Padha Publish time 9-7-2014 04:53 PM

Guwa punya kisah hantu yang light light

Sebelum aku berkata-kata, eloklah kiranya aku bagi salam dulu ye dak? Assalamualaikum readers. Nama samaran aku Padha, ikut lu orang nak panggil mana satu: P boleh, Ha boleh, Padha boleh.Nama Padha ni senang sikit dan guwa memang suka kalaureaders tertanya tanya apa jantina guwa. Haha.
Selama ni dah 2 tahun juga aku ikut forum MPS ni, dan jadi silent reader yang sangat berjaya. Punyalah silent reader, akaun forum pun aku tak register sebab niat aku yang cuma nak baca thread thread horror yang mampu mengetarkan jantung serta menegakkan segala bulu yang ada. Tapi bila dah baca, terpanggil juga aku untuk buka thread. Tapi aku tak menjangkakan respon yang impressive sebab aku bukanlah good storyteller. Oh ya, aku suka je nak cerita ikut style aku sambil aku kenang kembali kenangan silam. Harap lu orang tak kisah la.
Aku ni nak menaip pun guwa rasa mengigil. Dah lama aku tak menaip.
****************************************************************************************************************
Dulu aku tinggal kat satu kampong kat Melaka ni, aku bagilah nama kampong tu kampong Pinang 2 Batang. Kampong ni boleh juga kalau aku kata agak terceruk dari Bandar Melaka. Kalau nak pergiMelaka naik bas M.O.S (time tahun 2000 famous dengan bas ni) itupun dah makan masa 1 jam. Sebelum duduk Melaka.. aku merupakan rakyat Selangor, duduk kat rumah setinggan tepi sungai Klang. Family pindah Melaka pun sebab abanglemas kat sungai Klang time umur beliau 9 tahun. Sedih betul, sebab aku merupakan saksi utama. Nak ingat pun sedih. Al-fatihah untuk arwah abang.
Pasal taknak kenang sungai jahanam yang baham abang aku (sebenarnya itu takdir Allah, kami terima dengan redho.Saja nak exaggerate, haha), jadifamily kami terus blah dari Selangor dan pindah Melaka pasal kat Melaka ada rumahpusaka yang kami boleh duduk. Better dari setinggan kat Taman Medan tu,sekarang aku dengar SungaiKlang kat situ pun makin luas dan makin ganas. Seganas cinta aku pada orang yang aku cintai (tipu, bercinta pun tak pandai)
Jadi bila dah sampai Melaka,kitorang pun unloading barang dari lori. aku ada la tolong sikit-sikit, time tu pun kecik lagi baru 5 tahun. Biasa la naluri budak 5 tahun, main adalah benda utama dalam kepala otak. Haa. Rumah yang kitorang duduk time tu usang sangat, rumah papan. Kalau berjalan, memang berdesing bunyi keriut papa n tu.Pastu ada satu bilik je, dalam bilik tu pulak ada satu tingkap yang usang. Dah tak payah bunga angin kat atas tingkap pasal bahagian atas cuma tutup dengan zink je, dahla tak berpaku. Kalau angin ke hujan ke, habis basah guwa adik beradik. Ayah pun sibuk bekerja, takde masa nak layan betulkan atap ni. Walaupun satu bilik, tapi rumah ni agak besar dan panjang kebelakang.
Nak cakapnya sepanjang 14 tahun duduk kat rumah puaka ni, hidup kitorang memang tak penah senang. Makanan tak pernah cukup, miskin je rasa. Ayah aku jadi panas baran. Sebenarnya dia memang panas baran tapi bila duduk bertambah level panas barannya. Pernah sekali dia pijak kepala guwa kat tangga batu sampai demam aku tiga hari, kakak dengan abang guwa pun dah lali kena libas besi sampai demam demam. Menda-menda la ayah aku ni time muda.Pastu nak pujuk balik dia cakap “ayah pukul sebab sayang”. Sayang kepala abah ayah. Haha
Ok macam aku cakap rumah kitorang ni rumah pusaka, sangat usang tapi kami tinggal juga kat situ sebab dah takde rumah lain dan time tu pun kami memang tak mampu. Sepanjang duduk kat sini banyak juga benda aneh yang berlaku, tapi sebab semua kat dalam rumah jenis hardcore dan malas nak pedulik, hidup juga kami selama 14 tahun kat sana. Haa

Panjang tak panjang mukadimmah aku?Sori. aku memang suka bubuh mukadimah panjang panjang ni.

Last edited by Padha on 12-7-2014 10:57 AM

meiya_loya Publish time 9-7-2014 04:58 PM

Ape cite nyer????

Huhuhu lama lg yek nak tunggu citer?

beautydee Publish time 9-7-2014 05:14 PM

bile nak sambung?tak sbr ni

iman_aly Publish time 9-7-2014 05:18 PM

alahai.. mukadimah je??

hajimex Publish time 9-7-2014 06:43 PM

pergh! mukadimah lu terbaik!

malukokram Publish time 9-7-2014 06:53 PM

:sleepy::sleepy:

Pailang Publish time 9-7-2014 07:51 PM

padhaaa... lu punye citer meleret leret brooh!!! kena selalu fokus pada motif cerita







AyamTogeL Publish time 9-7-2014 08:54 PM

Cepat2 laa sambung ceta lu ek toh...:)

leenaz Publish time 9-7-2014 09:25 PM

mukadamiah dah panjang
isi dia mana
isi...
IIIIIIISSSSSIIIIIIIII mana
;P

kookie92 Publish time 9-7-2014 10:37 PM

Sambung ler..:lol

aqissa Publish time 9-7-2014 11:35 PM

aaaaaaa......ok ok ok.... aaaaaaaa...
pastu tt? :o

mr_cool5885 Publish time 10-7-2014 01:01 AM

Ini luahan perasaan ko ke atau ko nk bercerita ttg peribadi. Adeh. Smbung lg. Sbb alang2 aku da terjebak mengabehkn bce mukaddimah ko ni.

