cintasakti Publish time 27-8-2014 08:42 AM

Definisi perkataan rasis

Adakah perkataan ini wujud...atau pun dari perkataan english racist atau memg ada perkataan rasisme atau rasionalisme
Rasis ini adakah memg bermaksud anti kepada kaum lain...lebih kepada perkaumam...bangsa...
Atau rasis ini boleh difahami atau digunakan bg menggambarkan sesuatu yg lantang bersuara tanpa selindung sampai org lain x boleh cakap apa dah...mewujudkan satu pendapat sampai org lain menuruti... Bagaimana boleh digunakan perkataan rasis....

cintasakti Publish time 14-9-2014 11:55 PM

X ada yg tahu ke

Eva_yy_Ellin Publish time 9-10-2015 09:27 AM

Menurut Kamus Dewan, perkataan rasis tu bermaksud rasialis.

Rasialis bermaksud :
1. Bersifat atau bersikap perkauman.
2. Orang yang menganut atau mengamalkan fahaman rasialisme.


Rasialisme bermaksud:
1. Layanan berat sebelah atau sikap bermusuhan terhadap seseorang berasaskan keturunan bangsanya, misalnya satu kaum mendapat layanan yang lebih istimewa daripada kaum yang lain.
2. Fahaman yang menekankan bahawa suku kaum sendiri sahaja yang paling unggul.


Merujuk kepada soalan tt, ya, rasis bermaksud anti kepada kaum lain dan bangsa, dan bersifat perkauman.
Untuk menggunakan "rasis" bagi menggambarkan sesuatu yang lantang bersuara tanpa berselindung...tu macam tak tepat.
Istilah "rasis" lebih kepada perkauman.


Macam lambat sangat je jawab soalan ni :sweat3:

Eva_yy_Ellin Publish time 9-10-2015 09:30 AM

Tambahan,
ya, perkataan "rasis" memang ada dalam bahasa Melayu.
Ia mungkin pinjaman bahasa Melayu daripada bahasa Inggeris atau pengaruh bahasa Inggeris dalam bahasa Melayu.
Pages: [1]
View full version: Definisi perkataan rasis


ADVERTISEMENT