GhostWalking Publish time 11-9-2014 04:22 PM

Telinga bersih si comel ceria



http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2014/0906/Kosmo/Varia/va_01.1.jpgBAGI kes hematoma yang serius, pembedahan kecil terpaksadilakukan.





MENJAGA kebersihan telinga kucing kesayangan sangat penting meskipun perkaraitu dianggap remeh oleh sesetengah individu.
Kegagalan melakukannya secara berkala akan menyebabkan si comel terdedahkepada risiko, sekali gus mengalami penyakit serius yang boleh mengundangkecacatan seumur hidup.
Aural hematoma atau hematoma telinga antara penyakit yang boleh menyerangkucing peliharaan anda sekiranya aspek penjagaan kebersihan telinga inidiabaikan.
Hematoma telinga merupakan pengumpulan cecair atau darah akibat kebocoransaluran darah pada cuping telinga. Cairan ini terperangkap antara kulit dantulang rawan telinga.
Penyakit ini berlaku apabila si comel menggaru atau menggoncangkan kepaladengan ekstrem dan kuat yang menyebabkan pecahan pada salur darah.
Selain itu, goncangan atau garuan yang kuat serta kasar di kawasan kepala dantelinga yang disebabkan oleh kutu telinga, hama, kutu, alahan ataupun jangkitandi luar cuping telinga turut mengundang penyakit ini.
Sekiranya si comel menunjukkan tanda-tanda seperti ini, maka segeralahmembawanya ke klinik veterinar yang berhampiran.
Terdapat beberapa simptom yang boleh dikesan sekiranya penyakit ini menyerangkucing kesayangan anda. Kebiasaannya terdapat bengkak atau benjolan padabahagian telinga. Kawasan tersebut akan menjadi lembut, suam dan dipenuhicecair.
Kegagalan mendapatkan rawatan segera akan menyebabkan kucing anda mengalamikecacatan seumur hidup yang dikenali sebagai telinga kobis atau cauliflowerear.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2014/0906/Kosmo/Varia/va_01.2.jpg
E-COLLAR akan dipakaikan bagi mengelak si comel menggarukawasan yang dirawat.

Mengenal pasti punca
Veterinar dapat mengenal pasti hematoma telinga dengan sekali imbasberdasarkan rupa fizikal telinga kucing anda walaupun ketumbuhan turutmenunjukkan simptom yang sama.
Jadi, kebarangkalian untuk veterinar melakukan ujian adalah tinggi. Biasanyaveterinar akan menggunakan jarum untuk memecahkan gelembung tersebut danmengambil sedikit sampel cair untuk dianalisa menggunakan mikroskop.
Jika cairan tersebut mengandungi darah, maka 100 peratus hematoma telinga.Situasi itu akan memudahkan veterinar untuk mengenal pasti punca berlakunyahematoma tersebut.
Bagaimanapun, sekiranya situasi itu tidak serius, veterinar akan pecahkangelembung dan mengeluarkan semua cairan yang terkumpul.
Selepas itu, antibiotik dan ubat bengkak akan disuntik untuk mempercepatkanproses penyembuhan.
Namun, cara ini mudah untuk kes hematoma telinga yang kecil sahaja dankebarangkalian untuk kes berulang semula adalah tinggi sekiranya rawatan tidakdiberi sepenuhnya.
Bagi kes hematoma yang serius, pembedahan kecil terpaksa dilakukan.
Secara tipikalnya, veterinar akan membuat belahan kecil pada bahagian yangdijangkiti dan membuang lendiran serta darah yang terkumpul.
Belahan tersebut akan dibiarkan sehingga cecair atau darah terkumpulbenar-benar kering. Kemudian, jahitan dan balutan bagi mengelakkan kerosakanyang lebih teruk.
Jika perlu, E-collar (Elizabeth collar) akan dipakaikan bagi mengelak sicomel menggaru kawasan yang dirawat. Selain itu, punca berlakunya hematomatelinga akan dikenal pasti dan dirawat bagi mengelakkan pengulangan kes.




Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0906&pub=Kosmo&sec=Varia&pg=va_01.htm#ixzz3CzffiSnk

mamajj Publish time 9-12-2014 02:05 PM

Selalu mama bersihkan telinga kucing2 mama....tengah2 bersihkn kdg2 kucing terus tertidur....:lol
Pages: [1]
View full version: Telinga bersih si comel ceria


ADVERTISEMENT