lagi, penyanyi ADELE. Akak tak pernah tengok lagi dia pakai seksi macam LADY GAGA or CHRISTINA. Album dia, kebabomm aje. Siap menang banyak anugerah lagi.

Zamzam2013 Publish time 20-10-2014 04:10 PM

wipers81 posted on 20-10-2014 04:08 PM static/image/common/back.gif
Erk, tercekik air liur akak baca komen kau dik.

Pemikiran akak tak boleh sampai ke tahap bunuh- ...

betul tu sis... tak semua penonton atau pembaca sukakan keganasan... cuba fikir sejenak... sebab apa Indian movies selalu buat penggambaran kt tempat2 yg cantik?

Esmiria Publish time 20-10-2014 04:19 PM

Zamzam2013 posted on 20-10-2014 08:10 AM static/image/common/back.gif
betul tu sis... tak semua penonton atau pembaca sukakan keganasan... cuba fikir sejenak... sebab a ...

Memang betul. Len org len citarasa. De yg suka cter cinta. de tak suka cter tipikal dan nak kelainan.

Sememangnya tuhan ciptakan kita semua tak sama citarasa. hahaha

Esmiria Publish time 20-10-2014 04:20 PM

wipers81 posted on 20-10-2014 08:08 AM static/image/common/back.gif
Erk, tercekik air liur akak baca komen kau dik.

Pemikiran akak tak boleh sampai ke tahap bunuh- ...

Lady gaga is hot! i love her!

wipers81 Publish time 20-10-2014 04:25 PM

Esmiria posted on 20-10-2014 04:19 PM static/image/common/back.gif
Memang betul. Len org len citarasa. De yg suka cter cinta. de tak suka cter tipikal dan nak kelain ...

Tahu pun.

Adik, apa kata masa nak tulis komen kalau boleh jangan guna perkataan singkatan. Kalau adik nak jadi penulis, latihan sebegini sangat membantu. Dialek daerah atau negeri jangan guna sangat. Di dalam dialog, boleh diguna tapi kalau terlalu 'pekat' loghatnya orang tak faham pula.
Di dalam naratif, sangat digalakan supaya menggunakan perkataan seperti"

je= saja/sahaja
gi= pergi.
len= lain.

Berlatih gunakan perkataan seumpama itu dik.

Zamzam2013 Publish time 20-10-2014 04:27 PM

wipers81 posted on 20-10-2014 04:25 PM static/image/common/back.gif
Tahu pun.

Adik, apa kata masa nak tulis komen kalau boleh jangan guna perkataan singkatan. Kal ...

itulah yang seeoloknya wahai sis... bahasa jiwa bangsa...

Esmiria Publish time 20-10-2014 04:29 PM

wipers81 posted on 20-10-2014 08:25 AM static/image/common/back.gif
Tahu pun.

Adik, apa kata masa nak tulis komen kalau boleh jangan guna perkataan singkatan. Kal ...

yerlah kok..

hihihi..thnx!!

wipers81 Publish time 20-10-2014 04:31 PM

Esmiria posted on 20-10-2014 04:29 PM static/image/common/back.gif
yerlah kok..

hihihi..thnx!!

Tengok, dia tulis lagi macam tu. :lol:

Nicki_Meow Publish time 20-10-2014 04:35 PM

wipers81 posted on 20-10-2014 04:08 PM static/image/common/back.gif
Erk, tercekik air liur akak baca komen kau dik.

Pemikiran akak tak boleh sampai ke tahap bunuh- ...

:lol:

Tergelak sendiri baca ni.

Saya silent reader. And will always be your supporter dalam diam. Baca gaya bahasa wipers, boleh cair dibuatnya.

*Sila jangan marah sebab saya memang suka guna bahasa santai + english terabur sana sini. ;P

Zamzam2013 Publish time 20-10-2014 04:37 PM

Nicki_Meow posted on 20-10-2014 04:35 PM static/image/common/back.gif
Tergelak sendiri baca ni.

