ISTRIMITHALI Publish time 1-10-2014 03:22 PM

[Novel] Angin Yang Lalu (TAMAT)

Edited by ISTRIMITHALI at 18-3-2015 10:33 AM

Assalamualaikum..

saya ingin menyampaikan sebuah cerita...

Kisahnya bermula di sini:

~BAB 1~

"Qina.. ingat tau malam ni kite nak surprise sapa?" kata Hani

"ingat mama.. kite nak surprise kan abah" kata Qina

Hani sangat bersyukur kerana dikurniakan seorang anak yang memahami dan mengikut katanya walaupun masih berusia tiga tahun.. Pada malam ini, Hani berniat untuk beri kejutan kepada suaminya sempena hari ulangtahun mereka yang ke empat. Hani telah memberitahu rancangan nya untuk pulang ke kampung bersama anak nya kepada Adam pada petang itu kerana ibunya sudah rindu teramat dengan cucunya yg seorang itu.
Memang kebiasaan Hani akan pulang ke kampung bersama anak nya sahaja kerana Adam selalu pulang lewat dari tempat kerja nya, katanya untuk buat 'over time'

Malam itu, terdengar bunyi grill pintu dibuka...

Hani bersama Qina cepat-cepat menyembunyikan diri dan mereka memang sudah bersedia awal-awal dengan mengunci pintu, dan menutup lampu..
Semasa pintu grill dibuka, Hani terdengar bunyi pintu diiringi hilai tawa manja seorang perempuan. Hani tidak mahu percaya, dan dia memberi tanda diam kepada anak nya, dan menjenguk apa yang terjadi di ruang tamu rumah mereka. Luluh hatinya bila terlihat Adam bersama seorang perempuan sedang berpelukan yang macam dikenali kerana pernah terlihat di hari 'Family Day' tempat kerja Adam. Hani tidak dapat mengeluarkan apa-apa kata dan Qina terus melulu ke arah ayah nya tetapi dia masih samar-samar dengan apa yang dia lihat.. kerana lampu tidak dibuka walaupun ayahnya sudah masuk ke rumah.

Terus Qina memanggil ayah nya.. "Abah.. abah buat apa tu?, kenapa tak buka lampu?, gelap lah" Adam terkejut dan perempuan itu terus meleraikan pelukan. Hani terus membuka lampu. Terlihat air mata yg mencurah curah di pipi Hani..

"Abah, sapa ni?? tak bagitau pun nak bawa tetamu.. mama dah masakkan untuk abah.. banyaakk.. tak sabar nak makan siap ade kek lagi.. mama buat sendiri..." terus Qina menarik tangan abah nya ke meja makan dan menunjukkan makanan yang telah di sediakan oleh ibunya.. Diatas meja makan tertulis 'RESERVED-OUR ANNIVERSARY"

"Abah.. Qina nak sumi tu.. tolong bukakkan untuk Qinaaa.." rengek Qina yang tidak faham situasi yang berlaku. Hani terus memeluk Qina sambil mendukung, dan menguatkan diri dengan sepenuh hati untuk keluarkan kata-kata

"Abang makan lah semua makanan tu, syg buat untuk abg.. Sayang balik kampung malam ni..minta izin" Sambil memandang Adam yang terkelu, Hani terus beredar dan mencapai sedikit sumi untuk Qina..

"Mama... nak kek tu.." rengek Qina

"Ok ok, nanti kita berkemas kejap, nanti ibu bungkuskan ya"

Last edited by ISTRIMITHALI on 28-11-2014 09:13 AM

BellExOra Publish time 1-10-2014 03:33 PM

baru 1st page da asesdey... smbungan plz TT

AisyDani13 Publish time 1-10-2014 03:34 PM

:mad: tidak!!!!!!!! Adam please say something :'(


TT:NEXT {:1_152:}

kumi9609 Publish time 1-10-2014 03:41 PM

sedeyyyyyy giler.... sila sambung... lekuk ko nanti

AisyDani13 Publish time 1-10-2014 03:45 PM

TT:{:1_152:}

Novel @ Cerpen? #sekadarbertanya

babypurple Publish time 1-10-2014 03:45 PM

:) tumpang lalu dulu

ISTRIMITHALI Publish time 1-10-2014 04:29 PM

Sesampainya di bilik, Hani terus mengunci pintu dari dalam.