Padha Publish time 10-7-2014 01:34 AM

Salam u ol, aku baru lepas tengok planet of the apes. Oklah boleh la movie tu tapi macam biasa manusia dari US juga yang buat onar.

Aku rasa aku dah bagitahu yang aku punya story ni light light je. Tapi nanti aku kumpul cerita member masa dia kat asrama dulu.

1.
Masa mula-mula duduk memang dah terasa dah panasnya rumah tu. Tiap tiap hari aku dengan bunyi orang mencakar dinding kayu guna kuku. Lu orang tahu jelah bunyi orang cakar dinding, ngilu ngilu gitu bunyinya. Demit betul, habis berpeluh aku dengar. Tapi aku tengok adik beradik aku yang lain rilek je tidur. aku ni dari kecik suka citer detektif conan, sebab semangat penyiasatan yang penuh dalam dada, tiap tiap kali esok paginya aku pergi spotcheck dinding kat luar rumah. Yes, memang ada kesan cakar, bergaris panjanggggg. Sebab bunyi cakar tu selalu ada malam malam, ada sekali tu aku spotcheck dah habis penuh dah kesan cakap kat semua dinding luar rumah. Ah typo, maksud aku kesan cakar bukan kesan cakap. Gila betul hantu ni. Ada one time ayah soal siasat tanya siapa yang cakar dinding, semua diam. Yelah, bukan salah kitorang. Hantu kot yang buat, bakpe ayah tak pergi marah hantu je? Tapi memang kesan cakar tu ada sampai ayah aku renovate rumah. Nak cakap kucing buat mustahil sebab rumah tu rumah jenis tinggi, kira aku boleh je lalu bawah rumah. Last edited by Padha on 12-7-2014 11:01 AM

Padha Publish time 10-7-2014 01:38 AM

2.
Bukan tu je, bunyi orang berjalan atas atap dan tabur pasir kat atap bumbung pun dengar hari hari. Orang berjalan keliling rumah pun tiap tiap malam kitorang dengar. Lu orang tahu bunyi batu kalau dipijak? Haa camtu bunyi dia. aku ni pulak jenis suka pasang telinga, takut tapi suka. Tapi aku taknak jumpa. Haha. Kadang aku cakap dalam hati “jalan lagi, bagi aku dengar betul betul”. Time tu bolehlah, sebab tidur dengan adik beradik. Sekarang aku kalau dengar bunyik cicak pun boleh melatah.

Kalau aku tidur, mata aku akan bertentang kat atap atas tingkap tu. Atap tu memang boleh nampak luar, sebab ia tak properly paku. Kalau guwa tengok atap tu, pernah beberapa kali guwa terserempak macam budak kecik dok tenung aku sama. Menjeling menjeling ku bertentang, mata kita sama memandang. Adakah aku akan jatuh cinta? Tidak. aku ended up tenung barang sejemput dua untuk kepastian dan angkat selimut tutup muka sambil baca tiga kul. Mujur tak kena kacau. Takut aku dibuatnya

Bila aku bagitahu mak, mak mulalah nak khabar aku berhalusinasi tapi aku tahu mak sebenarnya percaya apa aku cerita. Tapi to tell the truth, kekacauan yang berlaku tak terlalu ekstrem kalau nak compare masa aku duduk rumah sewa kat Semenyih masa belajar dulu. Seramlah juga. Nanti aku cerita.
Last edited by Padha on 12-7-2014 11:04 AM

Padha Publish time 10-7-2014 01:40 AM

Peh guwa rasa ramai menyampah baca mukadimah guwa yang meleret. Tak sangka guwa. Walaupun guwa pakai baju tengkorak, jalan macam gengster, hati guwa rapuh. Sedihlah guwa cenggini. Sori la guys, guwa kalau menulis memang gini. GUwa tak tahu nak kabor guane kalau ada yang tak suka.

thoyol Publish time 10-7-2014 04:19 AM

Padha, teruskan menulis.

Aku suka kalau bila menulis tu ada jalan cerita, mukadimah. Kalu setakat nak tulis jumpa hantu, tutup muka, hantu hilang, baik pegi tulis kat twitter.

Teruskan berkarya. Lu punya tulisan ada isi dan tersusun. Keep it up!!

evilpumpkin Publish time 10-7-2014 07:36 AM

good intro padha... teratur dan senang nak paham... sila sambung k kiteorg menunggu ni {:1_152:}

miskay Publish time 10-7-2014 07:37 AM

panjang betul mukadimah hang
aku tak baca story hang lagi ni ;P

chao. aku nak sambung baca
{:studyhardo

miskay Publish time 10-7-2014 07:40 AM

padha
keep story
aku suka je baca cerita hang
depa ni main2 ja
jgn sentap noh

cloudy_83 Publish time 10-7-2014 07:54 AM

sambung la, kat sini memang gurau kasaq :lol:
Pages: [1] 2 3 4 5 6
View full version: Guwa punya kisah hantu yang light light


ADVERTISEMENT