mamarilia Publish time 9-10-2014 04:42 PM

Nak migrate ke UK

ni di copy-paste dari seorang teman FB pada yg berminat nak migrate ke UK.
*UKBA dah tak ada ye.. ganti UKVI
https://www.gov.uk/government/organisations/uk-visas-and-immigration

----------------------------------------------------


Anuar Majid
7 October at 21:38 · Edited ·




Kepada kawan-kawan saya yang banyak bertanya tentang cara berkerja dan menetap di UK, disini saya huraikan sedikit sebanyak tentang cara-caranya. Selamat mencuba.Cara-cara menetap atau berkerja di UK.
________________________________________1.Jikalau ayah atau ibu, dan juga datuk atau nenek anda mempunyai Sijil Kelahiran British - maka anda mempunyai peluang untuk menetap di UK. Biasanya Sijil Kelahiran ini hanya terdapat di bawah Pemerintahan British dibawah Negeri-negeri Selat sebelum Kemerdekaan tahun 1957. Negeri-negeri yang terlibat ialah Singapura, Melaka dan P.Pinang. Perkara ini di panggil 'Right of Abode'.2.Mempunyai simpanan 1 juta Ringgit bersamaan £200 ribu Pounds. Perkara ini teramatlah payah kecuali jika kita mempunyai simpanan yang besar. Tetapi anda, isteri anda dan anak-anak anda yang berumur 16 tahun ke bawah, boleh tinggal disini dengan mudah. (Berbanding dengan Australia pula, anda wajib menyediakan 6 juta Ringgit - bermakna 6 kali ganda berbanding UK).3. Belajar sambil mencari peluang pekerjaan : Jikalau anda belajar disini umpamanya mengambil Master atau Phd, anda boleh juga mencari peluang perkerjaan disini. Tetapi pihak Majikan wajib mengeluarkan Work-Permit untuk anda. Dengan Work-Permit ini anda sekeluarga boleh menetap, berkerja dan belajar di sini. Selepas 5 tahun, anda boleh memohon PR (Permanent Resident) di UK.4.Memohon kerja secara On-Line : Anda boleh mencari kerja di sini dengan pergi ke Website UK, dan pastikan Majikan tersebut mengeluarkan Work-Permit untuk anda. Kebiasaannya Majikan enggan membayar Work-Permit untuk anda, tetapi anda boleh membayarnya sendiri kerana ianya terlalu murah.5. Perkahwinan : Jikalau bakal isteri atau suami anda seseorang yang mempunyai PR (Permanent Resident) di UK, atau Warga negara British atau pun Warga negara EU di UK, anda boleh tinggal dan berkerja di UK. Kebiasaannya anda akan di beri 5 tahun Visa atau dipanggil 'Visa for Spouse' dan selepas itu anda akan di beri PR (Permanent Resident) di UK dan anda boleh tinggal dan berkerja disini untuk selama-lamanya.# Sila masuk ke Website UKBA -Selamat Mencuba.
p/s. Undang-undang kadang-kala berubah, harap maklum.


------------------------------
ni tambahan :-
lagi 1 cara melalui work transfer. Kalau bekerja dengan International company, mohon untuk direlocate kan ke UK. akan dapat visa tier 2 ICT. Tapi visa ni ada cooling off after certain period. Orang India/Pakistan/non-commanwealth banyak guna cara ni utk masuk kerja di UK terutama bidang IT. bila dah dapat visa tier 2 ICT pulun cari kerja lain di UK.






yinfenglee Publish time 22-12-2014 11:40 AM

thank you for this post kak ,
finally i choose to further study, nak mintak transfer macam payah pulak ...

huhuh...

yinfenglee Publish time 22-12-2014 11:41 AM

Klu forumer lain ada info berkenaan experience migrate to UK please share..
klu segan nak share sila PM saya ..

thank you,

amazed=p/sivil Publish time 27-12-2014 10:56 AM




bole la try kalu ingin ke sana..

midori888 Publish time 9-4-2015 09:21 AM


yg option 2 tu, duit tu kita kena kekalkan dlm simpanan atau just to show them masa application jer, lps tu bole kuarkan dan guna?

aurorae Publish time 31-5-2015 10:38 AM

Errr ye ke nak tinggal di Australia kena ada simpanan 6 juta ringgit, ke ini untuk orang2 tua yang tak ada kelulusan atau skill apa2 kecuali duit je.

