Nicki_Meow Publish time 17-10-2014 03:45 PM

cmf_conan posted on 17-10-2014 02:08 PM static/image/common/back.gif
Aku tibai jah.. malas nak backtrack..
Ariana Arania Ariani.. dekat2 la tu
C ...

Nasib aku tak letak nama Faridah.... :lol:

Nicki_Meow Publish time 17-10-2014 03:46 PM

Zamzam2013 posted on 17-10-2014 03:44 PM static/image/common/back.gif
Nicki... dh tukar tajuk pendek balik ke?

Tetibaa nak fefeeling novel Fixi... :$

:lol:

NaylaArisha Publish time 17-10-2014 03:48 PM

Zamzam2013 posted on 17-10-2014 02:10 PM static/image/common/back.gif
belajar dari conan, nay & the gang...

mohtip nama Nay termasuk dalam skrip zam :lol:

NaylaArisha Publish time 17-10-2014 03:48 PM

Nicki_Meow posted on 17-10-2014 03:46 PM static/image/common/back.gif
Tetibaa nak fefeeling novel Fixi...

Nice one lah kalau hantar kat Fixi :D

Zamzam2013 Publish time 17-10-2014 03:48 PM

Nicki_Meow posted on 17-10-2014 03:46 PM static/image/common/back.gif
Tetibaa nak fefeeling novel Fixi...

tukarlah tajuk apapun... asalkan cerita Nicki ada penamatnya... {:1_152:}

Zamzam2013 Publish time 17-10-2014 03:49 PM

NaylaArisha posted on 17-10-2014 03:48 PM static/image/common/back.gif
mohtip nama Nay termasuk dalam skrip zam

baru meriah Nay... belajar dari senior...:lol:

Nicki_Meow Publish time 17-10-2014 03:52 PM

NaylaArisha posted on 17-10-2014 03:48 PM static/image/common/back.gif
Nice one lah kalau hantar kat Fixi

Simpan angan-angan aje ni Nay... :$

Kalau tak pun, harap-harap Ilham Pena sudi terima... *sambil jeling kat orang tersebut bagi hint ;P

Zamzam2013 Publish time 17-10-2014 04:17 PM

Nicki_Meow posted on 17-10-2014 03:52 PM static/image/common/back.gif
Simpan angan-angan aje ni Nay...

Kalau tak pun, harap-harap Ilham Pena sudi terima... *sambi ...

angan2 berserta dgn usaha In Shaa Allah jadi kenyataan Nicki...

Nicki_Meow Publish time 20-10-2014 01:51 PM

BAB 14

Istana Suriyan

“Jika tiada apa-apa lagi, izinkan anakanda pulang ke kamar dulu, ayahanda.” Arania meminta diri. Nada suaranya perlahan saja. Langsung tidak mengangkat muka memandang Raja Amsyar. Ada sedikit rajuk dalam diri, bercampur dengan rasa bersalah.

“Baiklah. Anakanda pergilah.” Balas Raja Amsyar. Tidak berlengah, Arania memberi tunduk hormat lalu melangkah tiga tapak ke belakang sebelum beredar.

Sepeninggalan puterinya, Raja Amsyar merenung jauh dari tingkap kaca di Bilik Ilmuan ini. Menikmati keindahan suasana di luar. Dia juga memerlukan waktu untuk merehatkan mindanya seketika. Usianya meningkat saban tahun namun kudratnya masih utuh. Harapannya, biarlah tenaganya terus segar sehingga tiba saatnya dia mengundurkan diri dari takhta. Dia tahu, saat itu akan tiba jua. Bila? Dia sendiri tidak mempunyai jawapan yang pasti. Harapannya lagi, biarlah ketika saat itu tiba, dia sudah bersedia. Bukan saja dia, tetapi juga bakal penggantinya.

Puteri Arania.

Fikirannya melayang kepada Puteri Arania. Satu-satunya pewaris Amariya. Sayangnya dia kepada Arania, terlalu. Dan kerana sayang juga, nasihat diberikan agar puterinya itu tidak tersasar dari landasan. Bukan marah, tetapi sebagai yang lebih tua, yang lebih arif, yang terlebih dulu bernyawa, teguran itu perlu sebagai panduan. Sebagai bapa, dia tegas namun dilapisi dengan kasih-sayang.

Memang dari awal lagi dia sudah tahu akan perihal Arania yang curi-curi keluar dari Istana tanpa ditemani pengawal. Pada mulanya, Raja Amsyar mahu mendiamkan dulu perkara itu. Namun, ada yang sudah bercerita hingga membawa ke pengetahuannya. Raja Amsyar tahu, sekiranya dia tidak membuat apa-apa tindakan, pastinya dia akan dipersoalkan.

