changa=famri7 Publish time 5-10-2014 04:08 PM

Ketam gergasi tarik perhatian


[*]http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.322681.1412342209!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_490/image.jpgPerbezaan saiz ketam harimau yang biasa yang ditangkap ddengan saiz ketam gergasi ditemui melekat dipukatnya.
< 1 / 1 >

TANJUNG PIANDANG - Seorang nelayan tempatan terkejut setelah menemui seekor ketam harimau bersaiz gergasi terperangkap di dalam pukat ikan miliknya sewaktu sedang menangkap ikan di Perairan Tanjung Piandang, di sini kelmarin.

Nelayan terbabit yang hanya dikenali Lim 35,berkata, dia terkejut menemui seekor ketam bersaiz luar biasa seberat 1.2 kilogram di dalam timbunan ikan dan udang yang dipukat sewaktu mengasingkan hasil tangkapan ke dalam bekas disediakan.

Teruja dengan penemuan itu, Lim segera mengasingkan ketam gergasi itu ke dalam sebuah bekas khas bagi membolehkannya kekal hidup untuk dipamerkan kepada rakan-rakan nelayan yang lain.

“Sejurus tiba di pelantar ikan di sini lebih kurang jam 1 tengah hari, saya segera memaklumkan kepada rakan nelayan mengenai ketam itu dan mereka amat terkejut dengan saiz ketam tersebut yang luar biasa.

“Mengikut cerita orang-orang lama, ketam harimau bersaiz gergasi itu pertama kali dilihat mereka sepanjang pengalaman turun ke laut seumur hidup mereka.

“Mereka turut mendakwa penemuan ketam itu mungkin memberi petanda kepada nelayan-nelayan di sini bahawa ada sesuatu perkara baik bakal berlaku kepada mereka kelak,” katanya sewaktu ditemui media di sini semalam.

Lim berkata, berita penemuan ketam gergasi mendapat perhatian luas warga nelayan kawasan Kuala Kurau dan Tanjung Piandang sehinggakan sebuah alat penimbang dan alat pengukur dibawa bagi menentukan ketepatan ukuran saiz dan berat ketam itu.

“Apabila disukat, berat ketam gergasi itu adalah 1.2 kilogram manakala panjang setiap satu penyepitnya adalah 33 sentimeter.

“Menurut keterangan nelayan di sini, purata berat ketam yang sering ditangkap adalah sekitar 300 hingga 400 gram, namun penemuan ketam ini adalah paling luar biasa bagi mereka.

“Pelbagai andaian dan spekulasi diterima saya sepanjang penemuan ketam itu. Namun bagi saya, tangkapan itu hanya sekadar kebetulan dan saya yakin masih banyak hidupan laut luar biasa yang belum ditemui manusia setakat ini,” katanya.

Lim berkata, di sebalik desakan menjual ketam itu, dia mengambil keputusan untuk melepaskannya kembali ke laut lepas kerana beranggapan haiwan itu adalah ‘istimewa’.

“Banyak orang menawarkan sejumlah harga lumayan kepada saya untuk membeli ketam itu.

“Namun, kepercayaan saya bahawa ketam ‘gergasi’ itu adalah makhluk ‘istimewa’ di sisi tuhan dan saya memutuskan untuk melepaskannya kembali demi mendapat rezeki lebih banyak pada masa hadapan,” katanya.


bellaa Publish time 5-10-2014 08:09 PM

ni bapak ketam...

payatengang Publish time 5-10-2014 09:36 PM

ketam xper..jangan ketum sudah..;P

AyamHutanJantan Publish time 9-10-2014 03:33 PM

dia pnya corak memang salib ekh..

kejoraria Publish time 16-10-2014 04:05 PM

ketam ni mesti isinya liot.....sbb dah idup lama......:$
Pages: [1]
View full version: Ketam gergasi tarik perhatian


ADVERTISEMENT