mum123 Publish time 10-9-2017 08:10 PM

Tuntutan di dunia skrg memerlukan duit. Jangan salahkan ibubapa yg mahu memenantukan seorg yg 'berwang'..kerana wang boleh beli semua ..Jgn ler terpedaya dgn cerita2 telenovela di tv skrg konon2nya hero sanggup buang family semata2 cinta kpd anak org gaji..{:shyo

coqsukun Publish time 12-9-2017 02:14 AM

Duit x boleh beli segalanya..
Tp kalau ada duit, semua tu akan datang sekali.
Selalunya lah
;P

sangrimba Publish time 12-9-2017 10:38 PM

duit tu penting utk membina kehidupan di dunia realiti ni...cuma nilai duit untuk setiap manusia ni berbeza mengikut keperluan dan kehendak masing2.....

mh17 Publish time 12-9-2017 10:52 PM

Yes duit ta bole bli syg,cinta dan kasih,
Tp dgn duit syg,cinta dan kasih btmbah2,
Duit ta mampu membeli maruah,
Duit juga mampu menutup maruah..

Chill,money can do everything

marla69 Publish time 12-9-2017 11:27 PM

Duit tak boleh beli bahagia,tapi tanpa duit hidup kita tak bahagia apatah lagi ketenangan. Untuk bermula dari bawah kita struggle utk kehidupan senang,dari senang nak kaya,focus nya duit juga.Duit tetap memainkan peranan penting

BedahBedul Publish time 13-9-2017 08:38 AM

Duit tak bole beli..umur panjang/nyawa!
Contoh kalu dh ditentukan ajal kita bila, dh tentu2 kita tak bole nego mintak tambah nyawa walaupun duit kita berkepuk-kepuk? Kan?

pizza_ikan Publish time 13-9-2017 12:13 PM

Masa! Benda yang dah lepas tak mungkin duit boleh dapatkan balik.
bahagia walaupun orang kata tak boleh dibeli, tapi dengan duit kita boleh dapatkan meterial untuk bagi bahagia. zaman sekarang, duit boleh beli kasih sayang. ikhlas atau tak tu belakang kira.

iman walaupun tak boleh beli dengan duit, tapi dengan duit boleh jadi asbab iman tu bertambah. contoh beli buku2 agama, pergi umrah, upah ustaz mengajar.. semua tu boleh dapat dengan duit. dengan asbab tu iman boleh dapat.

masa, macamana pun kita berduit, takkan dapat kembali kepada masa yang dah kita tinggalkan dan bazirkan...

KukuNeeng Publish time 13-9-2017 04:03 PM

Bila ada duit byk
berkepuk kepuk
tp xde kebahagiaan.
hati kosong.
sendirian.
sunyi

Tp bila hati dah terisi
Bahagia menjelmakan diri
Duit pulak berlari pergi

Haishh..nasibla badan

Berdoza Publish time 13-9-2017 04:33 PM

1. Masa
Nyatanya masa memang tak boleh dibeli. Bayar la banyak mana pon 24jam tetap 24jam. Tak kan berganjak sesaat pon.

2. Kebahagiaan
Keluarga yang berlatar belakangkan didikan agama yang tinggi tu penting. Hidup besederhana. Tak di tabur dengan kemewahan. Kata org, tabur la duit banyak mane pon, kalau dah tak bahagia tak kemana.

3. Kebahagiaan Anak
Tak banyak, sikit tetap perlukan duit untuk bahagiakan anak2. Tapi bukan secara nyata. Hanya kita dan pasangan je yang tau apa yang dah kita allocate kan untuk anak. Pendidikan dan kesihatan perkara penting sekarang dan akan datang. Tapi untuk hiburan tak semestinya kita perlu habiskan duit. Bawak anak ke taman pon sebenarnye diaorg dah cukup happy. Tumpuan masa tumbesaran anak yang main peranan penting. Didik anak supaya jangan suka meminta. Tekankan tamak/pembaziran tu apa maksudnya.

4. Persahabatan
Sahabat yang betul2 boleh dikategori sahabat biasanya ada sorang je dengan kita. Biar kawan tu tak lawa, janji masa kita dengan sentiasa bermakna. Bukan nye asal ada sama2 je nak bercerita latest product. Gosip2 pasal kak senah dgn mak tijah behentam pon dah boleh buat happy :lol:

aku_best Publish time 13-9-2017 08:37 PM

Nyawa...umur...mana mungkin dapat dibeli...