Tiadalah juga Raja Amsyar mahu menghukum puterinya dengan hukuman. Cukuplah dengan memberi nasihat.

Bunyi tapak kaki seseorang yang datang menghampiri membuatkan semua perkara yang bermain dalam fikirannya hilang. Semakin lama semakin hampir. Raja Amsyar tidak berpaling. Walaupun tidak melihat, dia tahu siapa yang hadir.

Nicki_Meow Publish time 20-10-2014 01:57 PM

“Penasihat beta, Zaffar.” Raja Amsyar terlebih dulu bersuara apabila derap tapak kaki berhenti betul-betul dibelakangnya.

“Tuanku.” Walaupun Raja Amsyar membelakanginya, Zaffar tetap tunduk dengan tangan di dada sebagai tanda penghormatan buat pemerintah Amariya itu. Kemudian, Zaffar mendiamkan diri.

“Ke marilah. Kita nikmati keindahan alam ini sambil berbicara.” Pelawa Raja Amsyar. Zaffar menurut. Dia melangkah maju ke depan dan berdiri sebelah-menyebelah dengan Raja Amsyar.

“Khabar apa yang hendak disampaikan pada beta, Zaffar?” Setelah berdiam diri beberapa saat, Raja Amsyar bersuara.

“Adakah tuanku sudah mendengar akan perihal Puteri tuanku?” Zaffar menjawab dengan soalan.

“Iya, ada.” Jawab Raja Amsyar. “Adakah kamu juga mahu memaklumkan pada beta tentang perkara itu? Sebab itu kamu datang menghadap beta pada waktu begini?”

Zaffar diam. Memang itulah tujuannya datang mengadap Raja Amsyar. Perkara yang ingin dibincangkan lebih bersifat peribadi. Lebih sesuai dibincangkan pada waktu rembang petang begini. Di saat semua urusan pentadbiran Amariya telah selesai.

“Bagi pihak Puteri beta, beta ingin meminta maaf. Beta tahu, tidak seharusnya anakanda beta melayan anakmu begitu.”

“Zuhril cuma merisaukan keselamatan Arania, tuanku.”

“Beta faham.” Raja Amsyar mengangguk. “Telah beta berikan nasihat yang sewajarnya pada Arania. Beta yakin, anakanda beta tidak akan melakukan kesilapan sebegitu lagi.”

“Tiada hukuman buat puteri tuanku?” Sengaja Zaffar menduga.

“Arania belum layak dihukum. Iya, dia telah keluar dari Istana secara curi-curi. Malah, menggunakan laluan yang tidak sepatutnya. Tapi, beta yakin, dia telah menyesali perbuatannya itu.”

Zaffar diam. Jauh di sudut hati, dia langsung tidak bersetuju bahawa Arania dilepaskan begitu saja. Arania sepatutnya dihukum biarpun dengan hukuman ringan, agar menjadi pengajaran buat Puteri itu di masa hadapan. Namun, dia tidak pula mengutarakan pendapatnya itu kepada Raja Amsyar. Ada perkara yang jauh lebih penting mahu dibincangkan dengan Raja Amsyar tentang Puteri Arania.

“Lagi tujuh hari, umur Puteri Arania bakal mencecah 21 tahun.” Tutur Zaffar, memulakan bicara.

“Lalu?”

“Sudah tiba masanya untuk tuanku memikirkan jodoh Puteri Arania.” Jawab Zaffar. Terlepas tawa kecil dari mulut Raja Amsyar.

“Adakah itu perlu, wahai Zaffar? Bukankah Arania masih muda…”

“Puteri Arania sudah dewasa, tuanku.”

Raja Amsyar mendiamkan diri. Beberapa burung berterbangan melintasi tingkap cermin bilik Ilmuan menarik perhatiannya. Lebih menarik daripada perkara yang ditimbulkan Zaffar ketika ini.

“Tuanku.” Tegur Zaffar apabila Raja Amsyar mendiamkan diri agak lama.

“Beta rasa, tiada keperluan untuk beta menentukan jodoh puteri beta. Biarlah Arania tentukan sendiri siapa jodohnya.” Raja Amsyar bersuara.

“Bagaimana kalau Puteri berkahwin dengan pemuda yang bukan dari keturunan yang sepatutnya?”

