bunuhdiri Publish time 10-9-2014 06:29 PM

Mari hidupkan genre lagu 'Jiwang Metal'

Ok, straight to the point..

kalau kat dunia barat, kita ada genre lagu Black Metal, Viking Metal, Heavy Metal dsb. Kebanyakan genre2 lagu tu semua terjadi hasil dari kreativiti mereka dan kebijaksanaan mereka. Orang2 kita pulak cuma meniru dan terikut2 dgn kehebatan diorang. Kemudian kita pulak bangga sebab dapat TIRU trend diorang. Bagi aku, tak ada ape yg nak dibanggakan pun kalau semuanya hasil dari copy n paste jer.

Sebab tu la bagi aku, filem cicakman tu tak perlu dibanggakan (walaupun hebat), termasuklah lagu2 rap dari WARIS rembau most wanted tu malah memalukan sebab semuanya copy n paste idea orang barat jer. tak ada kreativiti. orang barat yang tonton filem cicakman paling2 pun akan cakap stupid malay sebab tahu meniru jer.

So, bagi elakkan trend tiru meniru dikalangan orang2 kita ni (yg jugak terus menerus memalukan bangsa kita), apa kata kita cipta sendiri empayar lagu bergenre Jiwang Metal hasil dari perahan otak orang2 KITA sendiri. baru la orang barat.. eh silap, seluruh negara akan sanjung kita. betul tak? memang betul pun!

Contoh lagu bergenre Jiwang Metal adalah seperti lagu2 yang dicipta mamat khalid, yakni Lamunan Terhenti nyanyian Awie ft Ezlynn.

JMYiDdbHrrQ

Dan jugak: Cinta Kristal.

qi7aCGIG29M

kalau korang tengok video tu, memang amat sempurna ke-metal-an jiwangnya itu... ada gitar elektrik, background ganas, love,dan last2 video PASTI akan ada costume ganas ala2 zombie yg rock! :lol:


dan hasil dari pemerhatian aku, kita patut klasifikasikan dua lagu yg disebutkan tu sebagai Jiwang Metal. sangat cun dan sesuai kan dgn lagunye? {:1_132:}

So bila dah 'hidupkan' genre, kita patut 'hidupkan' pulak temanya. genre tanpa tema amatlah cacat hasilnya. so tema bagi lagu2 jiwang metal aku cadangkan adalah sama seperti dalam video tu. iaitu suasana yang malam bulan purnama romantik, getaran asmara cinta yg mengasyikkan, mengkhayalkan, sedikit angker dan seram serta ada costume zombie yg rock lagi ganas sama seperti di akhir2 video dia.


bila dah ada genre dan tema, kita pikirkan pulak macam mana nak kembangkan jiwang metal yg memang best dan MENGASYIKKAN ni..

caranya, buat filem2 atau drama2 yg ada kaitan dgn jiwang metal bagi menggambarkan dan mendekatkan hati penonton tentang suasana hidup dalam jiwang metal. perbanyakan lagu jiwang metal. sebab kalau kita terus bergantung pada dua lagu tu, memang terkuburlah jiwang metal yg memang terbaik ni...


pasal apa aku teringin sangat nak hidupkan jiwang metal? pasal orang kita suka dengan lagu2 jiwang. kita imbas balik era tahun 80-90 an, jiwang rock kapak memang dapat sambutan hangat dan apa yg mengagumkan, ia terhasil dari kreativiti orang kita sendiri. sebenarnya tanpa korang sedar, orang2 barat memang sanjung lagu2 rock kapak, rock jiwang kita. cuma kita jer yg tak tahu.


amacam, cun kan idea aku ni? memang ada la sikit tiru idea orang barat part 'metal' tu. tapi yang lain SEMUANYA hasil dari kreativiti kita sendiri. so, ia lebih pada ilham dan BUKANNYA copy n paste idea orang.


Aku harap jiwang metal akan terus berkembang di masa akan datang, dapat la beri sumbangan pada industri hiburan kita yg makin merudum ni malah dapat buat duit melalui lagu2 macam ni sebab memang best kot.


so, aku rasa korang yg minat metal MESTI setuju dengan aku kan? amacam? komen la sikit. {:gimmeo



Last edited by bunuhdiri on 10-9-2014 06:35 PM

bunuhdiri Publish time 10-9-2014 06:53 PM

bod ni memang tak ramai orang... tapi kalau sengaja salah parking bod xberkaitan nanti kena cantas lak.

kbyne Publish time 10-9-2014 09:43 PM

deleted... Last edited by kbyne on 12-9-2014 09:20 PM

kbyne Publish time 10-9-2014 09:52 PM

deleted... Last edited by kbyne on 12-9-2014 09:21 PM

kbyne Publish time 10-9-2014 09:54 PM

deleted... Last edited by kbyne on 12-9-2014 09:19 PM

kbyne Publish time 10-9-2014 09:57 PM

deleted... Last edited by kbyne on 12-9-2014 09:18 PM

bunuhdiri Publish time 11-9-2014 01:36 PM

kbyne posted on 10-9-2014 09:43 PM static/image/common/back.gif
http://www.youtube.com/watch?v=2itFK2PI1_o&list=RD2itFK2PI1_o

http://www.youtube.com/watch?v=Ex9p ...

amende ko ni?

ctaz Publish time 15-9-2014 03:34 PM

metal jiwang.....
emmmmm cam tak sesuai jr....
kalau slow rock tu ......aku trima.....

roblucci Publish time 28-9-2014 04:16 AM

XPDC kan dah ada?

bunuhdiri Publish time 28-9-2014 04:38 AM

tak tercapai dek akalmu... tutup aje ah tred ni :lol:
Pages: [1]
View full version: Mari hidupkan genre lagu 'Jiwang Metal'


ADVERTISEMENT