piao Publish time 25-9-2014 11:25 AM

Ahli Kumpulan Senario yang terawal

Ahli Kumpulan Senario yang terawal

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/8/81/Album_Kumpulan_Senario.jpg


Kumpulan Senario ialah sebuah kumpulan penyanyi dan pelakon yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini juga terkenal sebagai sebuah kumpulan lawak.

Ahli awal

[*]Wahid
[*]Lan Pet Pet
[*]Azlee Jaafar
[*]Farouk Hussein
[*]Shamsul Ghau Ghau
[*]Ilya
[*]Hamdan
[*]Saiful Apek
[*]Yassin Yahya

Ahli kini

[*]Wahid
[*]Lan Pet Pet
[*]Azlee

Kumpulan ini dicungkil bakat mereka dalam rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 1995, di mana pada tahun itu Shamsul Ghau-Ghau menjadi juara dan Mazlan Pet-Pet menjadi naib juara. Kumpulan ini pada asalnya dianggotai oleh Farouk, Wahid, Ilya, Hamdan, Azlee dan Mazlan. Tidak lama selepas itu, Farouk dan Shamsul keluar dari Senario dan mereka bergerak berlima hinggalah Illya dan Hamdan turut mengundur diri. Kemudian Senario menjadi empat dengan kemasukan Saiful Apek dan kemudian berlima dengan kehadiran Yassin.

Hamdan dan Ilya seterusnya menubuhkan kumpulan lawak yang diberi nama Aku Kaya bersama Yassin yang juga pernah menganggotai Senario. Senario paling terkenal ketika berlima, dengan dianggotai oleh Wahid, Azlee, Lan Pet Pet, Yassin dan Saiful Apek. Namun yang tinggal kini hanyalah Azlee, Wahid dan Mazlan.


Sejarah

Kumpulan Senario ditubuhkan pada 1996 hasil gabungan 7 peserta Sinaran Pasport Kegemilangan. Nama Senario diambil dari idea Farouk yang menggelarkan mereka sebagai kumpulan "senang riuh" dan akhirnya menjadi Senario. Mereka diberi kepercayaan menjayakan program TV sendiri, juga bernama "Senario" pada Jun 1996 dengan empat episod pengenalan. Ternyata sitkom itu mendapat sambutan dan mereka diambil sebagai kakitangan TV3.

Pada 1999, kumpulan ini mengembangkan sayap ke layar perak dengan pengeluaran filem pertama mereka Senario The Movie.

Senarai album


[*]Senario
[*]Senario 2
[*]Senario 3 - Seantero
[*]Senario 4
[*]Senario 5


Senarai filem


[*]Senario The Movie (1999)
[*]Senario Lagi (2000)
[*]Lagi-Lagi Senario (2001)
[*]Senario Sekali Lagi (2002)
[*]Lang Buana (2003)
[*]Senario XX (2005)
[*]Senario Pemburu Emas Yamashita (2006)
[*]Senario The Movie : Episod 1 (2008)
[*]Senario The Movie : Episod 2 - Beach Boys (2009)
[*]Senario Asam Garam (2010)
[*]Senario The Movie Ops Pocot (2011)
[*]






piao Publish time 25-9-2014 11:26 AM

http://3.bp.blogspot.com/-7JXcFkF6WTM/TmHbJsnpcHI/AAAAAAAACpc/7PaJ2MFx7yw/s400/senario.jpg

piao Publish time 25-9-2014 11:26 AM

http://3.bp.blogspot.com/_yeXOuINii0M/TJMrAXDsYyI/AAAAAAAAAWE/atgjIBBRIBY/s1600/aku-kaya.jpg

chinta89 Publish time 9-10-2014 03:22 PM

hari2 ak tgk senario yg tebar roti canai tuh mse cte tu pemes..wardina bcinta dgn si wahid. hehehe

KimoraHakim Publish time 9-10-2014 07:22 PM

dia org ni legend jugak la kiranya..dari 90 an sampai sekarang....

winterwhite39 Publish time 9-10-2014 10:37 PM

kumpulan senario paling hebat di malaysia ni sebab

ahli dari juara realiti tv (sinaran passpot kegemilangan)

ada sitcom sendiri (masa sekolah dulu tak pernah miss nak tengok)

ada filem sendiri (semua layan)

ada lagu sendiri siap masuk ajl lagi (hari2 nyanyi tak pernah jemu)

kira legend diorang ni {:thumbo

boleh berlakon, menyanyi, melawak, mengacara...

piao Publish time 15-10-2014 11:29 AM

winterwhite39 posted on 9-10-2014 10:37 PM static/image/common/back.gif
kumpulan senario paling hebat di malaysia ni sebab

ahli dari juara realiti tv (sinaran passpot ke ...

Senario rumah hantu mmg best! (the movie) :lol:

kupkapp Publish time 28-2-2015 08:54 PM

senario zmn apek ngn yasin still ngn dorg paling mantp aku rase {:3_85:} *hi gua dr masa hadapan. hai org tahun 2014 {:3_88:}

msrobotic Publish time 19-6-2015 07:05 PM

suka ilya ni dulu, pelopor bangla :lol:

tatirania Publish time 12-7-2015 09:33 AM

suka senario masa zaman hamdan, ilya........masa zaman saiful apek dgn yassin pun best........

nabyha Publish time 19-9-2015 01:32 AM

ha'ah, senario lama tu yg paling besh.
Pages: [1]
View full version: Ahli Kumpulan Senario yang terawal


ADVERTISEMENT