“Asalkan pemuda itu mampu menjaga Arania dengan baik, mampu membahagiakan Arania, jujur dan berperibadi mulia, itu sudah cukup buat beta.”

“Jadi, tuanku tidak kisah seandainya Arania berkahwin dengan pemuda dari rakyat jelata?” Zaffar sedaya-upaya mengawal nada suaranya.

“Jika itu yang telah ditakdirkan…”

Mendengar jawapan Raja Amsyar, Zaffar menghembus nafas kasar. Tingkahnya itu membuatkan Raja Amsyar merasa pelik. Last edited by Nicki_Meow on 20-10-2014 03:11 PM

cmf_conan Publish time 20-10-2014 02:00 PM

ok. lepas ni arania pulok sesat masuk dunia Qi.. siap landing atas katil Qi lagik :lol:
Qi bangun pagi dapat bantal pelok baru {:1_563:} Last edited by cmf_conan on 20-10-2014 02:02 PM

Zamzam2013 Publish time 20-10-2014 02:06 PM

zaffar ada muslihat tersembunyi ni...

Nicki_Meow Publish time 20-10-2014 02:08 PM

“Apa yang bermain di fikiranmu, Zaffar?”

“Keturunan Di Raja tidak seharusnya berkahwin dengan rakyat jelata, tuanku.”

“Pada beta, tiada bezanya rakyat jelata, atau keturunan berdarah raja. Darah kita semua sama, Zaffar.” Tegas Raja Amsyar.

“Apakah Tuanku terlupa akan ramalan dan pantang-larang itu?”

“Ramalan?”

Zaffar menarik nafas seketika. “Menurut ramalan, huru-hara akan tercetus sekiranya ada putera atau puteri Di Raja berkahwin dengan rakyat jelata."

“Beta tidak pernah percaya pada apa-apa ramalan.”

“Dulu, Raja Aryan berdegil mahu mengahwini Ratu Alaysia. Akibatnya, perang telah meletus di Amariya setelah Raja Aryan mangkat. Jika Raja Aryan tidak berdegil, pastinya tiada peperangan yang berlaku.”

“Kau mahu menyalahkan ayahanda beta?” Tinggi nada suara Raja Amsyar ketika ini.

“Bukan begitu, tuanku. Hanya mengatakan yang benar saja.”

“Peperangan berlaku kerana kekanda beta terlalu tamak. Dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa takhta Amariya diwariskan kepada beta. Bukan kerana ramalan.”

“Tuanku tidak boleh menafikan, ramalan itu telah pun menjadi kenyataan. Peperangan telah berlaku.”

“Itu cuma kebetulan, Zaffar.”

“Sejarah bakal berulang sekiranya Puteri tuanku berkahwin dengan rakyat jelata!”

“Kamu benar-benar percaya pada ramalan itu?”

Zaffar mendiamkan diri kali ini.

“Ramalan juga mengatakan, perang akan berlaku lagi. Ramalan juga mengatakan, akan muncul seorang pemuda dari dunia asing membantu Amariya dalam perang itu. Adakah kamu percaya itu semua, Zaffar? Adakah kamu percaya, langit Amariya bakal terbuka lalu menjatuhkan seorang wira dari dunia asing? Bukankah itu semua mengarut?”

“Ramalan turut mengatakan, keturunan Di Raja yang sebenar akan kembali menuntut takhtanya. Apakah Tuanku tidak percaya, itu akan berlaku?” Kali ini, Zaffar pula yang menduga. Raja Amsyar terdiam.

“Anak Raja Zulkhan masih hidup, tuanku. Di mana dia berada dan siapa sebenarnya anak Raja Zulkhan, kita tidak tahu. Bagaimana jika anak Raja Zulkhan yang menjadi pilihan Puteri Arania? Tuanku tidak risau?” Sengaja Zaffar menduga lagi. Lebih tepat, sengaja mahu mempengaruhi fikiran pemerintah Amariya itu. Wajah Raja Amsyar terus berubah kali ini.

“Itu tak mungkin berlaku!”

“Adakah tuanku sendiri mahu menjadi peramal?” Nada suara Zaffar berbaur sindiran. Pedih ayat itu menusuk hati namun Raja Amsyar merasakan dia tidak perlu memanjangkan perkara itu. Raja Amsyar memilih untuk mendiamkan diri.

“Maaf, patik tahu ianya keterlaluan. Bukan niat patik mahu menyingung perasaan tuanku.” Ujar Zaffar apabila Raja Amsyar berjeda lama. “Itu sudah tugas patik sebagai penasihat tuanku. Patik cuma mengatakan yang benar menurut firasat patik.”

