1lelaki Publish time 4-8-2014 04:09 PM

Bantuan mencari bomoh satukan suami isteri.

assalamualaikum.

saya ni menghadapi masalah berat masalah rumahtangga isteri minta cerai dan dah keluar rumah bersama anak2
saya tinggal di seberang perai utara.

ada sesiapa di sini boleh bantu saya yg masih sygkan anak2 dan isteri saya?

setakat ini dah tiga ustaz saya jumpa masih tak menjadi.



CiliPadiSedap Publish time 4-8-2014 04:28 PM

daripada kau mati syirik masuk neraka, baik kau bercerai. anggap tiada jodoh. discuss elok2 untuk kebaikan anak.

skalar Publish time 4-8-2014 04:35 PM

Istikarah lah bro. Allah sentiasa bagi yang terbaik untuk hambaNya. Mesti ada hikmah. Bagi peluang untuk ang perbaiki diri ke apa. En? InsyaAllah.

lompatikam Publish time 4-8-2014 04:43 PM

maaf tanya, apa yg TT dah buat sampai isteri dan anak2 keluar rumah?

mungkin boleh cuba cara lain...

setiap mlm ( 30 mlm berturut2)kalau boleh amalkan terus.

1. sepertiga malam, lakukan solat taubat, solat tahajud, yg wajib jgn tinggal.
2. baca yassin.
3. Doa seikhlas hati mohon disatukan kembali
4. call isteri selalu, tanya khabar anak2. berckp dgn anak2. kalau boleh bertentang mata dgn mereka lagi bagus. tapi jgn memaksa...tuned suara dgn ikhlas. tanya jika boleh jernihkan kembali keadaan.

Last edited by lompatikam on 4-8-2014 04:45 PM

lnakass Publish time 4-8-2014 05:10 PM

Kalau boleh takyah lah pakai2 bomoh ni. Doa bnyk2 moga dibukakan pintu hati anak2 and isteri.

1lelaki Publish time 5-8-2014 07:47 AM

minta sapa2 yg kenal tolong pm saya.

Naurah_rik Publish time 5-8-2014 09:18 AM

CiliPadiSedap posted on 4-8-2014 04:28 PM static/image/common/back.gif
daripada kau mati syirik masuk neraka, baik kau bercerai. anggap tiada jodoh. discuss elok2 untuk ke ...

aku setuju dengan kenyataan ko ...

laki bini nak bercerai BOMOH yang nak dicari. what the .... Doa pada Allah la bro. kalau masih ada jodoh ada laaa. kalau dah berdoa, usaha tambat hati bini hang balik pun still tak jadi apa. Anggap ja takdak jodoh. Memang la aku menaip ni senang ja, hang yang lalui bro. Tapi hang kena ingat, hang dok guna bomoh satukan balik hang dengan bini hang kalau perangai hang still tak berubah jangan harap nak kekal lama. sorry la noh kalau bahasa ni kasaq sikit.

mimiekiut Publish time 5-8-2014 09:46 AM

cubalah ajak isteri ke pusat kaunseling..
rasanya kt jabatan agama ada pusat kaunseling ni..

kalau jumpa ustaz pun bukan dorang boleh buat apa pun kalau masing2 ego tak mahu berubah dan tak terima kelemahan diri pasangan..













CiliPadiSedap Publish time 5-8-2014 10:27 AM

Naurah_rik posted on 5-8-2014 09:18 AM
aku setuju dengan kenyataan ko ...

laki bini nak bercerai BOMOH yang nak dicari. what the .... ...

Nak tengok level otak bomoh Malaysia? Tengok yang dayung sampan dekat KLIA. Kalau cmtu pun TT percaya xtahu nk ckp cmne.hihi

zacrin Publish time 5-8-2014 11:46 AM

buat apa cari bomoh sat lagi bomoh yg balun bini hang xpasal je

cloudy_83 Publish time 5-8-2014 11:53 AM

tak perlu bomoh, kalau tuan betul2 sayang bangunlah sepertiga malam dan solat.
minta pada yang Maha Kuasa.

dah semuanya berlaku atas kehendak Nya. Hanya Dia je yang boleh bantu

burungantu Publish time 5-8-2014 12:05 PM

Waalaikummussalam warahmatullah

Apakah Tuan yakin, Isteri Tuan ni kena buatan/sihir pemisah?

atau bagaimana?