Dia harus kuat untuk Qina tetapi Hani tidak dapat menahan dan terus membelek pakaian yang ingin di bawa ke kampung.

"Mamaaa.. kita nak pergi mana nii.. Qina nak makan sama2 dgn abah" kata Qina

"Qinaa... kalau Qina nak makan dgn abah, Qina pergilah, lepas tu kita balik kampung ok." balas Hani lembut.

"Alaa.. Qina nak makan sekali dengan mama" rengek Qina

"Mama taknak makan..." balas Hani.

"Kalau macam tu , Qina pun taknak lah" Qina menjawab.

Sesudah siap berkemas, Hani menarik tangan Qina keluar dari bilik menuju ke ruang tamu. Terlihat Adam sedang kaku di ruang makan, dan terlihat perempuan itu dengan perasaan marahnya, tidak pasti apakah perdebatan mereka.

Adam memandang Hani dan terus mengeluarkan kata "maaf", tidak ada kata-kata lain yang mampu diucapkan..

"Engko tu yang tak pandai jaga laki ko!!" terdengar bingit suara perempuan itu.

Hani mampu tersenyum mendengar kata-kata itu.

"Mila!!!.." jerit Adam, dan Mila terus terdiam dan melepaskan rengus nya. Hani terus memandang Adam dengan pandangan yang tajam. Adam tidak mampu meneruskan kata2 selepas melihat pandangan itu.

Hani terus ke dapur dan membungkus sedikit kek dan makanan yang telah disediakan untuk bekalan Qina. Selepas siap membungkus, Hani terus menarik tangan Adam dan mencium tangannya sambil berucap, "Maaf sebab Hani tak mampu menjadi isteri yang baik, Hani pergi dulu" Hani melepaskan tangannya dan memandang Qina..

"Qina, salam abah.." Hani mengarah.

Qina terus salam abah nya tanpa soal. Hani terus menyuruh Qina masuk ke dalam kereta dan memandu menuju ke kampung halaman dengan hati yang luluh. Last edited by ISTRIMITHALI on 29-10-2014 09:34 AM

AisyDani13 Publish time 1-10-2014 05:17 PM

"Abah, sape ni?? tak bagitau pun nak bawak tetamu.. ibu dah masakkan untuk abah.. banyaakk.. tak sabar nak makan
siap ade kek lagi.. mak buat sendiri..." terus Qina menarik tangan abah nye ke meja makan dan
menunjukkan makanan yang telah di sediakan oleh ibunya.. Diatas meja makan tertulis 'RESERVED-OUR ANNIVERSARY


# mak mertua kah??:o

BellExOra Publish time 1-10-2014 05:19 PM

sdey nye story ni {:cryruno

ISTRIMITHALI Publish time 1-10-2014 05:23 PM

AisyDani13 posted on 1-10-2014 05:17 PM http://mforum.cari.com.my/static/image/common/back.gif
"Abah, sape ni?? tak bagitau pun nak bawak tetamu.. ibu dah masakkan untuk abah.. banyaakk.. tak sab ...

tq.. dah edit,, haha..

dh biase anakku pgil ku ibu.. hehehe...

sorry yek.. pgilan utk watak ni .. mama.. baru nmpk best..hehe:lol: Last edited by ISTRIMITHALI on 1-10-2014 05:27 PM

ISTRIMITHALI Publish time 1-10-2014 05:24 PM

BellExOra posted on 1-10-2014 05:19 PM static/image/common/back.gif
sdey nye story ni

hihihihik.. surprise utk sambungan pas ni.. kahkahkah...
sambong esok la ek.. hehe:lol:

AisyDani13 Publish time 1-10-2014 05:27 PM

ISTRIMITHALI posted on 1-10-2014 09:23 AM static/image/common/back.gif
tq.. dah edit,, haha..

dh biase anakku pgil ku ibu.. hehehe...