Saya silent reader. And will always be your supporter dalam...

semua penulis di ruangan ini adalah seorang yang sangat berbakat... no argue about that...{:1_152:}

Esmiria Publish time 20-10-2014 04:38 PM

Nicki_Meow posted on 20-10-2014 08:35 AM static/image/common/back.gif
Tergelak sendiri baca ni.

Saya silent reader. And will always be your supporter dalam...

gaya penulisan akak nicki, apa kurangnya..hihi

Esmiria Publish time 20-10-2014 04:39 PM

Zamzam2013 posted on 20-10-2014 08:37 AM static/image/common/back.gif
semua penulis di ruangan ini adalah seorang yang sangat berbakat... no argue about that...{:1_152: ...

sokong!!! :D :D :D :D :D :D :D :D

wipers81 Publish time 20-10-2014 04:43 PM

Nicki_Meow posted on 20-10-2014 04:35 PM static/image/common/back.gif
Tergelak sendiri baca ni.

Saya silent reader. And will always be your supporter dalam...

Nicki_Meow. Cuba juga buat gaya santai tambah English sikit, tak masuklah.

Kena gelak dengan kawan, katanya 'tak kena dengan kau gaya macam tu'.
Tu yang olahan ayat saya jadi macam sekarang. Nak buat lagi sastera, pening pula kepala pembaca nanti.


wipers81 Publish time 20-10-2014 05:19 PM

Bab 5... part 1



“Jom mancing!”
Ajakan yang muncul tiba-tiba itu mengejutkan Safa Hawani yang sedang mengelek bakul berisi baju yang baru dibasuh. Mujur tidak dibaling pemuda itu dengan bakul.
“Dah tak reti nak bagi salam ke wahai muslimin?”
“Ops, terlupa.” Sengihan dilebarkan.
“Kau nikan Iqbal, tak ada kerja lain ke? Pagi-pagi buta dah muncul kat pintu dapur rumah aku. Apa, pintu depan rumah aku pun kau dah tak kenal ke?” Dalam keadaan begitu, oktaf suaranya menjadi tinggi rendah.
Ahmad Iqbal menyegih, “janganlah marah. Dah aku nampak kau kat sini, tu yang aku ke sini. Nak tak, petang ni kita mancing?” ajaknya lagi. Kening, macam biasa, dijongket berkali-kali.
Safa Hawani mencebik. Ahmad Iqbal, selalu sangat buat muka perasan cute macam tu kalau mahu memujuknya dan dia pula... ‘ada aku kisah?’
“Malaslah,” dia menjawab.
“Alah, jomlah. Bosan tau asyik memerap aje kat rumah. Nak mengadap buku, kita dah habis SPM. Jomlah Safa. Kalau kau ada sama mesti best,” mendayu-dayu suara lelakinya itu. Elok saja tangannya menyambar hujung lengan baju gadis itu lalu ditarik-tarik lembut.
Bulat mata Safa Hawani memandang Ahmad Iqbal. “Kau nikan Iqbal, nak cakap, cakap ajelah. Tak payah nak tarik-tarik lengan baju aku ni. Aku lesing karang,” gaya mahu melesing dibuat Safa Hawani.
Cepat-cepat Ahmad Iqbal melepaskan hujung lengan baju Safa Hawani. Tidak perasan pula dia berkelakuan begitu.
“Eleh, bukan aku pegang tangan kau pun,” dia menjuih mulut.
Last edited by wipers81 on 20-10-2014 05:21 PM

Zamzam2013 Publish time 20-10-2014 05:25 PM

wipers81 posted on 20-10-2014 05:19 PM static/image/common/back.gif
“Jom mancing!”
Ajakan yang muncul tiba-tiba itu mengejutkan Safa Hawani yang sedang mengelek...

gedik2 manja sangat si iqbal ni... :lol:
Pages: 1 2 3 4 [5] 6 7 8 9 10 11 12 13 14
View full version: *~{NOVEL}~*: CINTA ini, tak seindah biasa. (U) Bab 13... OH YEAH


ADVERTISEMENT