“Zaffar.”

“Iya…tuanku?”

“Beta rasa, kita berbincang tentang perkara ini di lain waktu saja.” Raja Amsyar memberi kata putus. Zaffar menarik nafas dan mengangguk.

“Patik mohon diri dulu, tuanku.” Mohon Zaffar lalu membuat tunduk hormat. Kemudian, dia mengangkat muka memandang Raja Amsyar yang hanya merenung di tingkap kaca, langsung tidak memandang ke arahnya. Terbias sedikit senyum penuh makna dibibir Zaffar apabila melihat wajah Raja Amsyar sedikit mendung.

“Pergilah.” Raja Amsyar memberi keizinan beberapa saat kemudian. Zaffar melangkah tiga tapak ke belakang lalu berpaling, meninggalkan Raja Amsyar.

Setelah yakin Zaffar sudah tiada dalam bilik Ilmuan itu, Raja Amsyar mengeluh. Kata-kata Zaffar masih segar di fikiran. Seboleh mungkin, Raja Amsyar tidak mahu memikirkan tentang itu. Namun, sedikit sebanyak, kata-kata Zaffar telah berjaya mengocak fikirannya.

Ramalan itu….ah! Itu semua mengarut.

Raja Amsyar kembali membuang pandang menerusi tingkap kaca. Segera pula matanya menangkap dua susuk tubuh yang amat dikenalinya. Puteri Arania yang dikasihi dan Syakilla, anak angkatnya yang disayangi seperti darah dagingnya sendiri. Pastinya mereka menuju ke Taman Diraja. Pastinya, Arania itu mahu bercerita tentang apa yang berlaku ketika perjumpaan mereka tadi sebelum kedatangan Zaffar.

Arania.

Syakilla.

“Keturunanku akan kembali menuntut!”

Secara tiba-tiba, kata-kata terakhir Raja Zulkhan menjelma di benaknya. Raja Amsyar memejamkan mata.

***
Last edited by Nicki_Meow on 20-10-2014 02:12 PM

Zamzam2013 Publish time 20-10-2014 02:18 PM

Nicki_Meow posted on 20-10-2014 02:08 PM static/image/common/back.gif
“Apa yang bermain di fikiranmu, Zaffar?”

“Keturunan Di Raja tidak seharusnya berkahwin dengan...

syakilla bakal merampas takhta kerajaan amsyar...

Ipo Publish time 20-10-2014 02:19 PM

nak kunyah popcorn jugak...:lol:

aku rasaQi yang datang dari langit dan membantu raja Zulkhan berperang dengan musuh..
Qi sebenarnya keturunandi raja juga..darah sebelah mak dia...

*saja nak bagi Qi nikah ngan Arania..:lol:

Zamzam2013 Publish time 20-10-2014 02:28 PM

Ipo posted on 20-10-2014 02:19 PM static/image/common/back.gif
nak kunyah popcorn jugak...

aku rasaQi yang datang dari langit dan membantu raja Zulkhan b ...

nak jugak Ipo buat karoot komedia kt sini ya... haishhh...:lol:

Ipo Publish time 20-10-2014 02:31 PM

Zamzam2013 posted on 20-10-2014 02:28 PM static/image/common/back.gif
nak jugak Ipo buat karoot komedia kt sini ya... haishhh...

singgah dan lepak kat sini la plak Zam..:lol:

mana sambungan ni???:dizzy:..popcorn dah nak habis dah ni:lol:

cmf_conan Publish time 20-10-2014 02:35 PM

Ipo posted on 20-10-2014 02:31 PM static/image/common/back.gif
singgah dan lepak kat sini la plak Zam..

mana sambungan ni???..popcorn dah nak habi ...

choiiiii.. baru duduk 5 minit popcorn dah abih?? :lol:

Zamzam2013 Publish time 20-10-2014 02:39 PM

Ipo posted on 20-10-2014 02:31 PM static/image/common/back.gif
singgah dan lepak kat sini la plak Zam..

mana sambungan ni???..popcorn dah nak habi ...

pandai ya Ipo nak mengelat...:lol:

Ipo Publish time 20-10-2014 02:40 PM

cmf_conan posted on 20-10-2014 02:35 PM static/image/common/back.gif
choiiiii.. baru duduk 5 minit popcorn dah abih??

lapar..belum makan tengahri lagi ni..

duk melayan meroyan kat sini;P
Pages: 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 [17] 18 19 20 21 22 23 24 25 26
View full version: Novel: PHANTASMAGORIA


ADVERTISEMENT