Ok ai faham

anyway this story look interesting..
please dont give up..
we need ENDING {:1_152:}

-electrifying- Publish time 1-10-2014 05:37 PM

T.T nk lagi... cepat update yeay ! bestnya... excited tangat huhu

BellExOra Publish time 1-10-2014 05:38 PM

ISTRIMITHALI posted on 1-10-2014 05:24 PM static/image/common/back.gif
hihihihik.. surprise utk sambungan pas ni.. kahkahkah...
sambong esok la ek.. hehe

OK TT we waiting {:imisso

-electrifying- Publish time 1-10-2014 05:43 PM

sedihnya... angin yg terlepas... {:mlcry:}

ISTRIMITHALI Publish time 1-10-2014 06:08 PM

~BAB 2~

Hani melihat Qina tidur di belakang, terasa sayu mengenangkan masa depan anak nya yang seorang itu..

Di hadapannya tersergam indah rumah ibunya.. terkenangkan soalan yang sama ibunya akan bertanya, "Mana suami kak ngah?? Outstation lg? entah-entah ada perempuan lain tak ni??"

Namun kali ini adalah benar jangkaan ibunya. Hani tidak sanggup untuk menceritakan apa yang benar kerana yang benar itulah sangat menyakitkan. Hani menguatkan dirinya dan mengetuk pintu rumah ibunya. Ibunya membuka pintu sambil menggosok mata tatkala jam telah menunjukkan 11malam. Hani tidak mampu menahan perasaan apabila memandang ibunya dan terus menerpa ke arah ibu nya sambil menangis teresak-esak. Ibunya sedari tadi bertanyakan mengapa dan meneka ini angkara Adam, tetapi Hani tidak menyatakan apa-apa.

Tiba-tiba, terasa baju Hani ditarik " Mama.. kenapa mama menangis?"..Cepat-cepat Hani menyeka air mata yang berlinangan dan sedikit menunduk.

"Tak lah.. mama rindu dengan nenek. jom masuk, dah lewat ni".. Ibu nya hanya menuruti dari belakang sambil mengangkat barangan yang dibawa mereka.

Keesokan harinya, Hani bertindak menelefon tempat kerjanya untuk menghabiskan cuti yang ada. Mujurlah majikannya bersetuju untuk membenarkan Hani menghabiskan cuti tahunannya kerana Hani sudah lama tidak bercuti. Hani juga memohon cuti tanpa gaji selama satu minggu untuk menenangkan hatinya.

"Kak ngah.. ceritakan .. ibu tak nak kak ngah stress, kesian jugak si Qina tu.. kalau kak ngah luahkan pada ibu, Insya Allah beban yang kak ngah tanggung akan kurang sedikit" kata ibunya.

Namun, Hani terus membisu, sambil memotong sayuran untuk makan tengah hari hari itu. Dia masih belum bersedia untuk mengungkit balik apa yang dia lihat semalam. Perit untuk menceritakan balik dugaan itu.

Lama Hani memandang Sony Experia M2 nya, apabila terlampau banyak pesanan WhatsApp yang diterima dari Adam.. Sekalipun Hani tidak melihatnya, malah telah memadam setiap kali pesanan diterima nya. Tidak sanggup untuk nya mengenang apa yang pahit.
Last edited by ISTRIMITHALI on 28-11-2014 09:15 AM

ISTRIMITHALI Publish time 2-10-2014 09:30 AM

AisyDani13 posted on 1-10-2014 03:45 PM static/image/common/back.gif
TT:

Novel @ Cerpen? #sekadarbertanya

saye rase novel... hehehe :loveliness:

poyohabis Publish time 2-10-2014 09:40 AM

Harap tt sambung cepat n habiskan cite ni x nak la syok2 baca lps tu x abis.. Cepat tt x sabar dah ni

AisyDani13 Publish time 2-10-2014 09:41 AM

ISTRIMITHALI posted on 2-10-2014 01:30 AM static/image/common/back.gif
saye rase novel... hehehe

Terbaik {:thumbo

ai suka baca novel..
TT:{:1_152:}Teruskan

ALWAYSREDA Publish time 2-10-2014 10:27 AM

runtun kalbu, sebak dada..tanpa disedari..bagai tangisan tanpa suara, dengan perlahannya lelehan linangan air mata itu.. seakan
waktu terhenti seketika.
:'(
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: [Novel] Angin Yang Lalu (TAMAT)


ADVERTISEMENT