Berdoza Publish time 14-9-2017 02:21 PM

Berdoza replied at 13-9-2017 04:33 PM
1. Masa
Nyatanya masa memang tak boleh dibeli. Bayar la banyak mana pon 24jam tetap 24jam. Tak kan...

{:childlikeo TQSM seribulan.

disasterPiece Publish time 14-9-2017 03:35 PM

Bila baca reply kemain suma ckp duit itu ini tp jgn terlalu taksub je. Duit boleh dicari tapi masa yg berlalu ingat boleh beli? Kan ada pepatah masa itu ibarat emas.

Bagi aku hidup ni sederhana je, kebahagiaan kita bukan pada duit. Ada orang duit & harta dia berkepuk tapi jiwa kosong, sebab masa muda dia kejar duittttttt je dah tua duit banyak tapi still tak bahagia.

Jadi gunakan masa yang ada ni, hargai sebaik mungkin bersama orang-orang tersayang sebab bila ia dah berlalu pergi bawak duit seguni pun tak mampu beli masa yang berlalu tu.

taksukapeanut Publish time 14-9-2017 04:28 PM

kesihatan tak boleh dibeli dengan duit
terbaca satu kisah kat China.. mengamuk siap tabur duit dekat hospital sebab tak dapat buah pinggang rasanya..

Sonneblume Publish time 15-9-2017 04:29 AM

Duit bagi memang penting dan sedikit sebanyak membantu kita beli masa, kebahagian, kesihatan. Contoh duit boleh beli masa, kalau orang kaya boleh holiday sana sini dgn family..tak payah kerja overtime org org lain. Kalau org yg takde duit terpaksa kerja sampai 10mlm, balik kerja anak dah tidur. Dari anak kecil sampai besar asyik kerja je tak dpt luang masa dgn keluarga. Kebahagiaan lak duit boleh buat kita happy kalau kita dpt holiday, spa, shopping utk hilangkan stress dan kesedihan. Contoh org tu sedih sebab putus cinta. Kalau ada duit g je cruise ke europe kot2 jumpa cinta baru;P contoh duit boleh beli kesihatan lak, kita sendiri tau tahap kesihatan org yang duduk slum area mcm mana.kotor dan senang dpt penyakit. Orang kaya dah la ada insurance..duit kepuk2 tu boleh beli mcm2 suppliment. Rumah pun bersih ada ada orang gaji cuci rumah hari2. Kalau sakit pun nak bayar duit operation pejam mata je.orang takde duit kena minta derma sana sini.

pet_ayut Publish time 15-9-2017 02:27 PM

1. Masa
2.Kesihatan
3. Kebahagiaan..

Aku dpt 3 je baru..kang kalo jumpe lagi aku tambah sampai 10..hehe

shaun_bb Publish time 16-9-2017 09:39 AM

Duit memang tak boleh beli masa, kebahagian dll. Tapi realistiknya, dubia sekarang perlukan duit. Air kosong pun 20 sen satu gelas sekarang.
Tapi kita pun kena pandai manage duit. Jangan menjadi hamba duit. Nanti kena kejar along. Once dah terjebak dengan along, memang susah nak keluar. Macam kawan sekerja, hari-hari dapat panggilan telefon suruh bayar hutang. Dia nak buat kerja pun tak tenteram. Masuk pejabat dah nampak muka bermasalah. Kasihan gila.

Aquarius9283 Publish time 11-9-2018 01:27 PM

Duit xbole beli kepandaian
Duit jgk tidak bole menghidupkan nyawa yg telah tiada

spankee_fili Publish time 13-9-2018 12:06 PM

Someone that you long for but you cannot have due to complicated reasons..

mizziaz Publish time 30-11-2018 02:30 PM

Money is not the only answer, but it makes a difference - Barrack Obama

But I think this is more appropriate -Money is not the only "solution", but it makes a difference:loveliness:

Redvelvet3 Publish time 30-11-2018 08:19 PM

Ye bukan semua boleh dibeli dengan duit..tapi keadaan sekarang semua mementingkan duit. Cuma jgn jadi hamba duit sudah...gunakan duit sebaik yg mungkin untuk membahagiakan perasaan kita dan org disekeliling kita
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 [8] 9 10
View full version: 10 Perkara Tidak Boleh Anda Beli Dengan Duit !


ADVERTISEMENT