Famili aku akan migrate ke Australia, apply PR dari website immigration.Tak ada syarat simpanan apa pun, cuma kena lepas certain points je dan bayar certain fees.

mamarilia Publish time 5-6-2015 09:03 PM

midori888 replied at 9-4-2015 09:21 AM
yg option 2 tu, duit tu kita kena kekalkan dlm simpanan atau just to show them masa application je ...

maaf, tak tau detail pasal ni... mungkin boleh masuk website immigrationboards.com utk tanya detail.

mamarilia Publish time 5-6-2015 09:04 PM

aurorae replied at 31-5-2015 10:38 AM
Errr ye ke nak tinggal di Australia kena ada simpanan 6 juta ringgit, ke ini untuk orang2 tua yang t ...

wallahua'lam.. takde buat research detail pasal ni.. just copy & paste je info di atas utk dikongsikan...

lunalouvre Publish time 29-1-2020 10:59 AM

Salam Mama,

Sis kat UK ke sekarang? Nak tanya kalau ada plan untuk migrate ke UK, kena secure job Tier 2 visa dulu ke? Saya tengah survey lagi dan dalam dilema pulak antara UK, Canada, Australia and NZ. UK education wise untuk kids ok ke sis? Primary & secondary. kalau nak migrate ke UK, apa preparation yang kena ada? maksudnya dari segi living cost, healthcare, education mesti berbeza kan dengan Malaysia?

mamarilia Publish time 31-1-2020 09:46 AM

lunalouvre replied at 29-1-2020 10:59 AM
Salam Mama,

Sis kat UK ke sekarang? Nak tanya kalau ada plan untuk migrate ke UK, kena secure job ...

W'salam.Nak migrate kena dptkan kerja dulu dgn visa tier2. Ke canada pun ok rasanya. Dialu2kan foreigner datang. Tapi jauh sgt dgn malaysia. Education di UK ok je. Cumanya kena tau, england dan scotland, education berbeza sikit, qualification pun berbeza. Kena tau la apa yg sesuai. Education free. Nak migrate ke UK perlukan RM yg banyak jugak sebenarnya, visa dgn NHS kena bayar dulu. NHS fee tu yg banyak sgt.



Mimiechrist Publish time 20-2-2020 01:32 PM

Hi sis bagaimana mahu kerja kt uk.Sebb bakal tunang Org sana.(uk)kami berusaha mencari kerja tetapitidak mudah.sebab sa ada baca blog begitu Sukar sehingga kami tidak tahu nak buat apa.

mamarilia Publish time 26-2-2020 06:06 AM

Mimiechrist replied at 20-2-2020 01:32 PM
Hi sis bagaimana mahu kerja kt uk.Sebb bakal tunang Org sana.(uk)kami berusaha mencari kerja tetapi...

Bakal tunang British citizen ke?... Lepas kawin boleh apply spouse visa.

my_irina Publish time 16-6-2021 11:31 AM

Mama...i ollz tgh plan nak migrate....most probably area US...by the time umur dah cecah 40s...ok lg ke nak migrate?...knp la memuda dlu i ollz x migrate kan :lol:

None68 Publish time 20-6-2021 08:54 AM

my_irina replied at 16-6-2021 11:31 AM
Mama...i ollz tgh plan nak migrate....most probably area US...by the time umur dah cecah 40s...ok lg ...

Masih aktif ke bebenang lama ni?

ipes2 Publish time 21-6-2021 05:25 PM

None68 replied at 20-6-2021 08:54 AM
Masih aktif ke bebenang lama ni?

saya rasa tidak ada masaalah jika aktif kembali.
ini kerana, persoalan ini akan sentiasa disoalkan

juga, UK tidak lagi dalam EU dan hujung June ini, EU semua kena cakap nak ada extended stay atau keluar bila visa sudah habis
maka, org commonwealth macam malaysia akan dapat perhatian balik (utk mudah datang ke UK)

ipes2 Publish time 21-6-2021 05:35 PM

my_irina replied at 16-6-2021 11:31 AM
Mama...i ollz tgh plan nak migrate....most probably area US...by the time umur dah cecah 40s...ok lg ...

us lebih difficult
uk lebih mudah kerana kita commonwealth
philippines mudahlah ke us sebab the last country yg lepaskan mereka from colnial rule was the us

my_irina Publish time 21-6-2021 06:07 PM

ipes2 replied at 21-6-2021 05:35 PM
us lebih difficult
uk lebih mudah kerana kita commonwealth
philippines mudahlah ke us sebab the...

Ohhh begitu...u olls d UK ke? Ok lg ke 40s br me ollz migrate?...

None68 Publish time 21-6-2021 06:57 PM

ipes2 replied at 21-6-2021 05:25 PM
saya rasa tidak ada masaalah jika aktif kembali.
ini kerana, persoalan ini akan sentiasa disoalka ...

Ok baguslah mcm tu..

ipes2 Publish time 21-6-2021 07:00 PM

my_irina replied at 21-6-2021 06:07 PM
Ohhh begitu...u olls d UK ke? Ok lg ke 40s br me ollz migrate?...

ok je lah
i ada wrote something in thread ''Dr Amalina Pembelot..'' ke apa.
mudah je
nak atau tak nak sahaja

my_irina Publish time 21-6-2021 07:01 PM

None68 replied at 20-6-2021 08:54 AM
Masih aktif ke bebenang lama ni?

Hi u ollz jum la kite aktifkan benang ni semula...sesambil kite amik pengalaman n ilmu utk plan migrate
Pages: [1] 2
View full version: Nak migrate ke UK


ADVERTISEMENT