Cuba cerita detail sikit...



rawahah Publish time 5-8-2014 01:47 PM

jumpa kadi la, buat menda jumpa bomoh.. bomoh pun ramai yg cerai berai

rdzaccess Publish time 5-8-2014 03:08 PM

huh ... pening dengan saranan forummers kat sini kan ...

fifie_olin Publish time 5-8-2014 03:17 PM

mntk dgn ALLAH SWT lbh afdhal...
bomoh2 seme ni menipu jek

rdzaccess Publish time 5-8-2014 03:24 PM

yang paling dekat sekali adalah cermin diri ..
bersengketa .. kata sepatah sepuluh di jawab ..
berpuasa hanya bulan Ramadhan saja ..menahan lapar dan dahaga ...
nafsu tak mahu di puasakan ..
sahur mula berpuasa ... maghrib berbuka ..
Dalam persengketaan suami isteri ... nah ... bila tercetus persengketaan maka mulakan puasa nafsu tu ... (macam kita hindarkan dari hampir ke tempat yang ada makanan yang tiada sesiapa pun berhampiran ... ) ... hindarkan dari jawab menjawab ... pergi agak jauh ... atau katakan ' tak mau dengar dah ... berhenti cakap ' ... bila dah dapat kaeal, dah ada keredaan maka berdoalah akan kebaikan dari peristiwa persengketaan tersebut ...

'Ya   Allah   Ya Tuhanku
Apa pun yang Engkau turunkan dan apa pun yang berlaku dalam persengketaan kami ini, semoga ianya mendatangkan kebaikkan akhirnya .. '

hantukiller Publish time 5-8-2014 03:38 PM

Aku rasa la, kes ko ni puncanya ko sendiri:lol:.... betul tak????



Ko ada awek lain sampai bini ko cemburu kot:lol:.... saja je aku main teka teki

cloudy_83 Publish time 5-8-2014 03:49 PM

tulah tt cerita tak habis, kami mampu beri nasihat setakat info yang ada jelah :dizzy:

haryatie Publish time 5-8-2014 03:53 PM

x perlu bomoh2 ni..klau da mmg xde jodoh, jodoh da setakat tu, & itu yg telah ditakdirkan buat mcam mana pun penceraian itu tetap berlaku..
sedangkan kita org da berkahwin selama 17 tahun...
sesuatu yg benar x dijangka kan...nk gi mahkamah pun malu giler..nak cerai2 ni..
pengalaman aku..kerana nak sgt selamatkan rumah tangga ikut jerk kata saudara mara@Family mertua...ubat sana sini, semua tu guna duit...duit jerk yg abis..hati sendiri semakin x tenang@duit sendiri abis..sbb mengharapkan sesuatu yg x pasti..
ada bomoh ni main duit jerk....
dulu pun aku jumpa juga ustaz2/ustazah2 ni...abis2 dia org ckp InnsyaAllah...betul tu dia org bukan tuhan..
yg kita ni duk mengharap hasil yg baik..
lagi mengharap lagi stress...tido pun x lena, makan pun tak lalu..
hari2 hidup dlm tekanan & harapan yg x pasti...da mcam org giler jerk..
aku sendiri juga buat solat hajat@tak putus2 berdoa, baca yasin & segalanya aku buat...tp akhirnya bercerai jugak...
dlm rumahtangga kena dua2 saling memahami, kalau sorang saja yg mengharapkan yg terbaik & berusaha memperbaiki keadaan, buat macam mana pun x akan menjadi..
at last bila da bercerai & hati semakin redha semua nya baik2 saja..
kita org da boleh jerk jd kawan demi ank..tp utk kembali bersama walaupun dulu aku takut sgt kehilangan dia & down abis..tp sekrang aku lebih suka kita org jadi kawan sja..
itu lebih baik..
setiap yg berlaku sekalipun penceraian dlmrumahtannga bukan bermakna segalanya berakhir..
selepas kesusahan & kedukaan ..akn ada juga kebahagiaan..yg penting redha menerima segala ketentuan..
hidup kena diteruskan...
jgn berharap pd sesuatu yg da x boleh dimiliki...apa lg berharap pd hati manusia...hati manusia boleh berubah ubah...

Last edited by haryatie on 5-8-2014 04:04 PM

1lelaki Publish time 5-8-2014 04:58 PM

haryatie posted on 5-8-2014 03:53 PM static/image/common/back.gif
x perlu bomoh2 ni..klau da mmg xde jodoh, jodoh da setakat tu, & itu yg telah ditakdirkan buat mcam...

benar saya sekarang sedang usaha yg termampu jika tuhan dah tetap pisah saya redha.
kesihan kat anak2 yg tak pernah berpisah sejak lahir.
Pages: [1] 2
View full version: Bantuan mencari bomoh satukan suami isteri.


ADVERTISEMENT